Kalau Kak Ummi punya Paratha buh telur+tuna je tapi kite up-grade siket, tambah lagi mentimun dan tomato pahtu curah sos kat tengahnya...Ha ha ha ha ha Dah jadi Paratha Johnlah pulakkkkkk..Kak Ummi jgn mareee yeeeee...Kite tambah harga siket..Kalau Kak Ummi jual singgit limaposen kita jadikan dua hinggit....Keh keh keh....
Oklah...Jom kita tengok resipinya...Kak Ummi sekali lagi nak minta izin dan halal pasal kita nak gantung pula resipi kat dapur kiteeee....
BAHAN-BAHAN
- 4 keping roti paratha
- 3 biji telor
- 1/2 tin tuna (Mild)
- 1/2 biji bawang besar
- sedikit lada sulah
- garam secukup rasa
- daun bawang - cincang (optional) tp akak x letak pun..xda stok.
- sedikit minyak zaitun
PENYEDIAANNYA
- Campurkan kesemua bahan di atas kecuali roti paratha ke dalam mangkuk. Adun sebati.
- Panaskan non-stick pan dengan minyak zaitu dan goreng roti paratha separuh masak kedua-dua belah roti. Alihkan ke dalam pinggan.
- Tuangkan sedikit minyak zaitun dlm pan yang sama, letak 3 sudu besar adunan telor dan tuna tadi, ratakan selebar separuh roti paratha dan tekapkan sekeping roti paratha di atas telor tadi pada sebelah bahagian sahaja...(seperti menekap roti john). Biarkan sebentar dan telor akan melekat pada roti paratha.
- Balikkan roti paratha yg dah meletak dgn telor tadi dan lipat dua roti tersebut. Goreng garing sedikit kesemua bahagian.
- Angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment