Monday, July 6, 2015

Ayam Pandan

Assalamualaikum....

Bersawang2 dah rumah....Lama betul tak update...

Sebb lama dah tak berblog...Tak tahu nak bercerita apa...apa2 pun kita layan jeelah dulu lauk yang simple ni....
 
AYAM PANDAN
Sumber rujukan : Mamak aji

BAHAN BAHAN


* 8~10 ketul isi ayam
* 3 ketul serai (diketuk hancur)
* 1/2 sk lada hitam
* Daun pandan secukupnya

bahan kisar

* 5 biji bawang merah
* 5 biji bawang putih
* 1 inch halia
* 1 inch kunyit
* 1 inch lengkuas
* 1 sb biji ketumbar
* 1 sk jintan putih
* 10 biji cili merah
* 100 ml Santan pekat
* 1 sb sos tiram
* 1 sb gula merah/gula melaka/nisan
* garam & gula secukupnya

PENYEDIAANNYA


01) Bersihkan isi ayam dan peram dengan serai n lada hitam seketika

02) Kendian gaul isi ayam td dengan bhn2 blend.Perap selama sejam/semalaman di dalam peti ais

03) balut isi ayam dengan daun pandan.

04) Goreng sehingga isi ayam masak...sedia dihidang

Wednesday, August 27, 2014

Kek Lapis Puding Buah-Buahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Salam Zulkaedah...Syawal telah pergi meninggalkan kita semalam....Tapi rasanya mungkin masih ada antara kita masih berkunjung-kunjungan mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga dan sahabat handai...

Dan jika masih ada kek yang berbaki di peti ais, jangan bazirkan ia...Apa kata kita jelmakan ia menjadi lebih menarik terutama di mata anak-anak..Tentu mereka lebih teruja untuk menikmati kek yang dilapisi puding buah-buahan..

Selain kek span, kita juga boleh gunakan swiss roll sebagai base ia...

KEK LAPIS PUDING SUSU BUAH-BUAHAN
Inspirasi : Kak Azlita @MasamManis

PENYEDIAANNYA
  1. Letakkan/susun kek pada dasar loyang..Jika ada loose pan lagi ok.
  2. Tuangkan adunan puding ke atas kek dengan perlahan-lahan.
  3. Sejukkan di dalam peti ais
  4. Apabila puding keras/beku sepenuhnya, sedia di hidang
KEK SPAN
Sumber Rujukan : sweet4ever @MyResipi

BAHAN-BAHAN
  • 150 gm tepung super fine
  • 150 gm gula kastor
  • 5 biji telur gred-A
  • 15ml / 1 sb ovalette
  • 80 ml air daun pandan
  • 80 ml minyak / mentega cair
  • 5 ml/1 s.teh pes pandan ~ Sue gantikan ngan susu segar
  • 5ml / 1 s.teh serbuk penaik
  • sedikit pewarna hijau ~ Sue gantikan ngan warna merah
PENYEDIAANNYA
  1. Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan.Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. Tuangkan minyak/ mentega cair ke dalam adunan dan kaup balik dengan senduk/spatula sehingga sebati.
  4. Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
  5. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit.

PUDING SUSU BUAH-BUAHAN
Sumber resipi : Junjs11 @MyResipi

BAHAN-BAHAN
  • 1 paket serbuk agar2 (11gm)
  • 2 biji telur
  • 4 cawan air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 cawan gula
  • 2-3 sudu besar tepung kastad
  • 1 tin fruit cocktail 
PENYEDIAANNYA
  1. Masak agar-gar dengan air dan gula hingga larut.
  2. Pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
  3. Apabila campuran agar-agar larut, masukkan susu cair dan masak lagi sehingga mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.
  4. Tuangkan ke dalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan. 

Wednesday, August 20, 2014

Ayam Goreng Crispy

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah dalam kesibukan, kali ni sempat juga cilok-cilok post satu resipi ringkas untuk anak-anak...

Dapat idea ni daripada penjaja di luar pagar sekolah anak...Mana tahan kan, hari2 time ambil anak balik sekolah mereka sibuk2 nak ayam goreng ni...RM1.00/pcs...Konsider murahjuga sebab penjual tu guna isi ayam segar bukan yang frozen atau segera..dan secucuk ia pun padat, saiznya 25% kurang siket dari yang Sue buat (dalam gambar) ni...

Tapi untuk yang anak berderet-deret ni mana tahan nak beli hari2 kan...Secucuk RM1.00...budak2 empat...mak budak pun nak juga (sebab sedap)... koman2 sekali beli 5 cucuk...

 

So...Apa lagi, mak budak kenalah usaha siket klu nak jimat dan makan banyak...Dan kebetulan, satu hari tu, sampai awal kat van akak penjaja tu dan nak jadi rezeki, terkena masa akak tu menyediakan ayam crispy ni...Memang ia guna ayam fresh...dan nampaklah ia guna isi ayam (dah siap cucuk) yang diperap, dicelup ke dalam batter dan salut ngan bread crump ni..Cuma takde lah sembang minta resipi, sebab akak tu macam bz sgt nak sediakan bahan jualannya termasuk keropok lekor, keropok keping, nudget, sosej dan beberapa jenis air...


Xpelah...tak dapat resipi, dapat tengok cara ia buat pun dah kira OK...Resipi cipta sendiri..Walau perapan ayam yang Sue buat ni tidak sesedap yang akak tu jual, tapi berpuas hati juga dapat cara untuk menjadikan ayam ni lebih crispy..klu sebelum ni, Sue hanya salut bread crump tu direct jeee pada ayam atau bahan gorengan, tapi bila guna cara akak tu dengan menyalutkan ayam/bahan gorengan dengan butter cair terlebih dahulu, menjadikan bread crump lebih banyak bersalut dan secara tidak langsung menjadikan ia lebih rangup....

AYAM GORENG CRISPY
Ilham : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 250 gm isi ayam
  • Garam secukupnya
  • Perasa kegemaran (jika suka) atau serbuk lada sulah
  • Bread Crump (secukupnya) - Untuk salutan
  • Lidi secukupnya
 
Bahan-A (batter)
Kesemua bahan dicampurkan di dalam mangkuk dan dikacau sebati..Untuk salutan yang agak nipis, jadikan ia batter yang cair...Begitulah sebaliknya

  • 3 sb tepung beras
  • 1 sb tepung gandum
  • ½ sb air kapur
  • garam secukup rasa
  • Air secukupnya
 
 PENYEDIAANNYA
  1. Gaul isi ayam yang telah dibersihkan dengan sedikit garam dan lada sulah/bahan perasa..Perap (jika suka) seketika lebih kurang 1~2 jam di dalam peti ais (bukan bah. sejuk beku)
  2. Kemudian cucukkan isi ayam tersebut pada lidi.
  3. Celupkan (2) ke dalam batter sehingga kesemua batter menyaluti isi ayam
  4. Kemudian golek-golekkan (3) ke dalam bread crump.
  5. Goreng di dalam minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu sehingga ayam masak dan bertukar warna keemasan.
  6. Sedia di hidang bersama sos kegemaran.

Wednesday, August 13, 2014

Homemade Prosperity Burger

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Orang lain rasanya dan berzaman buat homemade prosperity ni...Tapi tuan rumah sini baru nak start...Takpelah lambat sikit yaaaa....Janji merasa gak...Senang..tak payah nak tunggu time promosi lagi....Asal teringin...Boleh jalan...Asal teringin...Boleh start project....Pendek kata boleh makan bila-bila masa lah...Tapi tu time rajin...Klu kurang rajin....Diam diam aje lah yaaaaa......


Yang Tuan rumah ni versi simple...Sayur xde, salad pun yilek....Takde stock...Yang ada hanya curahan black pepper sauce dan sos serta mayonis yang melimpah-limpah jeee....

Gambar pun kelam jeeee pasal project patty tengah2 malam bute dan penyediaan burger pula pagi2 bute buat sarapan budak sebelum gi sekolah...Bukan budak2 jeee yang nak gi sekolah, mak budak pun sama nak keluar juga....Tapi bukan keluar gi sekolah...Tapi keluar gi keje...Gi sekolah kejap jeee...Hantar budak2......


Tapi dalam rumah ni ada gak yang sibuk2 boikot prosperity burger ni..Jadi tukang masak pun terpaksalah pelbagaikan menu bukan saja prosperity tetapi hotdog salut telur juga (ilustrasi selepas tidak disertakan atas faktor kekangan masa...keh keh keh...), sos tak nak...Hissshhhhhh...banyak pula songehnya...Nak buat macamana...Pelanggan selalu betul....

PATTY (DAGING BURGER)
Sumber Rujukan : arwendanish

 
BAHAN-BAHAN
  • Daging cincang (1 ketul 1/2)
  • 3 ulas bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 biji telur
  • Serbuk lada hitam kasar
  • Serbuk roti (xde..el letak serbuk oat) ~ Sue gantikan ngan cracker
  • Mixed spice (xde..el letak oregano)
  • Garam & Gula secukup rasa
PENYEDIAANNYA
  1. Bahan-bahan yang ditanda * diblender kering
  2. Masukkan dalam bekas yang berisi daging
  3. Masukkan telur yang dah dikacau terlebih dulu
  4. Tabur lada hitam kasar tu ikut kepedasan masing-masing
  5. Masukkan serbuk oat/roti
  6. Masukkan mixed spice/oregano, garam dan gula secukup rasa
  7. Gaul kasi sebati - amik segenggam - kepal2 - buat bentuk patty (daging burger) 
  8. pas2 letakkan dalam peti ais bagi dia keras sedikit supaya bila bakar nti xpecah2

BLACK PEPPER SAUCE
Sumber Rujukan : Kak Azlita @MasamManis

BAHAN-BAHAN
  • 1 labu bawang besar ~ di hiris halus
  • 1/2 botol  sos lada hitam Life ~ botol besar
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar kicap manis
  • garam dan gula secukup rasa
  • Boleh tambah sedikit lada hitam jika sukakan lebih pedas
PENYEDIAANNYA
  1. Tumis bawang besar hingga harum
  2. Masukkan sos lada hitam dan kiub ayam kacau rata
  3. Tambahkan kicap manis dan susu segar
  4. Perasakan garam dan gulanya
  5. Boleh tambahkan sedikit lagi lada hitam yang di tumbuk jika sukakan rasa lada hitam atau sukakan sedikit rasa kepedasan.
  6. Jika kuah pekat tambahkan lagi susu.

Tuesday, August 5, 2014

Biskut Gajus

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Antara biskut yang agak rumit sebab doh ia agak berderai...kena terap ngan sangat berhati-hati....Tapi time makan...Memang sedappppp....Kaya ngan rasa gajus....

BISKUT GAJUS
Sumber Rujukan : Kak Azlita MasamManis
Resipi Asal : Kak Fida @MyResipi

BAHAN-BAHAN
  • 225 g mentega ~ dilembutkan
  • 140 g gula icing ~ ayak
  • 1 biji kuning telur
  • 140 g gajus ~ panggang dan kisar halus
  • 380 g tepung gandum ~ ayak
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk emplex atau lacinta ~ jika tiada tak mengapa
  • 1 sk serbuk vanilli/esen vanilla
  • secukup kuning telur ~ utk sapu
  • secukup kacang gajus panggang ~ belah dua utk hiasan
PENYEDIAANNYA
  1. Mentega dan gula dikacau hingga sebati dan masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga rata.
  2. Masukkan pula vanilli, emplex, baking powder, gajus kisar dan kacau sebati lagi.
  3. Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan boleh dibentukkan.
  4. Ambil sedikit doh dan bentukkan seperti buah gajus,hias dgn 1 biji kacang gajus sebagai tangkainya.
  5. Susun atas dulang pembakar dan sapu kuning telur di atasnya.
  6. Doh juga boleh dicanai dan diterap ikut acuan yg digemari, sapu kuning telur dan hias dgn kcg gajus.
  7. Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga kekuningan.
  8. Sejukkan biskut di atas redai dan simpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Bunga Cina

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama betul bercita-cita nak buat biskut ni...Akhirnya tahun ni jadi juga...Nampak macam senang jeeee orang buat tapi bagi yang pertama kali ni, mencabar juga nak menekannya supaya agak seragam saiznya...

Apa-apa pun, kuih ni antara yang paling anak-anak sukeee...Almaklumlah... Diorang panggil ni kuih "Upin Ipin"...

BISKUT BUNGA CINA
Sumber Rujukan : Kak Azlita MasamManis
Resipi Asal : Kak WanCitarasawan

BAHAN-BAHAN
  • 250 gm mentega
  • 120 gm gula icing
  • 1 sudu teh esen vanila atau esen rose
  • 1 biji telur 
Bahan Di ayak
  • 230 gm tepung Red Rose
  • 200 gm tepung jagung
  • 50 gm tepung ubi
  • Ceri merah ~ dipotong kecil sebagai hiasan
  • sedikit pewarna pink ~ jika suka
  • sedikit putih telur
PENYEDIAANNYA
  1. Pukulkan mentega dan gula icing dengan speed sederhana hingga sebati
  2. Masukkan telur dan esen vanilla dan terus pukul
  3. Kemudian perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tak melekat di jari
  4. Ambil sedikit doh dan warnakan dengan warna pink ~ jika suka
  5. Sediakan loyang pembakar. dan leserkan dengan sedikit mentega
  6. Panaskan oven pada suhu 140 C 
  7. Dengan menggunakan acuan Dahlia atau acuan bunga Cina, masukkan sedikit campuran doh pink dan putih
  8. Tekan adunan di atas dulang pembakar
  9. Buat sehingga habis adunan
  10. Oleskan sedikit putih telur di tengah bunga Cina ~ ini supaya ceri tidak tertanggal
  11. Letakkan ceri merah di atasnya
  12. Bakar didalam oven dengan suhu 140C selama 20 minit atau sehingga biskut dimasak sempurna