Thursday, February 28, 2013

Nasi Minyak Hujan Panas & Gulai Ayam Terengganu Style

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Jommmmmm hari ni kita layan set hidangan tuan rumah yang terlebih rajin siket..Tapi ni menu weekendlah...Klu weekday mana sempat nak masak-masak macam ni bagai....


Sebenarnya dah lama sangat tak masak nasi hujan panas ni sehinggalah beberapa hari lepas (last week/last two week kotttt) Mamasya ada duk tayang Nasi Hujan panas dan rendang daging..Bila tengok sana terus rasa teringinlah plakkkkkk..

NASI MINYAK HUJAN PANAS


BAHAN-BAHAN
  • 3 cawan beras
  • ½ kiub ayam
  • ½ cwn susu sejat
  • 1 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau 
  • air secukupnya ~ Ikut sukatan jenis beras masing-masing
 Bahan Tumis
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi 
  • 1 sudu besar marjerine
  • ½ inci halia ~ Hiris
  • 1 biji bawang besar ~ Mayang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga 
PENYEDIAANNYA
  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Panaskan minyak,marjerine dan minyak sapi dan tumiskan semua bahan tumis sehingga terbit bau.
  3. Masukkan beras dan gaul rata.
  4. Masukkan susu sejat dan air secukupnya, kiub ayam, secubit garam dan daun pandan.
  5. Masaklah nasi sehingga masak
  6. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan.Tutup periuk
  7. Bila nasi betul-betul tanak, gembur-gemburkan nasi dan sedia dihidang


GULAI AYAM TERENGGANU STYLE
Sumber : KakNor @ SecubitGaram

BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ayam ~ dipotong
  • 3 sudu besar cili mesin
  • 5 bj bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 in halia *
  • 1/4 in lengkuas *
  • 1 in kunyit hidup * (*diblend)
  • 3 sudu besar rempah gulai ~ bancuhkan dgn sedikit air panas hingga menjadi paste
  • 2 sb kerisik ~Ni Sue tambah.Campur sekali dalam paste rempah gulai
  • 4 cawan air
  • air asam jawa
  • 2 - 3 bj ubi kentang ~ dibuang kulit dan dipotong
  • 1/2 cawan santan pekat ~ boleh guna santan kotak atau santan fresh
  • garam
  • gula ~ boleh guna campuran gula dgn nisan atau gula melaka
  • sedikit belacan ~ optional
  • minyak
bahan penumis :
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 bj buah pelaga
  • 5 kelopak bunga lawang
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. Tumis hingga wangi dan masukkan cili mesin.
  2. Biarkan hingga cili garing dan masukkan bahan yg diblend.
  3. Masak hingga pekat dan masukkan paste rempah gulai.
  4. Kacau dan masak lah hingga pecah minyak (boleh masukkan sedikit air utk pecah minyak dgn lebih elok)
  5. Masukkan ayam dan kacau supaya rempah mesra dgn ayam.
  6. Biarkan seketika dan masukkan air. Kacau2 biar sebati dan masak lah hingga kuah mendidih dan masukkan air asam jawa dan ubi kentang.
  7. Masukkan juga santan pekat dan masak lg hingga mendidih.
  8. Hendaklah sentiasa mengacau supaya tak naik kepala.
  9. Masukkan pula garam dan gula (atau nisan/gula melaka) dan biarkan merenih hingga ayam masak dan kepekatan kuah yg kita sukai.
  10. Cedukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.
*Kalau kuah nampak terlalu pekat dan tidak pecah minyak boleh lah dimasukkan sedikit air panas. Teruskan memasak, dengan cara ni minyak akan keluar semula.



ACAR NENAS

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 biji nenas
  • *2 senduk kecil gula putih
  • *1 cawan air masak
  • *1 sk garam
  • *sedikit belaca (dibakar seketika)
  • *1 sb cili giling/boh
  • *1 sb asam jawa (boleh kurangkan jika tidak suka masam) 
PENYEDIAANNYA
  1. Nenas dikupas dan dibersihka.Buang empulur dan potong kecil-kecil.Ketepikan
  2. Satukan kesemua bahan * di dalam periuk.Masak seketika sehingga semua sebati.Matikan api dan biarkan sejuk.
  3. Masukkan nenas ke dalam bekas dan tuang kuah yang dimasak tadi...Gaul rata dan biarkan seketika.Sedia dihidang...


JUS NENAS
BAHAN-BAHAN
  • ½ biji isi nenas ~ Dibuang empulur.Separuh di blend kasar dan separuh lagi di cincang kasar
  • Air secukupnya
  • Gula Pasir secukupnya
PENYEDIAANNYA
  1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk dan renih dengan api perlahan sehingga aras airnya surut 1/5 dari aras asal.
  2. Apabila cukup rasa manisnya ikut selera masing2, tutup api dan sejukkan.
  3. Sedia dihidang dengan ketulan ais.

9 comments:

umi's cup cake said...

Salam Sue,
sedapnya..terliur plak...bak sepinggan

ady said...

as-salam
sungguh menyelerakan yummy..

Ayu said...

Assalam sue,
wah gulai ayam terengganu style..sedap ni..hari tu akak pun ada masak gulai daging terengganu style..memanglah sedap sangat...complete set tu sue siap dengan acar nenas...:)

ibh_sue said...

Asslmkm Sue.. Eh!..Sama lak panggilan kita ya..Hehehehe.
Baru ni berkesempatan nak blogwalking di sini.. Tq singgah tggl jejak... Tetiba tringin pulak tgk gulai terengganu tu. Kebetulan memang dah sedia ada rempah dr terengganu kat rmh tu. Next time harus cuba jg nih.. :-)

ibuayu said...

wah nampak sedap..lama betul tak minum air nanas

Sue @ Nenie said...

Salam...

Kak Umi..Alamak tinggal sepinggan jeee..xpe, kita share yaaa...

Ady..Ada masa boleh juga cuba..

KaK Ayu...Jom kita bertukar pinggan..Gulai daging pun sedap gak digandingkan ngan nasi ni...

Sue @ Nenie said...

Sue..he he he apa lagi, rempah dah ada, bolehlah mulakan project...

Ibuayu..emm ini pun kebetulan ada lebihan nenas utk acar tu...Terus rebus jelah...

alieya comel @ gmail.com said...

ewah best nya nampk.warna nasi pn menyelerakan..trgn ayg nk cuba buat nanti..t ksh sue..

shedjago said...

Terimaksih sudah berbagi resep... Harus dicoba nih...
Salam Kenal
http://vilaistanabunga.web.id