Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

Wednesday, November 27, 2013

Sambal Goreng Kacang Botol


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni kita tayang yang ringkas-ringkas jelah...2in1...boleh jadi lauk dan sayur sekali....Enjoyyyyy....

SAMBAL GORENG KACANG BOTOL
Sumber Rujukan : Sajian Tradisi bersama Chef Wan eksklusif untuk Avon


BAHAN-BAHAN
  •  4 s.besar minyak masak
  • 300 gm udang segar
  • 400 gm kacang botol (hiris halus/sederhana)
  • Sedikit jus limau kasturi ~Jika suka
  • garan dan gula secukupnya
Bahan Tumbuk Halus
  •  6 angkai cili merah (buang biji)
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 s.teh belacan
  • 2 s.besar udang kering
PENYEDIAANNYA
  1.  panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk sehingga terbit bau
  2. masukkan udang dan goreng seminit dua kemudian masukkan kacang botol.
  3. Perasakan dengan garan dan gula secukupnya dan sedikit jus limau.
  4. letakkan ke dalam pinggan dan sedia dihidang.

Saturday, September 14, 2013

Rendang Udang Minangkabau

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Menu simple-simple sesekali nak ubah selera....Nak buat pun taklah rumit sangat, sesuai juga buat suri-suri rumah yang berkerja....


Cuma untuk resipi ni Sue tak guna jintan manis dan jintan putih yang serbuk sebab takde stok..tapi boleh je guna yang biji..kalau rajin, sangrai dulu jintan manis dan jintan putih tu sebelum dikisar..Tapi Sue ambil jalan pintas....Tak blend sekali pun ngan bahan tumisan tapi masa panaskan minyak tu, masukkan jintan putih dan jintan manis biji tu terlebih dahulu, masukkan sekejap jeee..jgn lama2 nanti hangit, then masukkan cili boh..bila cili dah garing, baru masukkan bahan-bahan kisar dan tumis sehingga terbit bau...Then ikut sajalah step yang seterusnya....Ini sebab nak skip masa yang terhad, tapi kalau cukup bahan dan rencah...follow sajalah 100% resipi asal...Oh yaaaa..yang kat bawah ni step resipi asal seperti yang tertera kat buku masakan tu...Cara Sue tu cara orang nak nak masak cepat-cepat..he he he....

RENDANG UDANG MINANGKABAU
Sumber : - (Nanti Sue update..lupa plak tajuk buku resipi dan penulisnya)

 BAHAN-BAHAN
  • 10 ekor udang besar
  • ½ cwn minyak masak
  • 4 s.teh serbuk cili ~ Sue gantikan ngan cili boh
  • 1½ mangkuksantan (perahan dari 1½ biji kelapa)
  • 2 batang serai
  • 2 helai daun kunyit
  • ½ cwn kerisik
Bahan-Bahan B (Dikisar)
  • 1 s.besar biji ketumbar
  • ½ s.teh jintan putih
  • ½ s.teh jintan manis
  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 cm kunyit hidup
  • 10 biji cili padi ~ Sue tak letak..Ada budak2 kecik dalam rumah ni
  • 5 cm lengkuas 
PENYEDIAANNYA
  1.  Panaskan minyak di dalam kuali.Goreng udang setengah masak.Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bahan-bahan B dan serbuk cili menggunakan minyak masak yang sama sehingga terbit bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan santan sedikit demi sedikit dan kacau
  4. Masukkan serai dan daun kunyit.Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  5. Masukkan udang dan juga kerisik.Gaul sehingga sebati.Sedia di hidang...

Wednesday, August 14, 2013

Creammy Mussel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Untuk kawan-kawan dan saudara yang beragama Islam, rasanya belum terlambat untuk Sue ucapkan SALAM AIDILFITRI..Maaf Zahir dan Batin...

  
Ni lauk beberapa hari lepas raya..Dah boring duk ngadap ayam dan daging..sesekali terasa nak ubah selera sikit...Pekena ngan nasi putih panas..Besttttt...

First time nak cuba resipi ni teragak2 siket takut tak kena selera..sebab tak tau nak bayangkan bila mussel masak ngan susu..takut gak...tapi bila baca betul2 kat resipi ada halia dan cili...keyakinan tu datang sedikit..So cuba......Dan WOWWWWWW...tak sangka...bukan setakat makan ngan nasi jeeeee...Ratah pun sedapppppp...Lemak2 pedasssss......Sukeeeee..... Apa pun thanks Mizz Bulan sudi share resipi yang mabelesssss ni.....

CREAMMY + SPICY MUSSEL
Sumber : Mizz Bulan @ MyR


BAHAN-BAHAN
  • 500 gm Mussel
  • ½ cwn Susu segar
  • 5 ulas Bawang putih ( dihiris )
  • 3 biji Cili api ( dihiris )
  • ½ inch Halia ( dihiris )
  • Sedikit butter untuk menumis
  • Sedikit tepung jagung untuk memekat kan kuah
  • Serai untuk tambahan (lebih kaw lagi kalau ade)
  • Garam secukup rasa 
PENYEDIAANNYA
  1. Mussel yg dibeli hendak la dibasuh dan diberus kulitnya terlebih dahulu.~ Sue rendam di dalam air garam seketika..Bila nampak ia sedikit terbuka, bersihkan, bilas dan toskan...
  2. Panas kan periuk dgn butter dan tumis bawang putih, halia yang telah di hiris tadi. Kemudian letak susu segar dan kacau
  3. Letak sedikit garam dan hirisan cili api tadi. Jika ada serai, titik dan masukkan sekali .
  4. Sekarang masukkan mussel kedalam kuah tadi.kacau shingga dia mendidih bersama kuah. Kacau rata2 agar susu td tidak berketul.kemudian tutup periuk, biarkan mussel masak seketika.
  5. Mussel yg telah masak td akan terbuka. Kemudian angkat dan letak mussel di dalam pinggan.Biarkan kuah di dalam periuk. Campur kan sedikit tepung jagung dgn air dan masukan ke kuah tadi untuk memekatkan kuah.Kacau rata2.
  6. Kuah yang dah di masak dan pekat tadi di curahkan keatas mussel yg di atas pinggan tadi. Curah kuah pekat rata2 keatas setiap mussel.
  7. Sudah siap.. ready untuk dimakan..=) Slamat menjamu selera..Lemak2 dan pedas2 sket. sesuai makan dgn nasi atau di makan begitu sahaja 

Friday, August 2, 2013

Butter Prawn

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Untuk yang beragama Islam, Sue ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa...InsyaAllah jika ada keizinan darinya, minggu depan kita akan sama-sama menyambut kedatangan Syawal...

Alhamdulillah setelah sekian lama nak mencuba butter prawn ni untuk kali kedua (setelah percubaan pertama dulu fail...Jadi scramble egg) akhirnya tertunai juga di bulan yang mulia ni...

Tapi masih belum berpuas hati sebab juraian yang diperolihi masih kasar dan kurang rangup...Tapi takpe...InsaAllah lain kali cuba lagi dan akan cuba perbaiki dari masa ke semasa....

Apa pun..Terima kasih buat Kak Nor atas resipi ini..Selamat berpuasa....

BUTTER PRAWN
Sumber Rujukan : Kak Nor @Secubit Garam

BAHAN-BAHAN
  • 12 ekor udang saiz besar
  • 2 sudu butter
  • 3 biji kuning telur ~ K.Nor guna 2 bj sahaja
  • sedikit daun kari
  • sedikit cili padi
  • serbuk kunyit & garam
  • minyak utk menggoreng
PENYEDIAANNYA
  1. Lumur serbuk kunyit & garam kat udang.
  2. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah msak,ketepikan.
  3. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu.
  4. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.
  5. Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala. 
  6. Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. 
  7. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.
  
Note dari Kak Nor :-
  • K.Nor guna acu jala gak, tp kuning telur ni kan dia pekat skit dan acu jala K.Nor tu yg stail lama (tembaga) dan lubang dia kecik jd K.Nor tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah skit lg putih telur.
  • boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan
  • buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun
  •  jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia

Tuesday, February 26, 2013

Udang Goreng Telur Masin & Sayur Campur

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Malam ni nak kongsi lagi menu simple2 yang diadaptasi dari resipi asal iaitu Ketam Goreng telur Masin tapi Sue dah tukar bahan utamanya daripada ketam kepada udang.

Sedapppp cuma tak berapa puas hati sebab masukkan 2 biji jee telur masin sebab itu je stok yang ada kat umah..Takpe, len kali buat lagi...

Udang Sue buang kulit sebab nak nikmati sepenuhnya isi udang dan salutan telurnya....

UDANG GORENG TELUR MASIN
Sumber : Kak Zila 4ever

BAHAN-BAHAN
  • 300 gm udang 
  • 10 biji cili padi ~Dihiris ikut kepedasan masing
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sb butter/mentega
  • 5 biji telur masin
  • 1 sk gula
  • 3 sb susu cair/sejat
  • 2 ulas bawang putih ~Dicincang
  • 3 sb tepung jagung
  • Garam secukupnya
  • Serbuk lada sula
  • Minyak masak utk menggoreng
 PENYEDIAANNYA
  1.  Rebus telur masin sehingga masak.Kemudian asingkan kuning dan putih.Hancurkan bahagian kuning.~Kak Zila tambah 1 biji bahagian putih ~ Sue pun
  2. Bersihkan udang dan buang kulitnya kecuali sedikit dibahagian ekor.Bersihkan dan salutkan dengan tepung jagung.Goreng sehingga kekuningan.Ketepikan
  3. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak sayur dan butter.Tumis bawang putih sehingga wangi.
  4. Masukka cili padi dan daun kari.Masak lagi sehingga wangi.
  5. Masukan telur masin yang dihancurkan
  6. Masukkan susu segar, gula dan lada sulah.Perasakan kesemuanya dengan secubit garam
  7. Kacau rata.Tunggu sehingga ia sedikit berbuih, masukkan udang goreng tepung tadi dan kacau rata.
  8. Sedia dihidang.

SAYUR CAMPUR

Ni menu semua orang tahu buat...Tumis2 bawang merah dan putih, tambah perasa dan masukkan apa saja sayur dan bahan sampingan yang disukai...Kacau goreng then siapppppppp

 

Monday, February 25, 2013

Udang Bermadu dan Sayur Campur

Assalamualaikum...Salam Sejahtera...

Ni menu dinner beberapa hari lepas, tapi tak pastilah hari apa...Cuma yang pastinya selepas Kak Linapg menayang honey prawn kat blog beliau beberapa hari yang lalu..Terus terguda dan kebetulan semua bahan tersedia kat dalam esbox...Sooo apa lagi, project jalanlah....

 

Cuma paste Sue terlebih siket, tu yang nampak macam samballah plak...Eheemmmm atau stock udang yang dah tinggal ciputttt..Apa-apa pun honey prawn ni memang sedappp....Len kali boleh buat lagiiiiii..

Thanks untuk Kak Lina pg yang memanjangkan resipi ni yang katanya amat pemessss suatu ketika dulu dan buat tuan asalnya Kak Dayang Jack....

UDANG BERMADU
  
 BAHAN-BAHAN
  • 400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
  • 1 labu bawang besar*
  • 1 biji cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
  • 2-3 biji cili api (diketuk)
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan jus lemon
  • sedikit daun ketumbar (dihiris)
  • 1/2 sudu besar kicap pekat
PENYEDIANNYA
  1. Kisar bahan2 bertanda *.
  2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali.
  3. Tumis bahan2 kisar hingga garing. Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit.
  4. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
  5. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar.
  6. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.

SAYUR CAMPUR

Memandangkan sekarang Is pun sudah mula berminat ngan sayur dan suka meratah sayur time makan nasi, so untuk terus menyokong minatnya tu, Sue akan potong nipis2 setiap sayuran yang ada, dah jadi ala-ala kerabulah plakkkkkk....Tapi masakannya masih guna kaedah tumis.... 
 

Kaedahnya samalah macam penyediaan sayur2 yang lain, tumis bawang merah dan putih hingga wangi, then masukkan fish ball ke, ayam cincang ke, fishcake ke atau apa2 yang seangkatan dengannya..Tambah sedikit air dan perasakan secukupnya samada nak tambah sos tiram, secukup rasa, kiub pati ayam atau memadai secubit garam dan sedikit gula bergantung citarasa masing2..Bila dah secukup rasa, masukkan sayur dan kacau sekejap jeee memandangkan kesemua sayur dah dipotong nipis2 untuk mengekalkan kerangupannya...Dan sedia untuk dihidang....

Saturday, January 26, 2013

Masak Lemak Cili Api Cendawan


Assalamualaikum..

Paparan lemau lembap tuan rumah....

MASAK LEMAK CILI API CENDAWAN
Sumber : 1 hari 1 resipi ~ 365 resipi istimewa Chef Hanieiza

BAHAN-BAHAN
  • 20 tangkai cedndawan tiram (koyak)
  • 10 ekor udang (buang kulit)
  • 1/2 batang lobak merah
  • 5 biji jagung muda ~ Sue xletak
  • 2 batang serai
  • 2 cwn santan (1/2 biji kelapa)
  • Garam secukup rasa
Bahan Kisar
  • 10 biji cili padi ~ Sue kurang
  • 3 biji bawang merah
  • 2" kunyit hidup
PENYEDIAANNYA
  1. Masukkan bahan kisar dan serai ke dalam periuk.
  2. Masukkan udang, lobak merah dan jagung muda.
  3. Masak sehingga mendidih
  4. Masukkan cendawan dan santan.Kacau rata
  5. Bila mendidih, tutup api dan hidangkan

Wednesday, December 12, 2012

Tumis Sotong Bunga Kantan

Assalamualaikum...

Terguda ngan tayangan amal Kak Gee beberapa hari sudah...Masuk list then cuba buat..Emmmmm memang sedap dan wangiiiii je ngan keharuman bunga kantan...

He he he he, gambar sememeh dan main tangkap muat jeee.Almaklumlah sekarang dah tak cukup tangan...Anak-anak pun dah semakin membesar..Jadi balik keje, lepas maghrib je mesti terus masuk dapur then masak cepat2..Dan perkara yang paling tak tahan, bila siap je hidangan, mereka terus serbu..Jadi kalau ada yang perasan, lately ni memang gambar makin teruk (main tangkap muat) sebab kena snap takat sempat...Dah tak sempat posing2 lagi..Tapi atas semangat untuk share dan panjangkan resipi untuk rujukan sendiri dan sesiapa sahaja, so buat jugalah beberapa entri sekadar yang sempat....

Apa-apa pun thanks buat Kak Gee untuk resipi ni...Sesekali ubah selera seronok  jugaaaa....Hasilnya..Memang sedapppppppp....

TUMIS SOTONG BUNGA KANTAN
Sumber : Kak Gee @ Corat Coret Panorama Kehidupan
 
BAHAN-BAHAN
  • 5 ekor sotong sederhana besar- bersihkan dan potong kecil
  • 3 kuntum bunga kantan - hiris nipis
  •  
  • Garam secukupnya
  • Sedikit sos tiram

Bahan kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 2-3 biji cili padi
PENYEDIAANNYA
  1. Sotong digaul garam dan kunyit dan goreng sekejap.  Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bahan kisar dan masukkan bunga kantan yang dihiris tadi. Tambahkan sedikit air dan biar sekejap.
  3. Bila sudah agak kering masukkan sotong yng digoreng tadi.
  4. Tambahkan sos tiram dan garam secukupnya. Siap.

Tuesday, November 27, 2012

Udang Percik

Salam...Kembali bersiaran ngan menu dinner kitorang semalam...Terasa lama plak tak makan nasi berlaukkan udang ni, kebetulan masa duk belek-belek buku resipi terjumpa resipi ni dan kebetulan semua bahan pun tersedia so apa lagi..project pun bermula.....

Dan kesempatan ni, Sue nak ambil peluang minta maaf jika tak sempat nak balas komen kawan-kawan sebelum ni..Bukan tak sudi tapi situasi kurang mengizinkan buat masa itu...Tapi Sue ada membacanya...Dan kala kesempatan yang ada juga, Sue berBW cuma jarang-jarang tinggalkan jejak..Apa-apa pun terima kasih kepada yang masih sudi jenguk-jenguk ke sini walau tuan rumah nampak gayanya makin suam-suam kuku membuka rumahnya.....

UDANG PERCIK
Sumber :Edisi Khas Udang (Kompilasi Majalah Karangkraf)


BAHAN-BAHAN
  • 1 kg udang
  • 1 biji kelapa (diambil santan)
  • 1/4 keping nisan
Bahan Kisar Halus
  • 100gm bawang merah
  • 100gm lengkuas
  • 30gm belacan
  • 30gm cili kering
  •  20gm halia
  • 20 gm bawang putih
  • 10 gm jintan putih
  • 4 batang serai
PENYEDIAANNYA
  1. Perap udang dengan sebahagian bahan kisar.Goreng sehingga kekuningan.Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak kemudian tumis sebahagian lagi bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan santan, gula melaka dan kacau sehingga larut.Perasakan dengan sedikit garam.
  4. Setelah kuah masak dan pecah minyak,bolehlah dituang ke atas udang dan sedia dihidang...

Thursday, February 23, 2012

Sotong Goreng Kunyit

Assalamualaikum..

Dah siap masak untuk lunch ke...? Jommm kita layan sotong gaya orang malas..Pssttt ni dinner beberapa hari lepas...Kadang-kadang malas plak nak berlama-lama kat dapur, jadi main campak-campak je lah....

SOTONG GORENG KUNYIT
Resipi : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 6~7 ekor sotong sederhana besar (Dibersih dan potong ikut suka)
  • 2 ulas bawang merah (dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • 5 tangkai cili padi (potong) ~ Jika suka
  • Segenggam tauge
  • ½ labu bawang besar (Dipotong membulat)
  • sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukupnya
PENYEDIAANNYA
  1. Tumis bawang merah&putih dan cili sehingga terbit bau.
  2. Masukkan sotong, tauge dan perasakan dengan sedikit garam secukupnya..
  3. Bila sotong masak, tutup api dan sedia dihidang...

Thursday, February 9, 2012

Sotong Masak Sambal

Assalamualaikum...

Dah Lunch...? Jommm hari ni kita layan lauk serba ringkas ni...Sotong masak sambal jeeee..resipi basic, rasanya semua orang pun tahu nak masak ni......

Hari ni hari yang penuh kebizian..Cilok jap time lunch hour....Oklah...Tuan rumah nak chow dulu....Nanti ada masa BW macam biasa....

Apa-apa pun thanks kepada yang sudi bersinggah sini samada secara langsung atau sekadar silent reader.....

SOTONG MASAK SAMBAL
Resipi : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 5~7 ekor sotong sederhana besar (dipotong membulat)
  • 3 sb sos cili
  • 1/4 kiub pati ayam
  • garam dan gula secukupnya
Bahan kisar
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sehiris halia
  • 5~10 tangkai cili kering (direndam dalam air panas sehingga lembut dan toskan)
PENYEDIAANNYA
  1. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan terbit bau.
  2. Masukkan sotong, sos cili, kiub pati ayam dan perasakan secukupnya dengan sedikit garam dan gula..
  3. Bila kuah agak pekat dan sotong sudah masak, sedia dihidang.

Wednesday, January 4, 2012

Masak Lemak Kepah dan Kulat Sisir

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni pasti ramai ibu bapa yang agak sibuk menghantar anak2 ke sekolah setelah hampir sebulan bercuti dan bagi cikgu-cikgu yang akan memulakan tugas hari ni..Selamat kembali bertugas...


Jommmm hari ni kita intai2 lagi resipi main campak2 menggunakan apa yang berbaki kat esbox... Resipi simple2 orang malas...Main lebur semuanya kat dalam priuk then sedia dihidang..

Sebenarnya dulu Sue paling tak suka nak masak masakan yang ada santan ni pasal kena berdiri lama-lama kat tepi stove tu kacau-kacau dan kacau kuah tu supaya tidak pecah minyak...Walau ramai yang kata boleh tinggal macam tu jeee dengan meletakkan senduk ke dalamnya, tapi still tak jadi sampailah Sue cuba satu senduk stailessteel yang Sue beli tak lama dulu..Barulah eksperimen menjadi...Nak masak apa2 pun kuah bersantan, just tinggal macam tu jeee then kacau sekali sekala sehingga mendidih..kuahnya still cantik tak pecah minyak...Ohhh suka dan sejak itu memang selalu gaklan masak lemak main lebur2 macam ni...Senang kerja satu dan lauk2 macam ni memang kegemaran Sue....

MASAK LEMAK KEPAH dan KULAT SISIR
Resipi : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 kg kepah
  • Segenggam kulat sisir
  • 1 batang serai (dititik)
  • sehiris halia
  • 6 tangkai cili padi ~Jika mahu kuah pedas, boleh blend sekali dengan bawang
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 500 ml santan (200ml santan kotak+300ml air)
  • Garam secukupnya

Bahan tumbuk kasar

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

PENYEDIAANNYA

  1. Kepah direndam ke dalam air garam lebih kurang 1/2jam untuk membuang sisa pasir.Basuh dan toskan
  2. Kulat sisir direndam seketika dengan air dan basuh dengan sedikit air garam.Bilas dan toskan.
  3. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
  4. Bila Kepah sudah masak dan kulat sisir dah lembut dan kuah pun cukup rasa, tutup api dan sedia dihidang.

Tuesday, December 27, 2011

Kulat Sisir Masak Lemak Udang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom hari ni kita layan kulat sisir pula..Secara jujurnya ni baru 1st time Sue makan kulat ni...Sebelum ni pernah dengarlah tapi belum pernah berpeluang merasanya sementelah lagi ia amat susah untuk di dapati dipasaran sekarang...


Sehinggalah last week masa Sue gi meninjau-ninjau kat Pasar Tani Kota Kemuning kat both sayur kampung nampaklah sorang mak cik tu jual kulat ni...Untuk kepastian sekali lagi, Sue pun tanyalah kat Makcik tu dan dia mengiyakan..Sebungkus RM3, tapi Sue dengan tamaknya nak beli 2 bungkus, minta kurang 2 bungkus RM5..Alhamdulillah mak cik tu kasi...Siap tanya lagi Sue asal mana, jawablah Trg..So Mak Cik tu jawab.."Ooooooo patutlah biasa makan kulat ni, orang sana yaaaaaaa"..

Ha ha ha ha ha...Tetiba pula Sue terasa nak tergelak kat dalam hati...Bukan apa, sepanjang hayat memang tak pernah jumpa pun kulat ni apa lagi nak makannya...Mak Sue tak pernah pun masak ni, logiklah..zaman dulu-dulukan diorang 'pungut' kulat ni kat kebun-kebun getah dan kalau kurang bernasib baik, ada risikonya jika kebetulan time tu Tuan Kebun/pekerjanya baru saja meracun kat kebun mereka.

Tambahan pula ada satu text masa Sue darjah dua kalau tak silap yang bertajuk "Nasinya tumpah" yang mencerita satu keluarga petani yang kehilangan seluruh ahli keluarganya kerana termakan kulat sisir beracun kecuali seorang anak bongsunya, itu pun kerana nasinya tumpah dan jatuh ke tanah dimakan ayam...Jadinya pengajaran yang cikgu berikan dari text berkenaan ialah jangan sesuka hati mengutip cendawan dikebun2 kerana ia belum tentu selamat untuk dimakan...Tambahan pula, mak Sue pun cakap macam tu...Itu sebabnya tertanam kat jiwa raga ni cendawan adalah beracun..


Sampailah Sue datang ke KL...Tapi awal penghijrahan Sue dulu, cendawan adalah sesuatu yang amat asing dalam hidup..Sue akan anggap semua cendawan tidak terjamin keselamatannya untuk dimakan.Tapi biasalah, jauh perjalanan luas pandangan dan makin ramai yang kita jumpa, kenal dan berkawan, makin banyak pengalaman yang bakal kita tempuhi dan pelajari..Jadinya bermula dengan cendawan tiram yang Sue makan dalam tomyam yang diorder sekitar Taman Keramat KL, kemuadian button yang dalam dalam tin dan seterusnya cendawan shitake yang 1st time Sue makan time Office Anual Dinner..Akhirnya cendawan menjadi salah satu kegemaran Sue...

Dan sekarang bila balik kg, Sue dah biasa jumpa cendawan tiram kat dalam peti ais rumah Mak Sue..Iyalah, bila sudah ramai anak-anak yang berhijrah dan berkahwin dengan orang 'luar', jadinya Mak pun sedikit sebanyak terpaksa berhadapan dengan budaya baru dari anak menantu...

Alamak...panjanglah pulak ceritera tuan rumah hari ni...Jadinya rentetan dari 'penemuan pertama' kulat sisir ni, dan hasil perisikan ngan kawan-kawan yang dah biasa ngan kulat ni untuk mengetahui cara membersihkannya...Then mendapatkan beberapa resipi yang sesuai..So terhidanglah salah satunya dan ini merupakan resipi pertama Sue yang berasaskan kulat ni...

KULAT SISIR MASAK LEMAK UDANG
Sumber : Eenat @ MyREsipi

BAHAN-BAHAN
  • 1 pot - Kulat sisir, direndam dan dibersihkan dengan garam
  • 10 ekor udang sederhana
  • 1 kotak kecil santan pekat - kalau nak cair, tambah air
  • 1 batang serai dititik
  • 1 helai daun kunyit dikoyak-koyak
  • Garam dan perasa secukupnya
  • 1 keping asam keping @ gelugor
  • Sedikit minyak utk menumis
Bahan Blend
  • 4 ulas bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5-10 tangkai cili api (ikut kepedasan masing2)
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak, letak serai yg dititik tadi. Kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan blender. Masak sampai pecah minyak.
  3. Masukkan kulat sisir, udang, santan, daun kunyit, garam, perasa dan asam keping. Perasakan kuah.
  4. Biar didih, kemudian matikan api. Siap.

Friday, December 2, 2011

Sotong & Cendawan Black Paper Bersos Tiram

Assalamualaikum...

Jommmm hari ni kita layan sotong dan cendawan pula....Ni baru 1st time makan cendawan jenis macam ni..Ini pun secara kebetulan jeeeee...Last week masa gi Jusco sempena JCard Members sale, kat bahagian supermarket adalah promosi cendawan ni...Ha ha ha ha ....Rm 7.90 sebungkus (Tak pastilah mahal ke murah harga tu pasal xpernah beli)..Dan setiap bungkus ada lebih kurang 4~5 pokok cendawan ni bergantung pada saizlah....Dan kebetulan pula ada seorang aunty yang masak cendawan ni untuk membantu promosi....

Apa lagi, Sue dengan penuh kejakunan pun pegilah ngendeng2 kat situ...Bukan apa, seumur hidup memang tak pernah merasa cendawan ni..Tengok pun macam kelakar, tak tau nak masak macamana...Iyalahkan, dengan tangkainya yang besar segedabang tuuuu..Sebab biasanya kalau Sue masak cendawan, Sue akan buang tangkainya, ambil atasnya sajeee kecuali cendawan enoki dan cendawan butang....Tu yang selalu teragak2 nak membeli tu....Dan setakat hari tu, Sue hanya pernah makan cendawan yang biasa2 jeeee seperti tiram, shitake fresh/dried, cendawan butang itu pun yang canned punya, cendawan enoki dan portobello ini pun yang gred rendah kat pasar Tani

So dengan teragak-agak pada mulanya, Sue pun capailah satu sample promosi tu, rasa....Emmmmm..not bad..sedap...He he he..Dan ngan muka tembok Sue pun buat-buat ramahlah pulakkkkkk...Terus tanya Aunty tu, camana dia masak cendawan tu...Nak tau apa reaksi dia..Macam terkejut jeeee..Ha ha ha ha ....Mesti dia pikir spises jakun manalah sesat ni, tapi dia ada bagitau jugalah secara ala kadar...."Alaaa senang aje, U taruk aje sos tiram dan black paper".... dan Aunty tu sambung "U belilah satu, murah aje, sebungkus RM7.90"....

Dalam hati berbisik..."Emmmm, betul ke murah...?"....Tapi sebab dah rasa tadi memang sedap dan Sue pun nampak memang dia guna sepenuhnya tangkai & bahagian atas, so Sue pun ambillah sebungkus, kat dalamnya ada 5 tangkai...At least taulah siket2 macamana nak masaknya....


Then bila ada kelapangan, Sue pun cubalah search kat tenet resipi mushroom black paper ni dan macam biasa, mesti Sue tuju ke MyR dulu sebab selalunya ia jarang mengecewakan...Nah, seperti dijangka..Ada pun...

Tapi macam biasa jugaaaa, mesti ada berlaku penderhakaan...Resipi asal versi sayur, tapi dah diolah jadi lauk lah plakkkkk....Sue tambah sotong..ha ha ha ha ha..Apa-apa pun resipi ni memang sedap dan rasa dia memang lebih kurang yang Aunty tu masak dan pastinya yang masak sendiri lagi sedaplah kannnnn...Ha ha ha ha angkat bakullah plakkkkkkkk

SOTONG CENDAWAN GORENG SOS TIRAM
Sumber Rujukan : Fieza Fwwt @ MyResipi

BAHAN-BAHAN
  • 200 gm cendawan butang ~Sue guna 2 tangkai cendawan eryngii (potong slice)
  • 200 gm brokoli ~ Sue gantikan dengan 4 ekor sotong (potong membulat)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1-3 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air - jika ingin berkuah
  • Garam secukup rasa
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan kuali dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau.
  2. Masukkan lada hitam, kicap manis dan sos tiram. Kacau rata.
  3. Masukkan sedikit air jika ingin berkuah. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih sedikit, masukkan cendawan diikuti brokoli. Kaup balikkan.
  5. Kemudian masukkan sotong kacau sebati sehinggga sotong masak.Jangan overcook, nanti sotong liat...Setelah cukup rasa dan sesuai kelekatan yang diingini, tutup api...
  6. Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan ketika masih panas.
Petua dari mak Sue : Kalau masak sotong, dan mahukan masakan kita berkuah pekat, setelah sotong masak, keluarkan dulu isi sotong ke dalam mangkuk, teruskan memasak kuahnya sehingga kepekatan yang diingini, dan cukup rasa dan kepekatannya, masukkan kembali sotong dan gaul rata..Tutup api dan sedia dihidang....

Saturday, November 26, 2011

Kerang Masak Berapi

Asslamualaikum....Salam Maal Hijrah kepada semua Muslim tak kira di mana saja berada...

Selamat Menyambut Tahun Baru 1433 Hijrah ....Kalau negeri-negeri disebelah Pantai Timur terutama Terengganu dan Kelantan, setiap kali Awal Muharram, mereka akan bergotong royong membuat bubur asyura....Dan kalau zaman2 Sue sekolah dulu, pihak sekolah akan adakan pertandingan nasyid antara sekolah2 dimana lagu wajibnya adalah Awal Muharram diikuti 2 lagu pilihan....

Dan kepada negeri2 yang dilanda banjir terutamanya negeri2 di sebelah pantai timur dan Utara Semenanjung Malaysia, diharap semunya bersabar menghadapi musibah ini dan kepada yang ada anak2 kecil pantaulah pergerakan mereka agar tiada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku....
Oklah...Berbalik kepada resipi kita, kali ni masak simple-simple jeeeee....Resipi nak cepat....Terus terang Sue katakan, mula-mula tengok resipi ni dulu kat MyR, rasa macam pelik jeeee bila kerang di tumis ngan kulit2 nya sekali..Sebab setahu Sue, kalau rebus ya, ngan kulit-kulit tapi kalau tumis2 biasanya lepas rebus, kita kopek dulu kulitnya then barulah dimasak mengikut citarasa seperti rendang ke, tumis ke atau apa-apa ajelah....

Tapi semasa sembang-sembang kosong ngan kakak dan tetiba pula keluar topik ni...Dia bagitau, dia pernah cuba resipi ni dan ikut 100% resipi yang di bagi...Memang sedapppppppp....Dan memang kakak pun tak buang kulit...So, sebab kakak pun dah cuba dan kata sedap, di tambah pula ngan beberapa laporan kat sebelah resipi tu pun memberangsangkan....Jadinya Sue pun cubalah.....

Dan hasilnya.......Fuhhhhhh...Memang sedappppp dan berbaloi....Mabelessssssss

KERANG MASAK BERAPI
Sumber : Sweety Kitchen @ MyResipi

BAHAN-BAHAN
  • 1kg kerang
  • 1cm Halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah kecil
  • 5 sudu makan sos tiram
  • 10 tangkai cili api
  • 3 helai daun sadri & daun sup.
  • sesudu minyak makan
PENYEDIAANNYA
  1. kerang direndam dengan asam keping selama 2 jam untuk memudahkan segala kotoran tanggal.toskan dan cuci sampai besih.Rebus skit kerang.
  2. tumbuk lumat bawang putih, merah dan lada cili.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing.Masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan kerang, biar rempah melekat dan sebati.tiutup api dan taburkan daun bawang dan sadri.

Thursday, November 10, 2011

Ketam Masak Lemak Nenas

Assalamualaikum.......Ada rindu kita tak....Ada tak..? Ada tak? (Tanya dengan nada gediks dan perasan..ha ha ha ha)

Lama ya tuan rumah tak jamu mata ngan lauk pauk bagai....Dah boring yaaa duk ngadap kuih talam....Itulah, sejak stop kejap hari tu, terus rasa macam malasss je nak start balik...Betul2 takde mood nak posing bagai....Lepas masak, cedok2, hidang dan terus ngap jeeee...

Aceli sekarang pun masih dalam mood separuh-separuh lagi, tapi rasa macam sunyi pulak bila tak jengah blog ni....Jadinya Tuan Rumah pun gagahkan juga update apa-apa yang patut, tapi yang pasti mungkin agak slow jugalah....

Oklah, resipi ni Sue cedok dari buku resipi Pak Engku (Santapan Gulai Tradisi) tapi ada siket adjustlah...Resipi asal guna daun salam, tapi dah Sue gantikan dengan Daun kunyit dan cili tak blend sekali pasal nanti Sara dan Yaya nak makan..jadinya Sue campak sebiji2 macam tu je then masa nak makan baru pecahkan dalam pinggan masing2....Adilkan.....


KETAM MASAK LEMAK NENAS
Sumber : Santapan Gulai Tradisi Pak Engku

BAHAN-BAHAN
  • 2 ekor ketam (dibersihkan dan potong 2)
  • 150 ml santan pekat
  • 1 helai daun kunyit (dicarik-carik)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 keping asam keping/gelugur
  • 2 keping nenas (buang empulur)
  • Garam secukup rasa
Bahan Kisar
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inch halia
  • ½ inch kunyit
  • 7 tangkai cili padi (boleh adjust kuantiti ikut kepedasan diingini)~Sue tak blend sekali, just masukkan sebiji2 ke dalam kuah..
PENYEDIAANNYA
  1. Di dalam periuk, masukkan air secukupnya dan bahan-bahan kisar.Didihkan.
  2. Setelah mendidih, masukkan santan, ketam, serai, asam keping/gelugur dan daun kunyit.Perasakan dengan garam secukupnya.
  3. Masukkan nenas dan masak sehingga ketam masak dan nenas sedikit lembut.
  4. Matikan api dan sedia dihidang...

Saturday, October 15, 2011

Lemak Jantung Bersotong

Assalamualaikum....

Rasanya macam baruuuu je semalam tengok episod ke-empat The cave & the golden rose minggu lepas, esok tengok lagi sambungannya....InsyaAllah...Apa maknanya....Emmmmm...cepatnya seminggu berlalu..Pejam celik pejam celik dah seminggu pun....

Oklah, hari ni kita layan jelah lauk simple ni.......

LEMAK JANTUNG BERSOTONG
Resipi asal : Kompilasi Majalah Karangkraf ~ Sotong
Olahan : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 1 biji jantung pisang
  • 1 helai daun kunyit (dicaik)
  • 200ml santan
  • 1 keping asam jawa
  • 200 gm sotong
Bahan Kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 biji cili merah
  • 3 biji cili padi
  • 1 inch halia
  • 1/2 inch kunyit
  • 1 batang serai

PENYEDIAANNYA
  1. Kopek kulit luar jantung pisang sehingga bertemu bahagian yang berwarna putih..Rebus sehingga lembut dan potong 2 ~Sue hiris halus
  2. Di dalam periuk, masukkan kesemua bahan kisar bersama santan dan daun kunyit.
  3. Masak sehingga mendidih dengan api perlahan
  4. Kemudian masukkan asam keping, jantung pisang dan sotong.Perasakan dengan garam secukupnya.
  5. Setelah masak, sedia untuk dinikmati.

Tuesday, October 11, 2011

Udang Masam Manis

Assalamualaikum...

Dah lunch ke...? Bagi yang bekerja pasti ada yang dah 'lunch time' atau terpaksa tunggu lebih kurang stengah jam lagi untuk keluar opis..kan kan kan...kat opis Sue lunch time ada 2 sessi..satu 12~1 pm dan satu sessi lagi 1~2 pm..Tapi selalu Sue ambik sessi 1, pasal boleh krohhh krohhh dalam kabin tanpa ganguan bunyi2 yang kurang menyenangkan dari kilang kat sebelah...Kalau tak nanti sekejap2 tersentak ngan bunyi2 'gung gang gung gang' structure yang diorang fabricate....Ha ha ha ha...

Perasan tak..perasan tak....Haaaa...klu dah nampak tu buat2 ala2 tak nampak jelah yaaaaaaa kat mana udang Sue yang sedap itewww bertenggek...Menu lunch time...Tetiba plak terajin nak bangun pagi sediakan bekal....Thah apa mimpi pun tak tawwwww.....

UDANG MASAM MANIS
Kopipes dari : Chef Hanieliza

BAHAN-BAHAN
  • 500 gm udang besar [bersihkan]
  • 1 s/b kunyit
  • 1 s/k garam
  • minyak
Bahan untuk sos
  • 5 ulas bawang merah (dimayang)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 biji cili merah (dipotong nipis)
  • 1/2 cawan air.
  • 1 biji tomato (belah 6)
  • 1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
  • Garam dan gula secukup rasa

PENYEDIAANNYA
  1. Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
  3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
  4. Masukkan juga cili potong dan gula.
  5. Setelah kuat pekat, masukkan duang dan gaulkan rata.
  6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain

Thursday, October 6, 2011

Sotong Percik Ramadhan

Assalamualaikum....

Semalam satu hari mendung, semangat pun rasa lemau-lemau jeee membawa ke hari ni....Masih dalam mood kurang bersemangat..hu hu hu....

Dan hari ni lagi tayangan lauk yang thah-thah hari apa thah....Dah lupa..dah lama duk masuk kat post dalam mood save....Tunggu masa je nak muncul..Memandangkan minggu ni tuan rumah asyik berjimba-jimba makan kat luar jeee....Jadinya tanyangan pun yang lama-lama jugelah....

Dulu-dulu masa memula berjinak-jinak ngan MyR, pernahlah cuba resipi ni, tapi nama lagi "Buah Cempedak di luar pagar"..So memang 100% ikut resipi tak pandai nak ngelat-ngelat siket, lurus bendul takdak istilah derhaka atau lawan cakap cikgu........Hasilnya sedap tapi berapi-api sambalnya....Pah tu setakat itu jelah...

Then beberapa hari yang tak tau berapa lama lepas, masa gi ke Pasar Tani Kota Kemuning, nampaklah sotong-sotong fresh yang bersaiz besar2...Tang tang tu juga teringin nak main bakar-bakar....Dah sampai rumah, godek2 resipi terserempak lagi ngan percik ni....Memandangkan dulu2 nya pernah buat dan dari segi rasa memang mabeles..So Sue pun godeklah sekali lagi, cumanya tang cili tu pandai2 lah adjust ikut piawaian penerimaan lidah memasing yaaa....Yeessss......kali ni suksessssss........Sukeee sukeee sukeeeee


SOTONG PERCIK RAMADHAN
Copipes dari : Rossitamz@MyResipi

BAHAN-BAHAN
  • 8 ekor sotong yang besar
  • 10 biji cili kering (**)
  • 5 biji cili padi (**)
  • 5 biji cili merah (**)
  • 1 labu bawang besar (**)
  • 2" halia (**)
  • 2" lengkuas (**)
  • 2 batang serai (**)
  • 1 helai daun kunyit - dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut - dihiris halus
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 sudu besar air asam
  • Garam dan perasa secukupnya
PENYEDIAANNYA
  1. Bersihkan sotong dan potong/kelar-kelar tanpa putus.
  2. Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudain susun didalam pinggan.
  3. Kisar bahan2 bertanda (**). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 yang telah dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau, air asam beserta garam dan perasa. Masak lagi hingga mendidih.
  5. Tuangkannya ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan. Siap..!!!

Friday, September 23, 2011

Udang Galah Goreng Kicap Bertelur

Assalamualaikum...

Jangan jemu ek..Jangan jemu...Udang galah lagiiiiii....

Sebenarnya ni lauk yang Sue sediakan bersama udang goreng berempah itu hari...Bukan apa, bila masak pedas-pedas cenggitu, mesti Sara dan Yaya tak nak makan...So bila diorang tak nak makan..Mesti rasa tak syok kan, iyalah..bukan selalu dapat tangkap udang galah....Sara plak cerewet...asal dia tahu je lauk tu dimasak pedas, di basuh isinya pun mesti dia tak nak...Yaya apa lagi...ngikutlah kakak dia...Nak wat camne..Dah mentor dan protege....

Disebabkan lauk yang satu tu dah beriya-riya masaknya..so yang yang ni simple-simple jelah...

UDANG GALAH GORENG KICAP BERTELUR

Sumber : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 2 ekor udang galah
  • 1 biji telur (gred A)
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • 2~3 sb kicap manis
  • Garam secukupnya (Sue tak buh, cukup ngan rasa kicap)
  • Sedikit lada sulah (1~2 pusingan grinder)
PENYEDIAANNYA
  1. Sapukan udang dengan garam dan kunyit dan goreng terendam sehingga masak.Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan pecahkan telur dan kacau-kacau ala-ala nak buat scamble egg...
  3. Masukkan kicap dan lada sulah..kacau sebati dan masukkan udang...
  4. Kacau sehingga telur menyaluti udang dan tutup api..
  5. Sedia dihidang