Wednesday, November 27, 2013

Sambal Goreng Kacang Botol


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni kita tayang yang ringkas-ringkas jelah...2in1...boleh jadi lauk dan sayur sekali....Enjoyyyyy....

SAMBAL GORENG KACANG BOTOL
Sumber Rujukan : Sajian Tradisi bersama Chef Wan eksklusif untuk Avon


BAHAN-BAHAN
  •  4 s.besar minyak masak
  • 300 gm udang segar
  • 400 gm kacang botol (hiris halus/sederhana)
  • Sedikit jus limau kasturi ~Jika suka
  • garan dan gula secukupnya
Bahan Tumbuk Halus
  •  6 angkai cili merah (buang biji)
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 s.teh belacan
  • 2 s.besar udang kering
PENYEDIAANNYA
  1.  panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk sehingga terbit bau
  2. masukkan udang dan goreng seminit dua kemudian masukkan kacang botol.
  3. Perasakan dengan garan dan gula secukupnya dan sedikit jus limau.
  4. letakkan ke dalam pinggan dan sedia dihidang.

4 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Kegemaran akak kacang botol.... emmm Sedapnya ;)

ilahjy said...

Sedapnyee buat ulam pun sedap... tp angin byk juga kacang ni

Umie Jazz said...

Assalamualaikum sue mmg sdap klu kcg botol dibaut goreng cenggini..mmg peberat saya ni...

Sue @ Nenie said...

Salam..

kak NurHayati...sama cuma sebelum ni main ratah buat ulam jeee...Tapi kali ni main masak2 plak

Kak Ilah...ooo iya ke...maybe sebab ia pokok menjalar kan...

Kak Umie...Saya selalu ratah...he he he ni versi terlebih vit-M lah ni