Monday, March 4, 2013

Roti Jala & Gulai Ayam

Assalamualaikum...Dan Salam sejahtera...

Pejam celik-pejam celik dah masuk bulan March 2013 rupanya kita..Bagi yang tinggal di Selangor dan mempunya anak kelahiran tahun 2008 dah boleh mula mendaftar untuk kemasukan sessi persekolah tahun 2015...Boleh mendaftar melalui online jeee..Bila dah dapat no. siri/pin, dah boleh prepare dokumen seperti yang dinyatakan dan hantar ke sekolah pilihan masing2..Ini bagi yang tinggal di negeri Selangorlah...Kat negeri lain tak pastilah pula...

Dan semestinya ini salah satu lagi pengalaman pertama Sue untuk urusan pendaftaran anak ke sekolah.He he he he he ...


Oklah..Tak mahu berceloteh panjang..Jommmlah kita layan dulu roti jala ni dan Gulai ayam ni..Ehemmmmm..Gulai ayam ni lebihan buat nasi minyak tempohari, jadi keesokan harinya teruslah menjala..Jadi ni report tertunda tauuuuu....

Kali ni guna resipi dari Ady, tapi Sue buat 1/3 saja dari sukatan yang diberikan dan sukatan2 bahan2 lain Sue dah adjust ikut kesesuain di sini....

ROTI JALA
Sumber rujukan : Ady @ Greatword Empire Kitchen
Olahan : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 300 gm tepung gandum
  • 100 ml susu cair (sejat)
  • 600 ml air
  • 1 biji telur
  • Garam secukupnya
  • Sedikit pewarna kuning dan hujau
PENYEDIAANNYA
  1. Satukan kesemua bahan kecuali pewarna.Kacau rata dan tapis.
  2. Bahagikan kepada 2 adunan.Satu dimasukkan pewarna hijau dan satu lagi diwarnakan dengan pewarna kuning.
  3. Panaskan kuali/pan dan sapukan sedikit minyak.
  4. Mulalah menjala dan buat sehingga kesemua adunan.
  5. Sedia dihidang bersama kuah kari atau gulai kegemaran...

14 comments:

fazianbatrisyia said...

sedapnya...sib baik baru makan masa potluck tempoh hari...

AZLINA said...

Assalamualaikum Sue, ptg2 gini memang best kalau pekena roti jala dgn kuah kari pekat2 baru ada ummmph kan!! cantik roti jala tuuu :))

yan's cottage said...

singah petang2 macam nie...nampak roti jala sedaplah pulak.....boleh tompang makan he heee....

Amie said...

Assalamualaikum Sue,
lama sungguh kita tak makan roti jala... sebab kalau nak makan tunggu kakak ipar buat... terliur tengok di sini!

ady said...

as-salam
cantiknye roti jala buat mcm tu..nak cuba buat mcm u tapi takut tak menjadi...

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam Sue
suker makan tp malas nak menjala la pulak he hee sedapp cicah kari
cantik kaler hijo, menarik selera

hazila said...

lama juga tak menjala..... cantik pula buat 2 colours cam tu.

Mamasya said...

Aslmkum Sue
kelmarin baru sarapan roti jala...kegemaran anak2.
sedap nengok set nasi minyak hujan panas Sue hidangkan itu.

Cho Zila said...

cantik bebeno ler roti jalanyer weh.. buatkan hati akak berkenan nak makan.. akak gemar roti jala makan ngan kuah durian....

zila norazila said...

salam syg nanie,
sedapnya..roti jala tue lawa..akk x cuba lg yg versi tikar nie..tggu rajin nnt nk buat:)

Love2cook Malaysia said...

Hello dear Sue, apa khabar di sana???

Wahhhh roti jala bersama kari ayam, lamanya tak makan! My favourite tau.

Qasey Honey said...

roti jala mmg fav slamanya..lama dh xjmpa..hihi..cantik roti jala versi tikar tu

mama3heroo said...

sedAPnyer..lme x mam..rajin yer menjala..he3

ibuayu said...

Sue punya roti jala cantik ya....akak putih je hehe