Showing posts with label Instant Pastry. Show all posts
Showing posts with label Instant Pastry. Show all posts

Friday, April 13, 2012

Zuppa Chicken & Mushroom Soup

Assalamualaikum..Salam di hari Jumaat penghulu segala hari...

Resipi ulangan..Sebelum ni pernah buat dan buat lagi dan lagi.Untuk sup macam biasa, masih guna yang instant punya, brand Cambells sesuai untuk orang-orang separa rajin.

Tapi untuk paparan kali ini eksyen siket, duk tayang keratan rentas untuk pastrynya..Mentang-mentang dah boleh dapat hasil yang agak menjadi berbanding percubaan pertama dulu...

ZUPPA CHICKEN & MUSHROOM SOUP
Sumber : Kak Wan @ Citarasawan

BAHAN-BAHAN
  • 4 keping instant puff pastry (keluarkan dari peti sejuk dan dibiarkan lembut pada suhu bilik) ~ Sue guna puff pastry jenama kawan
  • 1 biji kuning telur ~Untuk sapuan
  • ½ sb susu sejat ~Untuk sapuan
  • Dried parsly secukupnya ~Untuk taburan
Untuk Sup
  • 1 tin mushroom sup ~ Sue guna brand Cambells
  • 1 tin air ~Seperti arahan pada label tin
PENYEDIAANNYA
  1. Untuk Sup : Masukkan 1 tin mushroom sup cambells dan 1 tin air ke dalam periuk...Masak sehingga mendidih dan sedikit pekat..Matikan api dan ketepikan.
  2. Masukkan (1) ke dalam remakin sehingga 3/4 dan ketepikan.
  3. Untuk Zuppa : Tabur tepung di atas papan canai, canai dan potong puff lebih besar dari saiz acuan. Tutup acuan dengan pastry puff. Simpan sebentar di dalam peti sejuk.
  4. Keluarkan dan sapu permukaannya dengan kuning telur dan tabur dengan parsley kering..
  5. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200°C (bergantung oven masing2) selama 20min atau sehingga puff bertukar keperangan dengan api atas dan bawah dan jika ada function fan, on kan.....
  6. Sedap dihidang panas-panas

Tuesday, February 28, 2012

Zuppa Mushroom Soup

Assalamualaikum...

Ni versi instant-instant....Dah lama wat ni, sejak Kak Wan buat paparan tempohari terus teruja nak mencubanya..So 2~3 hari lepas tu, balik kerja terus singgah kat Econsave cari apa-apa yang patut dan malamnya terus bereksperiment...

Tapi......he he he he...Bila buat sesuatu tak abis menuntut, nilah hasilnya...Konon-kononnyalah...Bila tengok resipi yang Kak Wan tulis tu nampak macam senang, so baca pun cepat-cepat konon-kononnya nak ambil yang penting-penting jeeee....Haaaa kan dahhhhh......

1st time buat...Dengan sup yang masih panas, terus Sue buh pastry tu kat atasnya..Dahlah tak roll dulu kasi lebih siket dari diameter remakin tu....Dan dengan keadaan sup yang masih panas dan pastry yang makin lembut tu, terus jee Sue masukkan ke dalam Oven....Dan semasa proses pembakaran tu, pastrynya makin melendut ke bawah....

Perasan tak, kat dalam gambar di atas..Dengan paras sup yang penuh, puff pastry yang makin melendut dan tidak ada lagi lebihan pastry yang menutupi remakin malah semakin melendut dan menakung telur di tengah-tengahnya....

Dan hasilnya...Bila puff sudah bertukar keperangan dan sedia untuk dinikmati....Hasilnya sedikit mengecewakan...Puff kat bahagian bawah, tak pasti masak ke tidak sebab ia terendam dalam sup dan kami hanya dapat makan puff kat bahagian atas sahaja dan selebihnya di buang begitu sahaja....Sedihhhh...? Oh pastilah..Rasa macam down sekejap..Sib baik pada malam tu, Sue juga sediakaan garlic bread..Jadi adalah sesuatu sebagai penambahan untuk dinner....

Jadinya bila ada masa terluang, Sue pun tengok balik resipi yang Kak Wan tulis..Oppppppsss baru Sue perasan, rupanya Kak Wan hanya masukkan 3/4 saja supnya ke dalam remakin dan setelah diletakkan pastry yang di canai (supaya ada lebihan untuk menutup remakin) di atasnya, ia dimasukkan dulu ke dalam peti ais....Kemudian baru dibakar....

Dan hasil dari eksperimen ke dua sungguh mengujakan....Paff naik cantik dan dasarnya tidak lagi mencecah sup....Boleh dinikmati dengan seseluruhannya....


ZUPPA CHICKEN & MUSHROOM SOUP
Resipi : Kak Wan @ CitarasaWan
Olahan : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 4 keping instant puff pastry (keluarkan dari peti sejuk dan dibiarkan lembut pada suhu bilik) ~ Sue guna puff pastry jenama kawan
  • 1 biji kuning telur ~Untuk sapuan
  • ½ sb susu sejat ~Untuk sapuan
  • Dried parsly secukupnya ~Untuk taburan
Untuk Sup
  • 1 tin mushroom sup ~ Sue guna brand Cambells
  • 1 tin air ~Seperti arahan pada label tin
PENYEDIAANNYA
  1. Untuk Sup : Masukkan 1 tin mushroom sup cambells dan 1 tin air ke dalam periuk...Masak sehingga mendidih dan sedikit pekat..Matikan api dan ketepikan.
  2. Masukkan (1) ke dalam remakin sehingga 3/4 dan ketepikan.
  3. Untuk Zuppa : Tabur tepung di atas papan canai, canai dan potong puff lebih besar dari saiz acuan. Tutup acuan dengan pastry puff. Simpan sebentar di dalam peti sejuk.
  4. Keluarkan dan sapu permukaannya dengan kuning telur dan tabur dengan parsley kering..
  5. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200°C (bergantung oven masing2) selama 20min atau sehingga puff bertukar keperangan dengan api atas dan bawah dan jika ada function fan, on kan.....
  6. Sedap dihidang panas-panas

Bahan Untuk Homemade soup resipi Kak Wan
  • 200gm isi ayam di cincang
  • 6 biji cendawan butang segar / dalam tin - di dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1/2 labu bawang besar - di dadu
  • 250ml air
  • 150ml susu cair
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar minyak zaitun / mentega
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh lada putih / lada hitam
Penyediaannya
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.Masukkan tepung gandum, kacau hingga rata. Masukkan air dan kiub pati ayam, kacau rata.
  2. Masukkan bahan-bahan yang lain dan masak hingga sup agak pekat.

Monday, October 3, 2011

Protuguese Egg Tart

Assalamualikum dan selamat pagi...

Aceli tuan rumah masih dalam mood kebizian yang melampau...He he he he....Tak tersangka-sangka akan ada drawing submittion hari ni..Dah tu Sabtu lepas ponteng lah plak....Haaaaa...Ambik kau....Tapi tuuuu lah...bukan suke2 gak ponteng, tapi bersebab.....Diluah mati mak, ditelan mati bapak....Haaaaa...memandai je reka citer.....

Tapi bz tak bz pun, sarapan tetap sarapan..So kita ngadap jelah yaaaa egg tart ni..Sedap..Dah banyak-banyak-banyak kali dah buat ni.....Simple....Biasa dalam satu adunan tu Sue boleh dapat dalam lapan biji...

He he he..Kejadian sebenar tart ni cantek...Takdelah senget benget cam kat dalam gambor ni sebenarnya..Tapi sebab malas bawa kontena makanan, so just campak jelah dalam plastik bag, bawa gi opis....Senang, nanti dah abis isinya, plastik main campak je dalam tong...Ha ha ha takde kesedaran nak menyelamatkan bumi langsung....

PROTUGUESE EGG TART
Kopipes dari : SkyBlue@MyResipi

BAHAN-BAHAN
Bahan Inti
  • 1/4 cawan Gula Halus
  • 1/4 cawan Susu Cair atau Susu Segar
  • 1/4 cawan Whipping Cream
  • 3 biji Telur Kuning
  • 1/4 sudu kecil Vanilla Extract
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan oven, 200ºC.
  2. Masukkan semua bahan inti ke dalam mangkuk dan pukul sampai sebati. Ditapis dan diketepikan.
  3. Potongkan puff pastry kepada 6 keping bentuk bulat. Cucuk permukaan puff pastry yg telah dipotong dgn garpu.
  4. Masukkan puff pastry yg dipotong ke dalam tin muffin.
  5. Isilkan campuran telur ke dalam setiap puff pastry 3/4 penuh.
  6. Bakar selama 20 minit. Biar sejuk dalam tin muffin selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan
Yang perce-perce dia ni Sue susun je dalam dulang pembakar dan bakar sekali ngan tart tu..Dah masak just tabur icing sugar..Sara & Yaya sukeeee ni...

Tuesday, July 19, 2011

Puff Daging

Salam....Masih dalam mood tak tau nak berkata-kata....Ha ha ha..Apa penyakitlah plak ni...

Takpelah..Kita layan jelah Puff Daging ni...Resipi orang malas-malas.....Kali ni buh daging banyak-banyak n kentang tu sekadar syaratnya..memang bestttttt

BAHAN-BAHAN
  • 5 keping instanf puff pastry (Jenama kawan)
  • 1 biji telur kuning (Untuk sapu atas)
Bahan Inti
  • 250 gm daging (Dikisar guna food pressesor)
  • 2 biji kentang (Dikupas dan potong dadu)
  • Air secukupnya (Sekadar mengempukkan daging dan kentang)
  • Garam dan perasa secukupnya
  • *2 sb serbuk kari daging (Sue guna brand Babas)
  • *1 sb serbuk cili (Pun guna brand Babas)
*Dicampur sedikit air untuk jadikan pes
  • **2 labu bawang besar
  • **2 ulas bawang putih
  • **20 gm bilis
  • **10 tangkai cili kering (Rendam air panas sehingga lembut) ~Boleh lebihkan jika mahu lebih pedas
Kesemua bahan** diblend

PENYEDIAANNYA
  1. Untuk Inti : Tumis bahan** yang siap diblend sehingga terbit bau.Masukkan bahan pes dan daging.Kacau sehingga rempah sebati ngan daging.
  2. Masukkan kentang dan tambah air secukupnya sekadar untuk mengempukkan daging dan kentang.Tutup kuali.
  3. Apabila kentang sudah empuk masukkan perasa.Masak lagi sehingga inti kering.
  4. Angkat dan ketepikan sehingga sedia digunakan
  1. Untuk Puff : Keluarkan puff dari peti ais sejurus sahaja mahu digunakan.Letakkan pastry puff di atas papan canai dan potong 4 (seperti dalam gambar)
  2. Letakkan inti di atas dua keping puff dan 2 baki lagi dijadikan tutupnya (seperti dalam gambar) Tekan-tekan sekelilingnya menggunakan garfu.
  3. Susun puff di atas dulang pembakar.Sapukan telur kuning di atasnya dan biarkan seketika di atas dulang sehingga pastry betul-betul lembut.
  4. Setelah puff betul-betul lembut barulah dimasukkan kedalam oven yang siap di panaskan terlebih dahulu.Jika ada function fan, on kan.
  5. Bakar pada suhu sederhana sekitar 160Cselama lebih kurang 10 minit...
  6. Setelah itu naikkan sedikit lagi suhu sekitar 170~180C dan bakar lagi sehingga kekuningan / puff masak....

Tuesday, April 19, 2011

Puff Daging Berkentang

Salam....Jommmm kita layan resipi segera orang malas.....Dapat idea ni dari sini, tuan punya resipi guna tuna, tapi Sue buh inti kentang, ala-ala inti karipap....So dah save masa dan tenaga untuk doh....

BAHAN-BAHAN
  • Beberapa keping pastri puff segera ~Sue guna jenama Kawan
Bahan Inti
  • 75 gm isi ayam/daging lembu tanpa lemak
  • 1 biji kentang (saiz besar)
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 s.bsr penuh rempah kari daging serbuk
  • 1 s.bsr minyak masak
  • 4 helai daun kari
  • ½ cwn air
  • Garam secukupnya
PENYEDIAANNYA
  1. Cincang isi ayam/daging.Ubi kentang dikupas dan didadu.Bancuh rempah kari ngan sedikit air untuk membuat pes.
  2. Panaskan minyak masak.Tumis bawang merah sehingga wangi.Masukkan pes kari dan tumis selam 2~3 min.
  3. Tambah ayam/daging cincang.Tumis selama 2~3 minit lagi.
  4. Tambah ubikentang, garam dan air.Tutup kuali dan masak selama kira-kira 10 min. sehingga ubi kentang masak dan inti mula kering.Perasakan secukup rasa.Sejukkan inti
Untuk Puff
  1. Potong 2 kepingan puff membentuk segitiga untuk setiap kepingan.~Jika suka puff bersaiz besar, tak perlu potong
  2. Letakkan inti dan lipat dua.
  3. Tekan-tekan sekeliling kulit ngan garfu untuk membentuk corak
  4. Letakkan ke dalam dulang pembakar dan sapukan kuning telur di atasnya.
  5. Bakar pada suhu 150C selama 10 min atau masak.

Monday, January 18, 2010

Paratha Tuna Telur

Salam dan selamat pagi semua....Kembali bersiaran setelah 2 hari menyepikan diri....Tak gi mana pun, cuma cam biasalah...Bila hujung minggu masa tuk bertenet tu terhad siket..Lagi-lagi bila dak kecik tu dah mengurangkan peratusan waktu tidornya, jadi waktu senang-lenang Mamanya secara automatiknya menjadi semakin terhad...

Oklah..Hari ni takdak resipi terbaru...Hanya tanyangan sarapan yang pernah dibuat sebelum ni..Disebabkan lebihan tuna dan instant paratha masih lagi berbaki dan Mama pun memang malassss sangat nak pikir² pasal resepi lain yang related ngannya..Maka, sekali lagi Mama buat Paratha John ni...Resipi..? Dah ada sebelum ni..atau boleh check direct kat sini dari Dapur Kak Ummi

Kalau ikut resipi asalnya, cam ginilah rupanya....Sesuai tuk anak-anak


Yang ni dah ditambah harga siket..Tambah lagi inti dan buh sos cili banyak².....

Thursday, January 14, 2010

Paratha Tuna Telur

Selamat pagi...Semoga anda semua ceria dan gembira selalu...Sarapan apa pagi ni...? Haaaaa...Hari ni kami sekeluarga bekpes ngan Paratha Tuna Telur....Ni hasil intipan kat rumah Kak Ummi @ Kuantan semalam....Penat taw kite duk tepi tingkap intai-intai kat dapur orang...Tapi tak pe hasilnya berbaloi-baloi....

Kalau Kak Ummi punya Paratha buh telur+tuna je tapi kite up-grade siket, tambah lagi mentimun dan tomato pahtu curah sos kat tengahnya...Ha ha ha ha ha Dah jadi Paratha Johnlah pulakkkkkk..Kak Ummi jgn mareee yeeeee...Kite tambah harga siket..Kalau Kak Ummi jual singgit limaposen kita jadikan dua hinggit....Keh keh keh....

Oklah...Jom kita tengok resipinya...Kak Ummi sekali lagi nak minta izin dan halal pasal kita nak gantung pula resipi kat dapur kiteeee....

BAHAN-BAHAN
  • 4 keping roti paratha
  • 3 biji telor
  • 1/2 tin tuna (Mild)
  • 1/2 biji bawang besar
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • daun bawang - cincang (optional) tp akak x letak pun..xda stok.
  • sedikit minyak zaitun

PENYEDIAANNYA

  1. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali roti paratha ke dalam mangkuk. Adun sebati.
  2. Panaskan non-stick pan dengan minyak zaitu dan goreng roti paratha separuh masak kedua-dua belah roti. Alihkan ke dalam pinggan.
  3. Tuangkan sedikit minyak zaitun dlm pan yang sama, letak 3 sudu besar adunan telor dan tuna tadi, ratakan selebar separuh roti paratha dan tekapkan sekeping roti paratha di atas telor tadi pada sebelah bahagian sahaja...(seperti menekap roti john). Biarkan sebentar dan telor akan melekat pada roti paratha.
  4. Balikkan roti paratha yg dah meletak dgn telor tadi dan lipat dua roti tersebut. Goreng garing sedikit kesemua bahagian.
  5. Angkat dan hidangkan.