Alkisahnya disuatu malam
menjelang awal yang terang bulan... Tatkala seorang Isteri Mithali terasa sengal² badan kerana telah dijangkiti sejenis virus... Maka Sang Suami yang sememangnya tengah
boncit poket kempis perut terpaksa mencari menawar segera untuk mengobati penyakit Sang Isteri, kerana dipercayai jika ia tidak diobati segera, takut nanti bertambah parah, dapur pun tak berasap....
Jadinya untuk memastikan
poket perutnya yang
kembong kempis itu tidak semakin kempis lempeng, maka dengan segala usaha yang ada terpaksalah Sang Suami mengadap Tok Pawang.Dan menurut Pawang yang ditemui...Hanya satu penawar yang boleh menghapus virus yang hinggap di badan sang Isteri, iaitu menyuntikkan segera Bakteria Baik untuk menghapuskan Bakteria jahat yang sedang bermaharajalela itu.....
Malangnya, untuk mengobati penyakit itu dan memastikan ia benar-benar mujarab, Sang Suami perlu membuat rawatan itu di luar dari kawasan rumah....
Maka, pergilah mereka sekeluarga berdoyong-doyong meredah keheningan malam mencari tempat yang teramat sesuaiiiiiiiii........Dan bersinggah
sahurlah mereka disini....
Wajah penuh pasrah, sabar menunggu Tok Pawang menyiapkan hidangan mentera
Kakak :- Air Jampi, Waaaahhhh...Tok Pawang yang Papa carikan ini sungguh hebat
Kakak :- Kena baca doa makan jampi dulu niii, baru mujarab...Papa :- Haipppp....Turun...Pantang ni....Tawar ubatnya nanti...
Kakak :- Ohhhhh....Itu macam kaaaa...? Papa, kata orang kalau nak sembuhkan penyakit kena ada ubatnya....Tok Pawang ni tak kasi ubat ke? Tak nampak punnn
Papa :- Adaaaa....Mesti ada punya...........haaaaa murah rezeki...baru diseru² dah sampai punn ubatnya.
Papa :- Inilah ubatnya, hidangan yang berunsurkan sesuatu yang saling berkaitan, iaitu yang saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain...seperti perkaitan di antara alam & manuasia...
Papa :- Tok Pawang tu Mama cakap, ubatnya juga mesti ada unsur² yang bervariasi. Satu kena berdaging merah dan satu lagi berdaging putih.Tapi kalo nak tambah variasi daging len pun boleh gak, tadak masalah punyeeee, tapi pengerasnya nanti kira lain lah pula....Dan mesti juga ada unsur² tumbuhan untuk membalancekannya ....
Papa :- Tok pawang tu Mama pesan lagi, kalo nak lagi mujarab, hidangan² itu semua mesti dibakar di atas bara api...barulah unsur² jahat tu boleh dikeluarkan dan di bawa angin bersama² asap kemenyan tuuuu
Kakak :- Ooooooo..macam tuuu..Barulah Sara Faham....Tapikan Papa, berobat kat sini kena ada pengeras tak..?
Adik :- Akak ni, kan Papa dah cakap tadi, mestilah ada, kan Papa kan kan kan.. Kalo tak camana nak berobat
Adik :- Akak, ubat ni baguslah..tip top.. Walau pun Mama yang sakit, tapi semua orang boleh makan ubat ni....Bagus betul ubat berunsurkan bakteria baik pemberian Tok Pawang ni
Budak botak :- Okey kan Papa....Obatnya pun dah abissss ni...Apa lagi, Jommm kita Balik...Memang mujarab betul berobat kat sini yaaaa...Len kali Kalau Mama teringin sengal² badan lagi, bolehlah bertandang kat Pondok Buruk Pawang ni lagiiii....