Showing posts with label Minuman. Show all posts
Showing posts with label Minuman. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

Nasi Minyak Hujan Panas & Gulai Ayam Terengganu Style

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Jommmmmm hari ni kita layan set hidangan tuan rumah yang terlebih rajin siket..Tapi ni menu weekendlah...Klu weekday mana sempat nak masak-masak macam ni bagai....


Sebenarnya dah lama sangat tak masak nasi hujan panas ni sehinggalah beberapa hari lepas (last week/last two week kotttt) Mamasya ada duk tayang Nasi Hujan panas dan rendang daging..Bila tengok sana terus rasa teringinlah plakkkkkk..

NASI MINYAK HUJAN PANAS


BAHAN-BAHAN
  • 3 cawan beras
  • ½ kiub ayam
  • ½ cwn susu sejat
  • 1 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau 
  • air secukupnya ~ Ikut sukatan jenis beras masing-masing
 Bahan Tumis
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi 
  • 1 sudu besar marjerine
  • ½ inci halia ~ Hiris
  • 1 biji bawang besar ~ Mayang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga 
PENYEDIAANNYA
  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Panaskan minyak,marjerine dan minyak sapi dan tumiskan semua bahan tumis sehingga terbit bau.
  3. Masukkan beras dan gaul rata.
  4. Masukkan susu sejat dan air secukupnya, kiub ayam, secubit garam dan daun pandan.
  5. Masaklah nasi sehingga masak
  6. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan.Tutup periuk
  7. Bila nasi betul-betul tanak, gembur-gemburkan nasi dan sedia dihidang


GULAI AYAM TERENGGANU STYLE
Sumber : KakNor @ SecubitGaram

BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ayam ~ dipotong
  • 3 sudu besar cili mesin
  • 5 bj bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 in halia *
  • 1/4 in lengkuas *
  • 1 in kunyit hidup * (*diblend)
  • 3 sudu besar rempah gulai ~ bancuhkan dgn sedikit air panas hingga menjadi paste
  • 2 sb kerisik ~Ni Sue tambah.Campur sekali dalam paste rempah gulai
  • 4 cawan air
  • air asam jawa
  • 2 - 3 bj ubi kentang ~ dibuang kulit dan dipotong
  • 1/2 cawan santan pekat ~ boleh guna santan kotak atau santan fresh
  • garam
  • gula ~ boleh guna campuran gula dgn nisan atau gula melaka
  • sedikit belacan ~ optional
  • minyak
bahan penumis :
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 bj buah pelaga
  • 5 kelopak bunga lawang
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. Tumis hingga wangi dan masukkan cili mesin.
  2. Biarkan hingga cili garing dan masukkan bahan yg diblend.
  3. Masak hingga pekat dan masukkan paste rempah gulai.
  4. Kacau dan masak lah hingga pecah minyak (boleh masukkan sedikit air utk pecah minyak dgn lebih elok)
  5. Masukkan ayam dan kacau supaya rempah mesra dgn ayam.
  6. Biarkan seketika dan masukkan air. Kacau2 biar sebati dan masak lah hingga kuah mendidih dan masukkan air asam jawa dan ubi kentang.
  7. Masukkan juga santan pekat dan masak lg hingga mendidih.
  8. Hendaklah sentiasa mengacau supaya tak naik kepala.
  9. Masukkan pula garam dan gula (atau nisan/gula melaka) dan biarkan merenih hingga ayam masak dan kepekatan kuah yg kita sukai.
  10. Cedukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.
*Kalau kuah nampak terlalu pekat dan tidak pecah minyak boleh lah dimasukkan sedikit air panas. Teruskan memasak, dengan cara ni minyak akan keluar semula.



ACAR NENAS

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 biji nenas
  • *2 senduk kecil gula putih
  • *1 cawan air masak
  • *1 sk garam
  • *sedikit belaca (dibakar seketika)
  • *1 sb cili giling/boh
  • *1 sb asam jawa (boleh kurangkan jika tidak suka masam) 
PENYEDIAANNYA
  1. Nenas dikupas dan dibersihka.Buang empulur dan potong kecil-kecil.Ketepikan
  2. Satukan kesemua bahan * di dalam periuk.Masak seketika sehingga semua sebati.Matikan api dan biarkan sejuk.
  3. Masukkan nenas ke dalam bekas dan tuang kuah yang dimasak tadi...Gaul rata dan biarkan seketika.Sedia dihidang...


JUS NENAS
BAHAN-BAHAN
  • ½ biji isi nenas ~ Dibuang empulur.Separuh di blend kasar dan separuh lagi di cincang kasar
  • Air secukupnya
  • Gula Pasir secukupnya
PENYEDIAANNYA
  1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk dan renih dengan api perlahan sehingga aras airnya surut 1/5 dari aras asal.
  2. Apabila cukup rasa manisnya ikut selera masing2, tutup api dan sejukkan.
  3. Sedia dihidang dengan ketulan ais.

Monday, October 10, 2011

Jus dan Jem Rossel

Assalamualaikum...

Bila tengok buah resel yang di jual di pasar2 tetiba teringat plak zaman kanak2 dulu, masa tu lebih kurang 7~8 tahun kotttttt..Tok ada tanam pokok ni kat depan rumah, time tu sangat kagum bila Tok buatkan jus dan jem dari buah ni, pasal masa kanak2 dulu duk fikir, jem hanya di buat dikilang2 sahaja..Ha ha ha ha ha....

Rupanya tak susah pun nak buah homemade jem....Lagi sedap dan yang penting kita boleh adjust sendiri kemanisannya mengikut citarasa....Ohhhh...petang2 dalam cuaca panas macam ni memang sedap teguk air sejuk-sejuk macam ni...Lupa pantang larang japppppp.....

JUS & JEM ROSELLE

Sumber dari : KakBesah @ MyResipi

BAHAN-BAHAN

Bahan Untuk Jus
  • 1 kg buah rosell fresh
  • 1 kg gula pasir
Bahan Untuk Jem
  • hampas buah rosell tadi
  • gula secukup rasa
  • 1 sudu teh cuka & secubit garam
PENYEDIAANNYA
  1. Untuk Jus : Buah rosell dikepak2 kelopaknya,buang biji tengahnya.
  2. Masukkn ke dalam periuk bersama 2 liter air.Masak hingga mendidih dan air menjadi merah.
  3. Masukkan gula,kacau hingga mendidih sekali lagi lalu tutupkan api.
  4. Bila telah suam2 bolehlah ditapis ke dalam bekas.
  5. Untuk Jem : Hampas buah rosell dimesin bersama sedikit air, dimasukkan ke dalam kuali brsama 1 cwn gula. masak dgn api sederhana hingga pekat.
  6. Masukkan secubit garam & cuka.gaul sebati.Bila telah betul2 masak.angkat lh.
  7. Bila telah sejuk masukkan jus dan jem ke dalam peti sejuk.
*** Jus Rosell tu kena dicairkn dengan air sebelum diminun seperti membancuh air ribena.

Thursday, December 16, 2010

Water Cheastnut

Jommm kita hilangkan dahaga ngan desert yang sungguh sejukkk dan nyaman ini.....Resipi dari Kak Junjs kat MYR..

Thanks Kak sudi resipi ni kat sana...Then saya nak simpan pula kat sini....Minta halal yaaa....

BAHAN-BAHAN
  • 10 biji sengkuang cina (water chestnut)
  • beberapa titik pewarna merah/hijau dan air
  • gula ikut manis
  • 1 mangkuk besar santan sederhana cair
  • 2-3 ulas nangka dipotong dadu (optional)
  • 1 sudu besar sagu di rendam air panas (optional) ~ Sue tak buh
  • 2-3 sudu besar tepung sagu/ubi

PENYEDIAANNYA
  1. Sengkuang dibuang kulit, dibersihkan dan dipotong dadu kecil2.
  2. rendamkan sengkuang yg dipotong dalam mangkuk berisi air dan dititik pewarna sehingga terendam supaya semua sengkuang jadi berwarna. Biarkan lebih kurang 10-15min dan toskan.
  3. kemudian gaulkan sengkuang dengan tepung ubi hingga rata dan semua sengkuang bersalut tepung.
  4. Panaskan air dan bila mendidih, masukkan sengkuang tadi dan kacau supaya tidak melekat. Biar mendidih lagi dan bila sengkuang timbul, angkat dan toskan.
  5. Dalam periuk lain, panaskan santan. Masukkan gula. (ada yg guna santan fresh dan x perlu masak, tp jun suka masak sekejap). Bila hampir mendidih, masukkan sagu, sengkuang dan nangka. Angkat dan sejukkan.
  6. Sedap dihidangkan sejuk2. Bila hendak makan masukkan parutan ais atau masukkan kedalam fridge sebelum makan.

Buat 2 kaler, satu merah & satu lagi hijau..Tapi bila dah rebus, kaler hijaunya jadi pudar...Tak kaler hijau lagi..hu hu hu.....

Thursday, November 25, 2010

Pineapple Juice

Jom Kita layannnzzzz pineapple juice yang sungguh menyegarrrrkan iniiiiiii.....

BAHAN-BAHAN
  • 1 Biji nenas madu
  • Air secukupnya
  • Gula
  • Ais ketul

PENYEDIAANNYA
  1. Nenas dibuang kulit dan empulurnya.Potong dadu.
  2. Rebus ngan air secukupnya sehingga kuantiti air berkurangan menjadi 3/4.
  3. Tambahkan Gula secukupnya..(Ikut kemanisan masing-masing).Kacau sehingga gula larut,
  4. Tutup api dan biarkan sejuk.
  5. Sedia dihidang bersama ketulan ais....

Friday, February 26, 2010

Iced Blended White Coffee

Sape cakap ngendeng-ngendeng rumah orang tadak pehdah....Adaaaaa...Banyak pekdah nyaaa...Salah satunya ni haaaaa......Jauh kita wat balik ni tawwwww, dari Jepon lagi......Dari mana lagi kalau tak dari Dak Hana yang teramat-amattttt lah rajinnya itewwwwww.....Oppppsss mana tak rajinnya, kite baru je nak tayang ni, dia dah berdezupppppp awal² lagi tayang Teh C Peng dia...

Apa-apa pun jom kita layan dulu resipinya kat sini pula...Hana, minta halal yaaaaa......



BAHAN-BAHAN
  • 1 paket 3in1 oldtown white cofee/jenama lain
  • 12 ketul ais
  • 1 sudu/b susu cair- aku gune susu pekat ~ Aku plak guna fresh milk jeee...itu je dlm stok
  • Air secukupnya
  • Whipped cream & coklat rice- aku tadak choc rice, cincang2 coklat jerk! klu gune aiskrim rasanya pong tentu lg sodapp! ~ Aku plak tadak Whipped cream....Eskrem pun Tarak....

PENYEDIAANNYA
  1. Bancuh coffee 3in1 dgn sedikit air,masukkan juga susu cair.Kacau sebati.
  2. Masukkan kesemua ais kedalam blender..tuang kan bancuhan coffea tadi.Blend sehingga hancur.
  3. Bolehlah di tuang didalam gelas dan hiaskan dgn whipped cream & coklat rice kalau suka.Sedia utk dinikmati.

Friday, December 4, 2009

Ais Bandung Cream Soda

BAHAN-BAHAN
  • 1 sk sirap ros / ibu sirap
  • 5 sb susu pekat manis (boleh tambah/kurangkan ikiu citarasa)
  • 1/2 tin Ice CreamSoda (tin kecil yang RM 1 lebih je kat kedai tu)
  • 1 liter air masak/sejuk
  • Ais ketul

PENYEDIAANNYA
  1. Masukkan susu, ibu sirap dan air ke dalam jug.Kacau sebati
  2. Masukkan Ice CreamSoda dan kacau.Kendian masukkan ais ketul...
  3. Sedia dihidang