Showing posts with label Pasta. Show all posts
Showing posts with label Pasta. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

Spaghetti Goreng

Dulu-dulu pernahlah tengok orang masak spaghetti goreng versi Malaysia..Tapi time tu fikir maybe rasa dia sama jeee ngan mee goreng yang biasa buat tu..Sehinggalah pagi tadi, terasa nak makan mee goreng tapi mee kuning plak takde stok kat peti ais, nak buat ngan mee lidi Hubby kurang suka mee tu, belek punya belek tabung hikmat, terjumpalah sepeket spagetti ni...So masaklah..

Sekali dah siap..Ohhhh...Walau pun perencahnya sama macam wat mee goreng biasa tapi tetap ada bezanya bila guna spagetti ni...Jadi untuk abadikan pengalaman buat pertama kalinya merasa spagetti goreng ni, Sue buh gak resipinya kat sini..So gambar pun main tangkap muat juga sebab terpaksa tergegas ke Opis plak....

SPAGHETTI GORENG


BAHAN-BAHAN
  • 1/4 bungkus speggeti (bungkusan 500gm) ~ Direbus seperti arahan pada plastik pembalut
  • *3 batang crab stik
  • *3 ketul crab cake
  • *3 batang sosej
  • *segenggam udang segar (dikupas kulit)
  • *Kubis (Kesemua bahan * di potong kecil)
  • 1 biji telur di goreng scramble
  • 1 sb cili kisar
  • 2 sb kicap pekat manis
  • 1/4 kiub pati ayam
  • Garam dan sedikit gula secukupnya
Bahan Kisar
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sb udang kering
PENYEDIAANNYA
  1. Tumis bahan kisar beserta cili kisar sehingga terbit bau..
  2. Masukkan kicap pekat manis, kiub pati ayam juga garam dan gula secukupnya...
  3. Bila kesemua bahan sudah sebati, masukkan kesemua bahan * dan kacau sebati sehingga setengah masak.
  4. Masukkan speggeti dan telur scramble dan goreng lagi sehingga kesemuanya masak dan sekata..
  5. Sedia dihidang...

Tuesday, November 29, 2011

Fettucini Carbonara

Assalamualaikum....

Dua tiga hari ni macam takde idea pula nak bercorat-coret kat sini..Kadang-kadang BW pun sekadar menjenguk ke tingkap dapur kawan-kawan jeee tanpa meninggalkan sebarang jejak...Betul-betul xde idea nak komen apa...Emmm jejak-jejak kawan-kawan kat sini pun tak terbalas-balas lagi..Bukan tak sudi tapi betul-betul macam tak tau nak berkata apa-apa...InsyaAllah, nanti ada masa emosi stabil Sue akan balas semua komen2 dan BW seperti biasa....

Resipi kat bawah ni pun simple-simple jee..Main instant-instant semua....Cepat masak, cepat siap dan cepat makan.....Ha ha ha ha

FETTUCINI CARBONARA
Resipi : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • ½ bungkus fettucini (lebih kurang 200 gm)
  • Minyak zaitun secukupnya..
  • 1 tin instant carbonara cream (Sue guna brand Cambell's)
  • 10 ketul cendawan butang (potong slice)
  • 10~15 biji chicken ball (Sue guna Ayamas)
  • 150 gm daging kisar (Sue guna jenama Ramly)
  • 1 labu bawang besar (potong kiub)
  • 250 ml susu segar
  • Garam secukupnya
PENYEDIAANNYA
  1. Untuk Fettucini - Rebus fettuchini sehingga lembut, tos dan lalukan di bawah air pipe seketika, kemudian titiskan sedikit minyak zaitun dan gaul sekata..Ketepikan.
  2. Untuk Sos Carbonara - Panaskan sedikit minyak zaitun dan tumis bawang besar sehingga wangi.
  3. Masukkan cendawan butang, daging kisar dan chicken ball ke dalam tumisan.Gaul sekata dan sehingga daging cincang empuk.
  4. Masukkan instant carbonara cream dan kacau sekata...Masukkan susu segar dan masak sehingga kepekatan yang diingini..Perasakan dengan garam secukupnya..(Boleh juga taburkan sedikit dried oregano~jika suka)
  5. Cadangan Hidangan ~
  • (a) Option 1 -> Setelah sos carbonara masak, tutup api.Masukkan fettucini dan gaul sekata.Masukkan ke dalam pinggan hidang dan sedia di nikmati.
  • (b) Option 2 -> Letakkan Fettucini di dalam pinggan hidang, tuang kan sos carbonara ke atasnya dan sedia di hidang

Wednesday, June 15, 2011

Macaroni Bakar

Asaalamualaikum dan salam sejahtera....Rabu 15 Jun....Tak sangka dah pertengahan tahun kita..Rasanya macam baru jeeeee wish-wish Happy New Year 2011 kat kawan-kawan sambil masing-masing memasang azam tahun baru....

Is pun dah menjangkau 4 ½ bulan..Dah semakin kedekut nak curi sedikit masa darinya..Apa tidaknya, bila ambil je dia dari rumah pengasuh, terus nak suruh Mamanya menempekkkkk je kat tepi dia, duk layan dia sembang2, pah tu layan dia bacakan buku cerita dan yang paling tak leh tahan, bila dia start tak mo baring...aaahhhh....tensen-tensen.....

Dan yang paling best sekarang Is dah pandai pusingkan badannya...Senang citer dah start meniarap lah tapi belum pandai pusing balik....Tu yang selalu kena perhatikan tu...Pasal dia masih belum boleh meniarap lama-lama lagi...

Oklah..Kita lupakan dulu selingan tadi..Jom kita intai-intai sarapan kitorang semalam....Macaroni bakar..Dulu dah pernah buat ni, masa baru belajar main masak-masak....Memang sedap dan yang penting penyediaannya juga agak simple....Tak banyak kerja....



Resipi macam biasa, ambil kat MyR dari dapur Syuhaiza...Dan macam biasalah mesti nak gak buat satu lagi kopinya kat sini....Dan satu lagi...Macam biasa, mesti ada juga sedikit penderhakaan yang berlaku....Tak banyak, just kite tambah mashed potato je kat atasnya...Instant Mashed Potato..Beli je Potato Flakes then bancuh ngan air suam....Then sedia digunakan....Dan dia nye flavour pun dah jadi ayam..Bukan ala-ala seafood lagi...

Macaroni Bakar
Sumber : Syuhaiza @ MyResipi

BAHAN-BAHAN
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 paket daging kisar ~Sue gantikan ngan isi ayam potong kiub kecil-kecil
  • 1 tin cendawan butang (dipotong nipis) ~ Sue buh ½ tin je
  • 3 ekor sotong (dipotong nipis) ~ Sue tak letak ni
  • 10 ekor udang (dibuang kulit) ~ Sue tak letak juga
  • 1/2 paket macaroni (direbus) ~Sue buh macaroni lebih kurang 150gm sebelum masak
  • 6 biji telur ~ Mak budak ni kedekut..Buh 2 biji je saiz A
  • sedikit garam
  • minyak untuk menumis
  • mayonis, cili sos, cheese mozarella (topping)
My additional
  • 1 biji kentang (dipotong dadu)
  • 5 sb potato flakes (Dibancuh ngan air sehingga membentuk mashed potato)

PENYEDIAANNYA
  1. Tumis bawang putih hingga naik wangi
  2. Masukkan daging kisar isi ayam, udang, sotong, kentang dan cendawan serta gara.Masukkan sedikit air sekadar untuk empukkan kentang.
  3. Masukkan macaroni yang telah direbus tadi dan kacau sekejap.Tutup api. letak telur dan kacau rata.
  4. Sapukan loyang dengan mentega dan letakkan macaroni yang telah di masak tadi di dalam loyang...
  5. Pipekan mashed potato di atasnya dan taburkan cheese mozarella yang telah di sagat di permukaan macaroni tadi sehingga menutupi permukaannya.
  6. Letakkan mayonis dan cili sos di atas cheese tadi.
  7. Bakar pada suhu 120C selama 45-60minit.. ~ Sue setkan pada 180C selama 20 min sahaja..Guna api atas dan bawah...
Hasil kerja asal mau cepat jeeeee....Alasan typical...?....Pagi-pagi Maaaaaa, kejar masa

Friday, January 22, 2010

Macaroni Sup

Ni Sarapan dua budak kecik tu....Sekarang Rina dah start ambil makanan pejal...Selalunya hujung minggu aku masakkan bubur..Tapi pasal hari ni terlewat sikit.Pah tu dah niat dari malam tadi nak bekallan dia bubur (kesian dia asyik makan cereal je)....Jadi aku gantikan ngan macaroni sup jelah...Cepat siket masak....

Nak masak ni pun tak susah..Main tenggek atas dapur je sampai kembang dan lembut (pasal nak bagi dak kecik tu kan?) jadi boleh main lenyek² je pakai sudu....Sara pun boleh tumpang sekaki nanti..

Snap dari dalam piyok jeee...Malas nak posing² dalam mangkuk..Kan main alih sana-sini takut nanti basi pula nak sampai ke tgh hari...


BAHAN-BAHAN
  • 2 sb macaroni (di basuh dan tuskan)
  • 1/2 biji kentang sederhana besar (potong dadu)
  • Air secukupnya
  • 1/8 kiub pati ayam ( sehiris 1mm Thk. je~buat rasa²) - tak buh pun tak pe
Bebola ayam
  • 1 ½ sb isi ayam kisar
  • 1 s.teh rata tepung jagung
  • Serenjis minyak bijan
  • Serenjis kicap cair
  • secubit serbuk lada putih
  • Sedikit garam
PENYEDIAANNYA

  1. Untuk bebola ayam (time mkn boleh main leceh jeee)...Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk, gaul sebati dan ketepikan.
  2. Untuk Sup....Masukkan kesemua bahan kecuali garam dan gula.Masak sehingga macaroni kembang dan lembut dan kentang empuk dengan api perlahan/sederhana...
  3. Besarkan sedikit api, sehingga air mendidih kuat..Sudu² kan kecil² (1) kedalam sup tadi...Buat sehingga habis.Bila nampak bebola sedikit pejal, kecilkan api kembali..Masak sehingga bebola ayam masak..Perasakan ngan secubit garam dan gula.
  4. Tutup api dan sedia dihidang...

NOTE:-
  1. Kalau nak tambah carrot pun boleh, tak buh pasal nak bekalkan dia tuk mkn tgh hari, takut cepat basi dan bau....
  2. Selalunya tak buh pun gula pasal rasa manis kentang dah cukup..
  3. Bebola ayam nak plain pun tak pe, budak² kecik ni tak boleh banyak² perasa, tapi pasal Sara nak join sekaki, jadi kasi perasa siket...
Ha ha ha ha..sebenarnya ni tuk Sara ke tuk Adikk...? Tapi adik suke ngecek ooooo time org len makan.....keh keh keh...