Showing posts with label Unique Shop. Show all posts
Showing posts with label Unique Shop. Show all posts

Friday, September 6, 2013

Heavenly Milo & Oreo Pudding

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tuan Rumah pun sekarang sekejap timbul sekejap tenggelam...Masak Tetap masak cuma masa agak kurang mengizinkan berlama-lama nak berjimba-jimba depan komputer...

 
Nampak gayanya Syawal sudah pun berada dipenghujungnya...Sekejap jeee rasanya masa berlalu..

Dah lama sebenarnya duk simpan resipi pudding nan satu ni cuma keadaan kurang mengizinkan untuk membuatnya..1st time buat dulu tak sempat posing mosing tapi ....feedback budak-budak dan mak budak...amat menggalakkan..So masa buat jamuan kecil-kecilan masa raya baru-baru ni, buat lagi, tapi terus 2 adunan..tak de derhaka-derhaka...100% follow resipi.....Besttttttt.....Thanks Kak Along Roz atas resipi yang mabelessssss ini.......

HEAVENLY MILO & OREO PUDDING
Sumber : Kak AlongRoz @ HomeKreation

BAHAN-BAHAN (Saiz: 8" persegi)
  • 1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
  • 750ml Air
  • 160g Gula
  • 1 tin (400g) Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis
PENYEDIAANNYA
  1. Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut.
  2. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
  3. Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  4. Asingkan 2 cawan  ke dalam periuk yang lain dan campurkan milo sehingga sebati.
  5. Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam acuan.
  6. Panaskan campuran milo yang separuh lagi dengan api paling kecil supaya tidak membeku.
  7. Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
  8. Taburkan biskut oreo.
  9. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  10. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.
Tips Untuk Melapis
  • Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sebab takut lapisan tidak melekat.
  • Jika membeku semua, guris-gariskan permukaan dengan garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
  • Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dengan baik
Acuan yang Sue gunakan untuk Pudding ni....Atau boleh dapatkannya di sini Bukan sekadar membuat pudding, malah boleh digunakan untuk membuat kek jugaaaaaaa

Friday, April 5, 2013

Vantage Caramel Cake

Assalamualaikum...Salam sejahtera..

Lama sangat yaaa pengunjung2 sini duk jamu mata ngan Cream Pudding dan bread horn tu yaaaaa....

Emmm semenjak pc rosak dah masuk 3 minggu ni banyak niat2 untuk memunculkan diri secara online terbantut...Almaklumlah, klu guna pc opis mana boleh berjimba-jimba sesedap rasa..Kena tengok line dulu dan tahap kebizian tanggungjawab yang di amanahkan bosss....Klu freee boleh cilok2 sekejap..Tapi klu ada keje..ehemmmmm faham2 jelah..Sebab tu banyak komen yang tak terjawab..Ada baca tapi tak sempat nak balas sebab tak sempat nak log-in...just open jeeee....

Oklah..Kali ni jommm kita jamu ngan suku sakat karamel lagiiii..Tapi kali ni versi kek plak...rasanya memang dah ramai sangat dahhhhh buat kek ni...Pendek kata setiap blogger masakan mesti ada mengabadikan resipi kek ni yang pelbagai versi sebagai kenang-kengangan atau rujukan rakan2 tersayang.... ^___^

KEK KARAMEL BALDU
Sumber : Resipi2011 @ MyR

BAHAN-BAHAN

Bahan karemel
  • 3 camb gula pasir + 2 camb air. ~ Sue skip air
***buat gula hangus - dan masukkan terus ke dalam loyang yg telah disapu mentega kelilingnya

Bahan Puding
  • 1 cawan susu cair
  • 60g gula kastor
  • 1/2 camt esen vanila
  • 3 biji kuning telur
***Kacau rata semua bahan puding dan tapiskan ke dalam loyang karemel

LAPISAN KEK
Bahan A
  • 140g tepung gandum + 1 camt baking powder (ayak bersama)
  • 60g gula kastor
  • 3 biji kuning telur
  • 135ml air
  • 50ml minyak jagung
Bahan-B
  • 6 biji putih telur *jgn ada sedikitpun yg kuning
  • 60g gula kastor
  • 1 camt krim of tar-tar 
PENYEDIAANNYA
  1. Putar bahan-A kecuali tepung hingga kembang.
  2. Masukkan tepung+ baking powder sedikit2 ke dalam adunan dan kacau rata.
  3. Putar bahan-B hingga kental dan gebu - jika di angkat tak jatuh.
  4. Satukan B ke dalam adunan A kacau rata saja (kaup balik)
  5. Bahagikan beberapa warna disukai
  6. Tuang ke dalam loyang berisi puding perlahan berselang-seli warna ikut suka.
  7. Bakar kaedah bain marie suhu oven 160'C * (45 minit bakar api bawah sahaja & 15 minit api atas bawah)
  8. Bila sejuk kek akan mengecut sendiri terbalikkan.bolehlah dihidangkan untuk keluarga..Jika nak lebih sedap lagi simpan sekejap dalam peti ais...emmm
* Jika guna pes pandan - 1 bahagian pes dan 1 lagi biar kosong. -Jadi kek karemel pandan
* Begitu juga jika guna pes strawbery- jadi kek karemel strawbery, emulco coklat - jadi kek karemel coklat dll ...Selamat mencuba 


Boleh didapati di sini
Berminat....Boleh hubungi sue di ---> sue_nenie@yahoo.com

Monday, January 28, 2013

Happy Birthday dan .............

Assalamaualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah....Hari ni bertambah lagi setahun peluang untuk menghirup udara di dunia ciptaanNya ini...

Sambutan birthday kali ni macam biasa, xde potong-potong kek tapi satu kelainan tahun ni kita nak potong reben...

Ehemmm...dengan rasminya kita nak buka online shop secara kecil-kecilan........



Sempena awal pembukaan dan bersamaan sambutan birthday Sue yang ke-34..Jadi Sue menawarkan promosi pembukaan dengan KOS POS PERCUMA  dengan setiap pembelian RM150 dan keatas bermula sekarang sehingga 28 feb 2013....Dan percuma untuk sebarang pembelian bagi pembeli yang ke-34....