Friday, April 15, 2011

Macaroni Ayam Cendawan

Salam pagi Jumaat...
Hari ni nak buat tayangan sarapan tuan rumah 2~3 lepas...Sorry yaaaa..Tuan rumah tak sempat nak berucap bebel panjang-panjang pagi ni lantaran di hambat kebizian yang melampau...Ha ha ha ha



BAHAN-BAHAN

  • 250 gm macaroni ~Sue buh 300 gm
  • 2 sb minyak zaiton
  • 1/2 sk garam
Bahan Sos
  • ½ cwn mentega
  • ½ cwn tepung gandum ~ Lenkali nak buh ¼ cwn jee
  • ½ cwn susu segar
  • 1 cwn air
  • 1 cwn isi ayam ~ Direbus
  • ½ tin cream cendawan ~ Sue gantikan ngan carbonara cream
  • ¼ cwn cendawan button (potong slice)
  • Garam & lada putih secukupnya
Untuk Taburan (secukupnya) ~ Diparut
  • Keju Mozzarella
  • Keju Cheddar
  • Keju Parmesan

Cam biasa, main buh bakar dalam acuan aluminium jeeeee kes tarak cosserol...

PENYEDIAANNYA
  1. Untuk Macaroni :- Rebus macaroni sehingga masak.Toskan dan gaulkan ngan minyak zaiton.ketepikan..
  2. Untuk Sos :- Cairkan mentega dan masukkan tepung.Masukkan air dan susu kemudian masak sehingga berkrim.
  3. Masukkan isi ayam dan krim cendawan.Gaul sebati.
  4. Perasakan dengan garam dan serbuk lada putih.
  5. Masukkan macaroni dan gaul.
  6. Tuang ke dalam coserol dan taburkan parutan cheese sebanyak mana yang disukai.
  7. Bakar pada suhu 180C selama 10~15 min atau sehingga keju cair.
  8. Sedia dihidang bersama sos kegemaran atau dihidang begitu sahaja...

No comments: