Showing posts with label Cendawan. Show all posts
Showing posts with label Cendawan. Show all posts

Saturday, January 26, 2013

Masak Lemak Cili Api Cendawan


Assalamualaikum..

Paparan lemau lembap tuan rumah....

MASAK LEMAK CILI API CENDAWAN
Sumber : 1 hari 1 resipi ~ 365 resipi istimewa Chef Hanieiza

BAHAN-BAHAN
  • 20 tangkai cedndawan tiram (koyak)
  • 10 ekor udang (buang kulit)
  • 1/2 batang lobak merah
  • 5 biji jagung muda ~ Sue xletak
  • 2 batang serai
  • 2 cwn santan (1/2 biji kelapa)
  • Garam secukup rasa
Bahan Kisar
  • 10 biji cili padi ~ Sue kurang
  • 3 biji bawang merah
  • 2" kunyit hidup
PENYEDIAANNYA
  1. Masukkan bahan kisar dan serai ke dalam periuk.
  2. Masukkan udang, lobak merah dan jagung muda.
  3. Masak sehingga mendidih
  4. Masukkan cendawan dan santan.Kacau rata
  5. Bila mendidih, tutup api dan hidangkan

Thursday, April 5, 2012

Rendang Kerang & Kulat Sisir

Assalamualaikum...

Paparan yang dah lupa bila masaknya...Semalam tengah boring-boring masa duk godeh-godeh komp. pasal tenet tetiba plak tak leh connect, terjumpalah gambar ni..Edit lebih kurang...Sib baik masih ingat sumber resipinya..So bolehlah lah post sini...


Lately ni tenet Sue asyik tak leh connect jeee..Bila buat report kat TM, diorang buat tak tau jeee..Boleh di jawabnya sebarang masalah di dalam premis adalah tanggujawab sendiri..diorang hanya bertanggung jawab jika ada kerosakan di luar premis sahaja....Memang sakit ati...iyalah. walau ia dalam premis tapi mana lah taw camne nak cek kabel kan....Sekarang dalam proses nak tamatkan jeee pekhidmatan streamyx ni...Buat apa nak bayar bulan-bulan tapi intenet dan servicenya kita tak leh nak guna...Baik simpan jeee wang tu untuk lain keperluan....

Sedih juga bila susah nak BW jenguk kawan-kawan dan dah tak kesempatan balas komen-komen yang tinggal...Iyalah, kalau kat opis, time free bolehlah berjimba-jimba jap depan komp. tapi .... Iyalah, nama lagi kat tempat kerja kan..keperluan dan tanggungjawab pada kerja mestilah jadi keutamaan...Kalau ada sedikit kelapangan barulah cilok-cilok curi tulang jappppp...

Oklah..tak mau bebel banyak-banyak pepagi..So kita layan jelah resipi yang thah bila-bila thah ni.....

RENDANG KERANG & KULAT SISIR
Inspirasi : Rendang Kupang (365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza)
Olahan : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 500 gm isi kerang (siap rebus)
  • Segenggam kulat sisir
  • 200 ml santan pekat
  • 2 sb kerisik
  • 2 helai daun kunyit (dicarik-carik)
  • 2 sb minyak masak
  • 2 s.teh gula merah/nisan
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam secukupnya

Bahan Kisar

  • 10 tangkai cili kering (direndam air panas sehingga lembut & toskan)
  • 5 biji cili padi
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 1/2" lengkuas
  • 1 1/2" halia
  • 1" kunyit hidup
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak
  2. Masukkan santan, asam gelugur, daun kunyit dan kulat sisir.
  3. Kacau sekali sekala dan biarkan sehingga pecah minyak, pekat dan kering.
  4. Masukkan isi kerang, kerisik, garam secukupnya dan gula merah.
  5. Masakkan sebentar dan biarkan sehingga pecah minyak.Sedia diangkat dan hidangkan

Wednesday, January 4, 2012

Masak Lemak Kepah dan Kulat Sisir

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni pasti ramai ibu bapa yang agak sibuk menghantar anak2 ke sekolah setelah hampir sebulan bercuti dan bagi cikgu-cikgu yang akan memulakan tugas hari ni..Selamat kembali bertugas...


Jommmm hari ni kita intai2 lagi resipi main campak2 menggunakan apa yang berbaki kat esbox... Resipi simple2 orang malas...Main lebur semuanya kat dalam priuk then sedia dihidang..

Sebenarnya dulu Sue paling tak suka nak masak masakan yang ada santan ni pasal kena berdiri lama-lama kat tepi stove tu kacau-kacau dan kacau kuah tu supaya tidak pecah minyak...Walau ramai yang kata boleh tinggal macam tu jeee dengan meletakkan senduk ke dalamnya, tapi still tak jadi sampailah Sue cuba satu senduk stailessteel yang Sue beli tak lama dulu..Barulah eksperimen menjadi...Nak masak apa2 pun kuah bersantan, just tinggal macam tu jeee then kacau sekali sekala sehingga mendidih..kuahnya still cantik tak pecah minyak...Ohhh suka dan sejak itu memang selalu gaklan masak lemak main lebur2 macam ni...Senang kerja satu dan lauk2 macam ni memang kegemaran Sue....

MASAK LEMAK KEPAH dan KULAT SISIR
Resipi : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 kg kepah
  • Segenggam kulat sisir
  • 1 batang serai (dititik)
  • sehiris halia
  • 6 tangkai cili padi ~Jika mahu kuah pedas, boleh blend sekali dengan bawang
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 500 ml santan (200ml santan kotak+300ml air)
  • Garam secukupnya

Bahan tumbuk kasar

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

PENYEDIAANNYA

  1. Kepah direndam ke dalam air garam lebih kurang 1/2jam untuk membuang sisa pasir.Basuh dan toskan
  2. Kulat sisir direndam seketika dengan air dan basuh dengan sedikit air garam.Bilas dan toskan.
  3. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
  4. Bila Kepah sudah masak dan kulat sisir dah lembut dan kuah pun cukup rasa, tutup api dan sedia dihidang.

Tuesday, December 27, 2011

Kulat Sisir Masak Lemak Udang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom hari ni kita layan kulat sisir pula..Secara jujurnya ni baru 1st time Sue makan kulat ni...Sebelum ni pernah dengarlah tapi belum pernah berpeluang merasanya sementelah lagi ia amat susah untuk di dapati dipasaran sekarang...


Sehinggalah last week masa Sue gi meninjau-ninjau kat Pasar Tani Kota Kemuning kat both sayur kampung nampaklah sorang mak cik tu jual kulat ni...Untuk kepastian sekali lagi, Sue pun tanyalah kat Makcik tu dan dia mengiyakan..Sebungkus RM3, tapi Sue dengan tamaknya nak beli 2 bungkus, minta kurang 2 bungkus RM5..Alhamdulillah mak cik tu kasi...Siap tanya lagi Sue asal mana, jawablah Trg..So Mak Cik tu jawab.."Ooooooo patutlah biasa makan kulat ni, orang sana yaaaaaaa"..

Ha ha ha ha ha...Tetiba pula Sue terasa nak tergelak kat dalam hati...Bukan apa, sepanjang hayat memang tak pernah jumpa pun kulat ni apa lagi nak makannya...Mak Sue tak pernah pun masak ni, logiklah..zaman dulu-dulukan diorang 'pungut' kulat ni kat kebun-kebun getah dan kalau kurang bernasib baik, ada risikonya jika kebetulan time tu Tuan Kebun/pekerjanya baru saja meracun kat kebun mereka.

Tambahan pula ada satu text masa Sue darjah dua kalau tak silap yang bertajuk "Nasinya tumpah" yang mencerita satu keluarga petani yang kehilangan seluruh ahli keluarganya kerana termakan kulat sisir beracun kecuali seorang anak bongsunya, itu pun kerana nasinya tumpah dan jatuh ke tanah dimakan ayam...Jadinya pengajaran yang cikgu berikan dari text berkenaan ialah jangan sesuka hati mengutip cendawan dikebun2 kerana ia belum tentu selamat untuk dimakan...Tambahan pula, mak Sue pun cakap macam tu...Itu sebabnya tertanam kat jiwa raga ni cendawan adalah beracun..


Sampailah Sue datang ke KL...Tapi awal penghijrahan Sue dulu, cendawan adalah sesuatu yang amat asing dalam hidup..Sue akan anggap semua cendawan tidak terjamin keselamatannya untuk dimakan.Tapi biasalah, jauh perjalanan luas pandangan dan makin ramai yang kita jumpa, kenal dan berkawan, makin banyak pengalaman yang bakal kita tempuhi dan pelajari..Jadinya bermula dengan cendawan tiram yang Sue makan dalam tomyam yang diorder sekitar Taman Keramat KL, kemuadian button yang dalam dalam tin dan seterusnya cendawan shitake yang 1st time Sue makan time Office Anual Dinner..Akhirnya cendawan menjadi salah satu kegemaran Sue...

Dan sekarang bila balik kg, Sue dah biasa jumpa cendawan tiram kat dalam peti ais rumah Mak Sue..Iyalah, bila sudah ramai anak-anak yang berhijrah dan berkahwin dengan orang 'luar', jadinya Mak pun sedikit sebanyak terpaksa berhadapan dengan budaya baru dari anak menantu...

Alamak...panjanglah pulak ceritera tuan rumah hari ni...Jadinya rentetan dari 'penemuan pertama' kulat sisir ni, dan hasil perisikan ngan kawan-kawan yang dah biasa ngan kulat ni untuk mengetahui cara membersihkannya...Then mendapatkan beberapa resipi yang sesuai..So terhidanglah salah satunya dan ini merupakan resipi pertama Sue yang berasaskan kulat ni...

KULAT SISIR MASAK LEMAK UDANG
Sumber : Eenat @ MyREsipi

BAHAN-BAHAN
  • 1 pot - Kulat sisir, direndam dan dibersihkan dengan garam
  • 10 ekor udang sederhana
  • 1 kotak kecil santan pekat - kalau nak cair, tambah air
  • 1 batang serai dititik
  • 1 helai daun kunyit dikoyak-koyak
  • Garam dan perasa secukupnya
  • 1 keping asam keping @ gelugor
  • Sedikit minyak utk menumis
Bahan Blend
  • 4 ulas bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5-10 tangkai cili api (ikut kepedasan masing2)
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak, letak serai yg dititik tadi. Kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan blender. Masak sampai pecah minyak.
  3. Masukkan kulat sisir, udang, santan, daun kunyit, garam, perasa dan asam keping. Perasakan kuah.
  4. Biar didih, kemudian matikan api. Siap.

Friday, December 2, 2011

Sotong & Cendawan Black Paper Bersos Tiram

Assalamualaikum...

Jommmm hari ni kita layan sotong dan cendawan pula....Ni baru 1st time makan cendawan jenis macam ni..Ini pun secara kebetulan jeeeee...Last week masa gi Jusco sempena JCard Members sale, kat bahagian supermarket adalah promosi cendawan ni...Ha ha ha ha ....Rm 7.90 sebungkus (Tak pastilah mahal ke murah harga tu pasal xpernah beli)..Dan setiap bungkus ada lebih kurang 4~5 pokok cendawan ni bergantung pada saizlah....Dan kebetulan pula ada seorang aunty yang masak cendawan ni untuk membantu promosi....

Apa lagi, Sue dengan penuh kejakunan pun pegilah ngendeng2 kat situ...Bukan apa, seumur hidup memang tak pernah merasa cendawan ni..Tengok pun macam kelakar, tak tau nak masak macamana...Iyalahkan, dengan tangkainya yang besar segedabang tuuuu..Sebab biasanya kalau Sue masak cendawan, Sue akan buang tangkainya, ambil atasnya sajeee kecuali cendawan enoki dan cendawan butang....Tu yang selalu teragak2 nak membeli tu....Dan setakat hari tu, Sue hanya pernah makan cendawan yang biasa2 jeeee seperti tiram, shitake fresh/dried, cendawan butang itu pun yang canned punya, cendawan enoki dan portobello ini pun yang gred rendah kat pasar Tani

So dengan teragak-agak pada mulanya, Sue pun capailah satu sample promosi tu, rasa....Emmmmm..not bad..sedap...He he he..Dan ngan muka tembok Sue pun buat-buat ramahlah pulakkkkkk...Terus tanya Aunty tu, camana dia masak cendawan tu...Nak tau apa reaksi dia..Macam terkejut jeeee..Ha ha ha ha ....Mesti dia pikir spises jakun manalah sesat ni, tapi dia ada bagitau jugalah secara ala kadar...."Alaaa senang aje, U taruk aje sos tiram dan black paper".... dan Aunty tu sambung "U belilah satu, murah aje, sebungkus RM7.90"....

Dalam hati berbisik..."Emmmm, betul ke murah...?"....Tapi sebab dah rasa tadi memang sedap dan Sue pun nampak memang dia guna sepenuhnya tangkai & bahagian atas, so Sue pun ambillah sebungkus, kat dalamnya ada 5 tangkai...At least taulah siket2 macamana nak masaknya....


Then bila ada kelapangan, Sue pun cubalah search kat tenet resipi mushroom black paper ni dan macam biasa, mesti Sue tuju ke MyR dulu sebab selalunya ia jarang mengecewakan...Nah, seperti dijangka..Ada pun...

Tapi macam biasa jugaaaa, mesti ada berlaku penderhakaan...Resipi asal versi sayur, tapi dah diolah jadi lauk lah plakkkkk....Sue tambah sotong..ha ha ha ha ha..Apa-apa pun resipi ni memang sedap dan rasa dia memang lebih kurang yang Aunty tu masak dan pastinya yang masak sendiri lagi sedaplah kannnnn...Ha ha ha ha angkat bakullah plakkkkkkkk

SOTONG CENDAWAN GORENG SOS TIRAM
Sumber Rujukan : Fieza Fwwt @ MyResipi

BAHAN-BAHAN
  • 200 gm cendawan butang ~Sue guna 2 tangkai cendawan eryngii (potong slice)
  • 200 gm brokoli ~ Sue gantikan dengan 4 ekor sotong (potong membulat)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1-3 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air - jika ingin berkuah
  • Garam secukup rasa
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan kuali dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau.
  2. Masukkan lada hitam, kicap manis dan sos tiram. Kacau rata.
  3. Masukkan sedikit air jika ingin berkuah. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih sedikit, masukkan cendawan diikuti brokoli. Kaup balikkan.
  5. Kemudian masukkan sotong kacau sebati sehinggga sotong masak.Jangan overcook, nanti sotong liat...Setelah cukup rasa dan sesuai kelekatan yang diingini, tutup api...
  6. Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan ketika masih panas.
Petua dari mak Sue : Kalau masak sotong, dan mahukan masakan kita berkuah pekat, setelah sotong masak, keluarkan dulu isi sotong ke dalam mangkuk, teruskan memasak kuahnya sehingga kepekatan yang diingini, dan cukup rasa dan kepekatannya, masukkan kembali sotong dan gaul rata..Tutup api dan sedia dihidang....

Monday, November 28, 2011

Cendawan Campur Aneka Rasa

Assalamualaikum...

Salam Maal Hijrah..Tentu hari ni ramai yang duk berjimba-jimba dan bermalas-malasan di rumah tak pun merancang untuk kemana-mana sempena cuti maal hijrah..Selamat bercuti dan kepada yang terpaksa bertugas tu, selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang di amanahkan...

Paparan hari ni simple2 jeeee..just nak abiskan stok kat esbox....Dan konsepnya samalah ngan tumis2 sayur yang biasa tu cuma bahan2 nya sahaja yang berubah....Tapi gatal2 gak nak post kat sini.....

CENDAWAN CAMPUR ANEKA RASA
Resipi : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • Segenggam cendawan tiram (dibersihkan)
  • 6 biji cendawan butang
  • segenggam cendawan enoki
  • 2 batang sosej (dipotong ikut suka)
  • ¼ biji capsicum merah
  • ¼ biji capsicum hujau
  • 3 biji bawang merah (mayang)
  • 1 ulas bawang putih (ketuk)
  • 5 tangkai cili padi (potong)
PENYEDIAANNYA
  1. Tumis bawang putih sehingga naik bau kemuadian masukkan bawang merah dan cili potong.Tumis sehingga kesemua bahan-bahan layu..
  2. Masukkan kesemua cendawan, sosej dan capsicum merah&hijau.Kacau sebati.Masukkan sedikit air dan sos tiram..
  3. Masukkan garam secukupnya dan sesuaikan rasa...
  4. Setelah kesemua sebati, tutup api dan sedia dihidang

Tuesday, September 20, 2011

Cendawan Tiram Kacau Goreng

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kita layan je lah sayur ala-ala sayur campur ni....Sue suke kan kombinasi cendawan bersama fried veg. fish ball dan tauhu lembut tu....Duk leka ratah sampai lupa nasi bertambah-tambah di pinggan...

CENDAWAN TIRAM KACAU GORENG

Sumber : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 1 labu bawang besar (mayang)
  • 2 ulas bawang putih (mayang)
  • 5 biji cili padi (potong)
  • 1/4 buku kiub pati ayam
  • 1 sb sos tiram
  • 100 gm cendawan tiram
  • 1/2 batang carrot (potong memanjang)
  • 1 btg Tauhu telur (goreng & potong)
  • 3 kuntum cendawan shitake (rendam sehingga lembut & potong slice)
  • 6 biji fried fish ball
  • Garam & gula secukupnya
PENYEDIAANNYA
  1. Tumis bawang merah, putih, cili dan kiub pati ayam sehingga wangi.
  2. Masukkan carrot, cendawan shitake, fish ball dan air secukupnya.Masukkan sedikit air jika mahu sedikit berkuah.Masukkan juga sos tiram.Gaul sebati.
  3. Masukkan cendawan tiram dan perasa dengan garam & gula...
  4. Masukkan tauhu telur dan kacau sekejap.Hati2 supaya tauhu tidak pecah.
  5. Tutup api dan sedia dihidang

Monday, May 31, 2010

Enoki Goreng Keju Pedas

First time cuba dah terpikat dan rasanya memang memikat..Tapi malas pula nak buat selalu sebab penyediaannya leceh sikit tang nak masukkan satu-satu enoki yang kecik tu ke dalam minyak panas...Tak boleh main campak jeee...nanti ia melekat antara satu sama lain...Kalau dah berketul, tak sedap dan hilang juga kerangupannya...


Tapi, leceh-leceh pun berbaloi...Selain sedap...Ia tetap rangup walau dah sejuk.....



BAHAN-BAHAN
  • 1 bungkus cendawan enoki
  • Minyak secukupnya untuk goreng terendam

Bahan Pencelup
  • 50 gm tepung gandung
  • 15 gn tepung jagung
  • 1 s.teh serbuk bawang putih ~ Tadak stok, Sue parut je bawang putih biasa
  • 1/2 s.teh serbuk paprika
  • 3/4 s.teh garam
  • 1/4 s.teh serbuk lada sulah
  • 1/2 s.teh serbuk penaik
  • 100 ml air sejuk
Bahan Taburan (kacau rata)
  • 150 gm tepung gandum
  • 2 s.mkn tepung jagung
  • 1/2 s.teh serbuk lada sulah
  • 1 1/2 s.mkn keju parmesan ~ Tadak stok, ganti ngan cheddar

PENYEDIAANNYA
  1. Potong akar enoki.Pisahkan bahagian-bahagiannya
  2. Kacau rata bahan pencelup.
  3. Celuo cendawan dan segera digulingkan ke dalam bahan taburan.
  4. Goreng di dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana sehingga masak dan kering.
  5. Toskan dan boleh di makan bersama sos dan mayonis jika suka


Note :- Sebaiknya setelah dilumur dengan tepung, cendawan segera digoreng supaya enoki tidak basah.Oleh kerana itu, panaskan minyak sebelum mencelup enoki ke dalam bahan pencelup.