PENERAP BISKUT
Beli sebab sukakan kerekter Doraemon ni tapi sampai sekarang pun belum pernah digunakan lagi
Yang putih di atas tu mould untuk 'nasi jepun' dan yang bawah untuk cookie cutter..Tapi yang ni juga sampai sekarang masih belum pernah digunakan..Ngeeeeee.....
PENERAP DONUT
Versi yang lain..Kedua-dua versi pun selesa digunapakai tapi yang ni kadang-kadang kurang best bila doh yang diterap terselit di acuan..kena cungkil siket...
PENERAP SANDWICH
Antara yang ada dalam koleksi
ACUAN TELUR/PANCAKE
Selain di gunakan untuk telur goreng, ia juga sesuai digunakan sebagai acuan pancake..Cuma kalau nak guna untuk telur, pastikan yang bersaiz kecil seperti telur gred C sebab ia tidak terlalu tinggi..
Bentuk cantik tapi saiznya yang agak besar, so kena guna telur gred A tapi untuk pancake memang cantik cuma sedikit leceh sebab bucu-bucu bintangnya memerlukan sedikit perhatian yang teliti untuk membalikkannya...
Ini versi bentuk yang paling klasik dan paling selesa digunakan...
ACUAN SEMPERIT
Didatangkan dengan beberapa pilihan petern sesuai untuk tart/biskut..Boleh buat kuih juga..Antara kuih yang menggunakan acuan ni adalah Kuih Belimbing dan French Crullers
Ini antara koleksi terawal yang Sue ada...Serbaguna samada digunakan untuk membakar di dalam oven mahu pun kukus....Yang bersaiz agak besar tu boleh buat bakar roti dan dua yang bawah tu bolehlah buat kukus apam ataupun membakar muffin..
Yang ni acuan apam...Jarang guna sebab leceh siket nak basuh..He he he he
First beli dulu tak tahu pun untuk apa..Habisss kenapa beli..? Sebab murah... Ha ha ha ha Tapi bila dah ada kat rumah jadi juga kuihnya
Ni acuan paling klasik..Acuan lompang..tapi sepanjang hayat dia kat rumah ni, belum pernah sekali pun jadi kuih lompang...Apa pun fungsi asalnya ia tetap berguna sebagai alternative untuk kuih apam....He he he he he
Acuan Puteri ayu...Boleh juga kalau nak masukkan lengkong kat dalamnya...
Yang ni plak acuan untuk kuih tako..Sue tak beli bekas ni secara langsung, dapat ni masa beli kuih tako kat pasar Ramadhan tak lama dulu... Jadinya hanya ada 5 biji jelah..Ada gak cuba intai2 acuan ni kat pasaran, tapi sampai sekarang pun belum jumpa...















1 comment:
We offer variety of cakes and biscuits mould according to the latest patterns.
Ada pelbagai jenis acuan.. nozzle samperit..dan lebih 100 pattern acuan kuih kecil2.
Material: Copper/tembaga @ Aluminium... *TIDAK karat dan tahan lama...
Sila ke page @ blog kami :)
Jgn lupa klik 'Like' sekali yer.. TQ
http://cakecookiesmould.blogspot.com/
https://www.facebook.com/onlineshopzz
Post a Comment