Showing posts with label Western. Show all posts
Showing posts with label Western. Show all posts

Friday, April 13, 2012

Zuppa Chicken & Mushroom Soup

Assalamualaikum..Salam di hari Jumaat penghulu segala hari...

Resipi ulangan..Sebelum ni pernah buat dan buat lagi dan lagi.Untuk sup macam biasa, masih guna yang instant punya, brand Cambells sesuai untuk orang-orang separa rajin.

Tapi untuk paparan kali ini eksyen siket, duk tayang keratan rentas untuk pastrynya..Mentang-mentang dah boleh dapat hasil yang agak menjadi berbanding percubaan pertama dulu...

ZUPPA CHICKEN & MUSHROOM SOUP
Sumber : Kak Wan @ Citarasawan

BAHAN-BAHAN
  • 4 keping instant puff pastry (keluarkan dari peti sejuk dan dibiarkan lembut pada suhu bilik) ~ Sue guna puff pastry jenama kawan
  • 1 biji kuning telur ~Untuk sapuan
  • ½ sb susu sejat ~Untuk sapuan
  • Dried parsly secukupnya ~Untuk taburan
Untuk Sup
  • 1 tin mushroom sup ~ Sue guna brand Cambells
  • 1 tin air ~Seperti arahan pada label tin
PENYEDIAANNYA
  1. Untuk Sup : Masukkan 1 tin mushroom sup cambells dan 1 tin air ke dalam periuk...Masak sehingga mendidih dan sedikit pekat..Matikan api dan ketepikan.
  2. Masukkan (1) ke dalam remakin sehingga 3/4 dan ketepikan.
  3. Untuk Zuppa : Tabur tepung di atas papan canai, canai dan potong puff lebih besar dari saiz acuan. Tutup acuan dengan pastry puff. Simpan sebentar di dalam peti sejuk.
  4. Keluarkan dan sapu permukaannya dengan kuning telur dan tabur dengan parsley kering..
  5. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200°C (bergantung oven masing2) selama 20min atau sehingga puff bertukar keperangan dengan api atas dan bawah dan jika ada function fan, on kan.....
  6. Sedap dihidang panas-panas

Tuesday, November 29, 2011

Fettucini Carbonara

Assalamualaikum....

Dua tiga hari ni macam takde idea pula nak bercorat-coret kat sini..Kadang-kadang BW pun sekadar menjenguk ke tingkap dapur kawan-kawan jeee tanpa meninggalkan sebarang jejak...Betul-betul xde idea nak komen apa...Emmm jejak-jejak kawan-kawan kat sini pun tak terbalas-balas lagi..Bukan tak sudi tapi betul-betul macam tak tau nak berkata apa-apa...InsyaAllah, nanti ada masa emosi stabil Sue akan balas semua komen2 dan BW seperti biasa....

Resipi kat bawah ni pun simple-simple jee..Main instant-instant semua....Cepat masak, cepat siap dan cepat makan.....Ha ha ha ha

FETTUCINI CARBONARA
Resipi : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • ½ bungkus fettucini (lebih kurang 200 gm)
  • Minyak zaitun secukupnya..
  • 1 tin instant carbonara cream (Sue guna brand Cambell's)
  • 10 ketul cendawan butang (potong slice)
  • 10~15 biji chicken ball (Sue guna Ayamas)
  • 150 gm daging kisar (Sue guna jenama Ramly)
  • 1 labu bawang besar (potong kiub)
  • 250 ml susu segar
  • Garam secukupnya
PENYEDIAANNYA
  1. Untuk Fettucini - Rebus fettuchini sehingga lembut, tos dan lalukan di bawah air pipe seketika, kemudian titiskan sedikit minyak zaitun dan gaul sekata..Ketepikan.
  2. Untuk Sos Carbonara - Panaskan sedikit minyak zaitun dan tumis bawang besar sehingga wangi.
  3. Masukkan cendawan butang, daging kisar dan chicken ball ke dalam tumisan.Gaul sekata dan sehingga daging cincang empuk.
  4. Masukkan instant carbonara cream dan kacau sekata...Masukkan susu segar dan masak sehingga kepekatan yang diingini..Perasakan dengan garam secukupnya..(Boleh juga taburkan sedikit dried oregano~jika suka)
  5. Cadangan Hidangan ~
  • (a) Option 1 -> Setelah sos carbonara masak, tutup api.Masukkan fettucini dan gaul sekata.Masukkan ke dalam pinggan hidang dan sedia di nikmati.
  • (b) Option 2 -> Letakkan Fettucini di dalam pinggan hidang, tuang kan sos carbonara ke atasnya dan sedia di hidang

Friday, April 15, 2011

Macaroni Ayam Cendawan

Salam pagi Jumaat...
Hari ni nak buat tayangan sarapan tuan rumah 2~3 lepas...Sorry yaaaa..Tuan rumah tak sempat nak berucap bebel panjang-panjang pagi ni lantaran di hambat kebizian yang melampau...Ha ha ha ha



BAHAN-BAHAN

  • 250 gm macaroni ~Sue buh 300 gm
  • 2 sb minyak zaiton
  • 1/2 sk garam
Bahan Sos
  • ½ cwn mentega
  • ½ cwn tepung gandum ~ Lenkali nak buh ¼ cwn jee
  • ½ cwn susu segar
  • 1 cwn air
  • 1 cwn isi ayam ~ Direbus
  • ½ tin cream cendawan ~ Sue gantikan ngan carbonara cream
  • ¼ cwn cendawan button (potong slice)
  • Garam & lada putih secukupnya
Untuk Taburan (secukupnya) ~ Diparut
  • Keju Mozzarella
  • Keju Cheddar
  • Keju Parmesan

Cam biasa, main buh bakar dalam acuan aluminium jeeeee kes tarak cosserol...

PENYEDIAANNYA
  1. Untuk Macaroni :- Rebus macaroni sehingga masak.Toskan dan gaulkan ngan minyak zaiton.ketepikan..
  2. Untuk Sos :- Cairkan mentega dan masukkan tepung.Masukkan air dan susu kemudian masak sehingga berkrim.
  3. Masukkan isi ayam dan krim cendawan.Gaul sebati.
  4. Perasakan dengan garam dan serbuk lada putih.
  5. Masukkan macaroni dan gaul.
  6. Tuang ke dalam coserol dan taburkan parutan cheese sebanyak mana yang disukai.
  7. Bakar pada suhu 180C selama 10~15 min atau sehingga keju cair.
  8. Sedia dihidang bersama sos kegemaran atau dihidang begitu sahaja...