Showing posts with label Pulut. Show all posts
Showing posts with label Pulut. Show all posts

Friday, February 17, 2012

Pulut Kuning & Rendang Daging

Assalamualaikum...

Jommm kita layan pulut kuning di hari Jumaat penghulu segala hari....Niat apa-apa...? Tak delah..Saja suka-suka...Macam terasa nak makan, jadinya buat jelah...Gandingkan dengan rendang daging yang simple..main campak-campak jee dalam koli....

Resipi ambik dari buku masakan Chef Wan...Sebenarnya sajalah sambil lepak2 temankan anak-anak tidur, sambil belek2 buku dan tetiba ternampak resipi tu..Tu yang tetiba terasa nak makan pulut kuning..Sementelah semua bahan-bahan memang ada kat esbox..So project pun berjalan lancar..Tak tangguh-tangguh lagi dahhhhhh

Seperti yang pernah Sue bagitau sebelum ni...Makan-makan yang berasaskan pulut ni memang kegemaran..Agak-agaknyalah..kalau hari-hari ngadap pulut tak jemu kottt asal bervariasi menunya...Macam nasi lemak..Hari-hari pun tak pernah jemu...

Haaa satu lagi habit Sue, kalau makan pulut kuning ni, kalau boleh nak gak ada telur rebus, bila tak ada ni macam tak lengkap pula...May be dah biasa kottt..Pasal zaman kecil-kecil dulu jumpa pulut kuning kan time ada kenduri kesyukuran atau khatam al-Quran jeeee..Jadinya selalu bila diorang buat pulut kuning mesti ada telur rebus juga sebagai tanda mata...(Iyalah zaman dulu mana ada goodie beg berisi gula-gula/makanan ringan macam sekarang) So dah biasalah makan pulut ni ngan telur rebus....

PULUT KUNING
Resipi : Chef Wan

BAHAN-BAHAN
  • 300 gm beras pulut (Dicuci dan toskan)
  • 300 ml pati santan
  • 1 sk garam
  • 1 sb serbuk kunyit ~Sue guna ½ sk jeee
  • air secukupnya
PENYEDIAANNYA
  1. Rendam beras pulut bersama serbuk kunyit di dalam air selama beberapa jam.Toskan dan kukus pulut selama ½ jam atau sehingga kembang ~Sue ambil masa 15min jeeee..
  2. Sementara itu masak santan bersama garam sehingga pekat dan berminyak.
  3. Keluarkan pulut dan gaul rata bersama santan.
  4. Kukus selama 5 min lagi.~Sue ambil masa 15-20min
  5. Sajikan pulut bersama rendang/lauk kegemaran masing-masing.
RENDANG DAGING
Resipi : Chef Wan

BAHAN-BAHAN
  • ½ kg daging (potong lebar)
  • 200 ml santan cair ~Sue guna 100ml santan kotak + 100ml air
  • 100 ml pati santan ~Sue guna santan kotak
  • 35 gm kerisik ~Sue guna 1 sb jeee
  • 1 helai daun kunyit (Dihiris nipis) ~Sue carik-carikkan saja
  • Garam & Gula secukupnya
Bahan-Bahan Kisar Halus (blend)
  • 15 tangkai cili kering (Direndam air panas sehingga lembut dan toskan)
  • 3 tangkai cili padi.
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 cm lengkuas
  • 1 sb serbuk ketumbar ~Sue buh 1 sk jeee
  • 1 sb serbuk jintan putih ~Sue buh ½ sk jeee
  • 1 sb serbuk jintan manis ~Sue buh ½sk jee
  • 1 helai daun limau purut ~Sue tak buh, xde stok
PENYEDIAANNYA
  1. Di dalam kuali, masukkan daging, bahan kisar dan santan cair.Masak sehingga daging empuk..Tambah air jika perlu.
  2. Setelah daging empuk, masukkan pati santan, kerisik, daun kunyit serta garam & gula secukupnya.Gaul sebati
  3. Masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak..Setelah sesuai rasa, sedia di hidang bersama pulut...

Tuesday, February 7, 2012

Pulut Kelapa Manis

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat pagi buat semua pengunjung2..Bagi yang tinggal di Lembah Klang, Selamat bercuti bagi yang bercuti dan bagi yang bekerja tu selamat menjalankan tanggungjawab masing-masing

Sue....? Hu hu hu hu hu..sedeynya...kita terpaksa berkerja dalam suasana orang2 yang masih bercuti....Tak best kan bila nak turun gi kerja, tengok kereta jiran-jiran masih kat parking...Jelesssss tawwwww......

He he he he he..oklah, kita lupakan sekejap pasal tu..Jommmmm kita sama-sama ngntukskan diri ngan pulut sambal kelapa manis ni....(Oppppssss...ni sarapan last week)...Apa saja hidangan yang berasaskan pulut ni memang kegemaran Sue sejak berzaman, tak kisahlah apa saja hidangannya, samada dimakan bersama sambal manis, kelapa parut & ikan kering goreng, dibungkus bersama sambal ikan kemudian dipanggang dan apa sajalah cara penyediaannya..Semua Sue suka....Pendek kata memang suka pulutlah cuma jarang buat sendiri jeeeee...he he he he...kecuali kalau teringin sangat2...

Yang atas ni versi terajin siket, bungkus ngan daun pisang..Cuma ingatan sendiri, Len kali kalau bercadang nak bungkus ngan daun pisang, daunnya mesti sediakan awal2, siap dipotong dan dilap, jadinya bila pulut siap dikukus, boleh terus dibungkus semasa pulut masih panas-panas supaya senang kerja dan masa tu pulut pun masih senang nak dibentuk berbanding bila dah sejuk....

Maklumlah, ni pertama kali buat sendiri, bila pulut dah siap dikukus, barulah terhegeh2 nak sediakan daunnya, so kerja kelam kabut siket, proses nak membungkus pun makin lama makin leceh bila pulut semakin sejuk....

Dan ni versi malas, main tompok-tompok jeee dalam food container..Untuk bekalan Sara ke tadika..Senang siket dia nak makan, tak yah leceh-leceh nak bukak bungkusan lagi...

Oh Yaaaa..Tadika Sara ni, takde sediakan makanan untuk pelajarnya, jadi masing2 kena bawa bekalan sendiri untuk minum pagi....Haiiii kalau dulu Mama boleh bangun pukul 6am lebih kurang, sekarang pukul 5am dah kena bangkit, jadi dalam masa 1 jam itulah nak sediakan apa2 yang patut...Kih kih kih..baru uruskan seorang anak ke sekolah dah kecoh yaaaa..orang lain dah 2~3 orang anak ke sekolah....Relexxxx jeeeeee.....

PULUT & KELAPA MANIS
Resipi : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN

Pulut
  • 3 pot beras pulut
  • *100 ml santan pekat
  • *secubit garam (* disatukan)
Penyediaannya
  1. Basuh beras pulut dan rendam semalaman..
  2. Kukus pulut ½ masak, keluarkan pulut dan masukkan ke dalam bekas, masukkan santan.Kacau sekata.
  3. Masukkan kembali ke dalam kukusan dan kukus lagi sehingga pulut masak sepenuhnya

Kelapa Manis

  • ½ biji kelapa diparut
  • 3 sb nisan/gula melaka (Boleh tambah/kurangkan kuantiti ikut selera masing-masing)
  • secubit garam
Penyediaannya
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali dan kacau sehingga sekata.
  2. Masukkan ke dalam bekas dan ketepikan sehingga mahu digunakan.

CADANGAN HIDANGAN
  1. Bentangkan sehelai daun pisang yang telah pun di potong dan dibersihkan terlebih dahulu.
  2. Menggunakan scope ais-cream, masukkan sesudu kecil kelapa manis diikuti pulut, Tekan sedikit supaya pulut menjadi sedikit padat.
  3. Letakkan ke atas daun pisang tadi dan bungkus pulut tersebut seperti membungkus nasi lemak.
  4. Ulang sehingga habis dan sedia di hidang.

Friday, December 30, 2011

Sata (Santan) Durian

Assalamualaikum, Salam Sejahtera di hari Jumaat penghulu segala hari..

Nampak gayanya kita sudah pun di penghujung tahun 2011 dan jika ada keizinan dariNya, 2 hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru masihi 2012....Tentu sekarang masing-masing dah tanam azam baru atau menyusun atur beberapa rancangan yang bakal dicapai sepanjang tahun..Dan bagi ibu bapa yang mempunyai cahaya mata yang akan melangkah ke alam persekolahan tidak kira baru pertama kali atau yang baru menghabiskan cuti, tentu masing2 sibuk membuat persediaan terakhir sebelum menjelangnya sessi persekolahan 4 Jan 2012 tahun hadapan...Sue doakan semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan olehNya...

he he he he he...Oklah kita lupakan sekejap ayat2 mengantuks tuan rumah kat atas tuuuu..Jommmm kita layan pula hidangan pemanis mulut ni...Actually rasanya ia sama saja ngan serawa durian cuma nama jee yang berbeza..Sajeee je Sue buh nama ni pasal kat tempat Sue kitorang panggil ni 'sata durian' dan sata tu maybe merujuk kepada santan kottt pasal kuahnya menggunakan santan...

Dan kat bawah ni sengaja lah Sue letak resipi untuk pulut sekali pasal untuk selera Sue, kalau nak makan sata durian ni, pulutnya Sue lebih suka yang jenis melekat-lekat atau senang cerita pulut versi tanak...Kalau versi kukus tu bukan tak ok, tapi sebab dah terbiasa Mak Sue buat versi ni, jadinya selera Sue pun lebih terarah ke situlah...Iyalahkan..semua resipi dan versi tak salah kerana setiap orang ada citarasa yang berbeza sesuai ngan budaya dan penerimaan anak tekak masing2 kan....

Jadinya untuk ingatan dan panduan Sue di masa akan datang, Sue simpan resipi kat sini juga..Walau Sue tahu semua orang pandai tanak pulut, tapi kalau orang yang tak biasa macam Sue terkial-kial juga dan silap hari bulan tak jadi pulutnya seperti yang dikehendaki..Dan untuk dapatkan versi yang lebih kurang macam Mak, Sue rujuk ngan kakak sulong Sue dimana cara dia lebih senang untuk Sue praktice kan.....

SANTAN DURIAN
Resipi : Kak Nor@Kajang

UNTUK KUAHNYA

Bahan-Bahan
  • 400 ml santan (200 ml santan kotak+200ml air)
  • 3 sb nissan/gula melaka (siap racik) ~ Boleh adjust kuantiti ikut kemanisan masing2
  • Secubit garam
  • 2~3 ulas durian
Penyediaannya
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.(jangan sampai pecah minyak)
  2. Setelah cukup rasa, tutup api.
UNTUK PULUT
Bahan-Bahan
  • 2 pot beras pulut (dibersihkan dan tos)
  • Air secukupnya
  • Secubit garam
Penyediaannya
  1. Masukkan beras pulut yang siap dicuci ke dalam periuk.Masukkan air sehingga ½inch ketinggiannya dari permukaan pulut.
  2. Tutup periuk dan masak dengan api paling kecil sehingga pulut tanak.
  3. Setelah pulut tanak, tutup api.
  4. Karih (kacau) pulut dan tutup periuk.
Hiasan
  • Beberapa ulas durian
CARA HIDANGAN
  1. Sendukkan pulut secukupnya ke dalam pinggan hidang, letakkan seulas durian disisinya dan curahkan kuah ke atasnya..
  2. Sedia dinikmati...

Monday, September 19, 2011

Ketupat Sotong

Assalamualaikum...

Hari ni layan ketupat sotong jelah yaa....Sebenarnya masak ni secara kebetulan jeee...Last week masa BW kat rumah Kak Nor secubit Garam, terguda pula ngan sotong Kak Nor yang dok posing cantek tu dan tang-tang tu pula diriku terkena panahan asmara dek lama bebenor anak tekak ni tak menelan ketupat kegemaranku ini...

So, lepas keje tu, terus gi Econsave cari sotong...Tapi agak mengecewakan..Tarak yang cantek2, tapi dek teringin sangat rembatlah juga dekat2 10 ekor..Tak ambil banyak pasal tahu Hb tak makan, anak2 plak, standby lah 2~3 ekor klu diorang nak kan...Wat banyak tak abiskan membazir plak...

So malam tu juga projek bermula..Tapi nyata sangkaan Sue meleset, belum sempat masak lagi, Si Sara & Yaya dan beriya-riya nak merasanya..Dah siap je masak, tang2 tu juga diorang serbu, tinggal 2 ekor je kat Mamanya...Tapi takpe, Mama suke pasal dah ada geng...Ha ha ha..Terus plan, Rabu nanti mesti singgah pasar tani cari sotong lagi, pasal kat sana sotongnya fresh2....Lagi pun dah janji ngan Sara & Yaya, nanti nak buat lagi...

Ha ha ha..Memandangkan hanya 2 ekor je yang tinggal, so gambar pun hanya itu je yang sempat diselamatkan..Yang len tu kena scan kat perut Sara&Yaya....Ngeeeeeee....


KETUPAT SOTONG

Sumber :
Kak Nor@Secubit Garam

BAHAN-BAHAN
  • 1 kg sotong
  • 1 1/2 cawan beras pulut ~ direndam 15min
  • santan cair secukupnya
  • 3 biji bawang merah ~ dimayang halus
  • 1 in halia ~ dihiris panjang
  • 1 sudu besar halba
  • 3/4 cawan santan pekat/fresh
  • 1 1/4 cawan air
  • garam & sedikit gula lidi/pencungkil gigi
PENYEDIAANNYA
  1. Kukus beras pulut bersama santan cair dan sedikit garam lebih kurang 10 min. (Santan cair hendaklah sama aras/tinggi dgn beras)
  2. Sementara itu bersihkan sotong dan buang kulit luarnya. Toskan hingga kering.
  3. Bila pulut dah siap dikukus, masukkan pulut kedalam sotong sambil dipadatkan sedikit (supaya nanti pulut tidak berderai bila dah masak) Pulut diisikan lebih kurang 3/4 bahagian saja dr badan sotong.
  4. Kemaskan hujung sotong dgn lidi/pencungkil gigi.
  5. Masukkan santan pekat, air, bawang merah, halia, halba, garam dan sedikit gula ke dalam kuali/periuk.
  6. Masukkan pula sotong yg dah siap disumbatkan dgn pulut tadi dan masak dgn api sederhana hingga mendidih. (Hendaklah sentiasa mengacau semasa proses memasak ni supaya santan tidak pecah/naik kepala. Jgn kacau terlalu kuat ya... )
  7. Ketupat sotong sedia utk dimakan.