PEMARUT
Rasanya ini yang paling asas dan semua orang kenal..Digunakan sejak zaman mak-mak kita lagi kan
Yang ni dah masuk alaf baru..siap ada bekas untuk tadah lagi...Patern pemarut pun banyak pulihan...Nak guna pun agak selesa..Bagi Sue lah...
Ni satu lagi patern alaf baru yang ada dipasaran..Boleh lipat untuk mudahkan penyimpanan...Cuma bagi Sue kurang selesa sikit nak guna pemarut ni sebab kena parut secara menegak...
Ni plak sesuai untuk parut keju...Selain mudahkan pengendalian ia mengurangkan sentuhan terus ke atas keju.Selepas parut boleh cedok keju menggunakan sudu dan lebihan keju boleh terus disimpan dengan cara meletakkan sling plastik di atasnya kemudian baru ditutup ngan penutup tu...
Ni pemarut sesuai untuk bawang merah dan bawang putih...Ala-ala nak slicekan bawang tanpa pedihkan matalah kunun-kunun....Untuk masak ciput bolehlah guna ni..Tapi tak berbaloi langsung sebab akhirnya terpaksa buang masa nak bersihkan...Ha ha ha masa beli ni ala-ala terpedaya ngan janji-janji manis yang tertera pada plastik pembalut...Ngeeeeee
Tapi yang ni paling menjadi kesukaan Sue terutamanya untuk parut bawang putih atau halia..Senang dan cepat tak yah keluarkan blender...Nak basuh pun senang...Lagi-lagi kalau nak masak Kari Ayam Mamak Style ni...
PEMERAH JUS
Kiranya ni bentuk paling klasik cuma ia dimodenkan siket dengan penambahan penutup jika mahu menyimpan lebihan jus tapi selalunya mesti guna kesemuanya...
Yang ni pun Ok cuma kurang sesuai untuk lemon sebab ia agak lonjong ke atas..Tapi untuk limau nipis memang best terutama ketika nak buat tomyam yang perlukan banyak perahan jus limau nipis...Biji pun tak masuk ke dalam kuah...
Haa ha ha ha ha..Yang ni langsung tak membantu..Sebenarnya sesuai untuk lemon/limau nipis yang dipotong slice tapi sebab lekukan ia agak tumpul, so proses memerah jadi sedikit leceh..Eh...! Ke Sue yang tak tahu gunakan ia dengan betul....
PENGUPAS SAYUR
Bentuk paling basic dan selalu kita jumpa...Mudahkan keje mengupas apa saja sayur/ubi seperti mentimun, lobak merah/putih. kentang, keledek atau apa-apa sahaja yang sesuai...Dan yang paling best, bahagian yang bergerigi tu boleh digunakan untuk tanggalkan sisik ikan...
Ni versi 2in1..Boleh kupas dan sagat sekali..
Ni Versi all ni One tapi tak tahu nak guna...Macam-macam boleh buat dengan ni samada nak kupas sayur/ubi juga untuk ukir buah...
PEMOTONG TELUR
Ini semua orang pun tahu dan biasa guna...Especially kalau masak nasi lemak, kalau tak de telur terasa macam kurang lengkap plak...Nak makan telur ngan pulut pun ok juga..
PENAPIS
Walaupun ia penapis teh tapi Sue gunakan untuk tapis serbuk coklat...Sue suka versi yang berjaring dawai berbanding berjaring plastik sebab ia lebih memudahkan pengendalian..Serbuk coklatkan sedikit melekit..Tapi masing-masing ada citarasa dan keselesaan sendiri kan....Sue pernah guna ni untuk buat layer coklat pada kek pisang dan semestinya kek alunan kasih
PENCEDOK AIS-KRIM
Kadang-kadang Sue salahgunakan fungsinya..Selain cedok ais-krim, ia juga Sue gunakan untuk cedok adunan maffin ke dalam paper cup...Bagi Sue, ia lebih senang dan cepat daripada menggunakan 2 batang sudu makan...
PISAU KEK
Sue sukakan design yang atas tu sebab boleh mengangkat dan terus menolak kek ke piring tanpa perlu menolak menggunakan jari..Design bawah tu freegift ice-cream Vietnetta...
PISAU PEMOTONG
Dua yang atas tu Sue percaya semua orang pernah lihat..Kalau koleksi mak-mak kita kebanyakannya versi stainless steel cuma ni versi plastik..Fungsi...? Selalunya buat potong pudinglah kan, nak potong kuih talam pun ok gak...Dan yang bawah tu boleh guna untuk potong kuih talam juga...Kurang melekat...
SUDIP & THE GENG
Yang ni semua orang kenalkan...kan...kan.....
Sudip kayu...Sue amat selesa guna ni terutama untuk menyediakan gula hangus sebelum membuat apam mahupun kek.Begitu juga untuk mengaup-balik adunan kek, Sue lebih selesa menggunakan sudip kayu ni berbanding spatula...
Thong..Tujuan asal semasa nak beli yang berkepala biru tu sebab material ia ada lah silicon dan sesuai untuk cungkil waffle sebab acuan waffle Sue jenis non-stick..Tapi sayang agak kurang practical sebab ia agak lembut, so tak dapat memegang bahan makanan ngan sempurna...
Whisk...Satu besi dan satu lagi silikon untuk periuk/bekas adunan kaca/non stick
PENGASAH PISAU
Time beli tu kunun-kunun ada mackdown sale..Dapat leerrrr RM4.90 dengan harga asal lebih kurang dekat RM100 gak lerrrr..Bila sampai barang..alahaiiiiii ciputnya...Sib baik RM4.90 jeeee..Tapi oklah.....Memang best asah pisau guna alah ni....


























No comments:
Post a Comment