Wednesday, February 1, 2012

Ayam Sweet Sour

Assalamualaikum...Salam Sejahtera dan Selamat Tengah hari..

Hari ni lunch berlaukkan apa yaaa.....Bagi yang tidak berkerja mungkin berkesempatan menikmati hidangan makan tengahari di rumah saja tapi bagi yang bekerja macam Sue ni mahu tak mahu terpaksa gak makan atau tapau di gerai-gerai atau di kedai2 makan sahaja..

Bezanya tengahari semalam dari kebiaasaannya ialah Sue sempat bawakan bekal untuk makan tengah hari kat opis..He he he thah apa mimpi plak, pepagi lagi sambil buat sarapan sempat juga cilok-cilok time buat lauk ni..

Mengiyakan kata-kata tuan empunya resipi, lauk ni memang tip top mudahnya dan yang penting sedapppppp..

AYAM SWEET SOUR
Sumber : Kak Liza @ Intai Dapur

BAHAN-BAHAN
  • 2 keping dada ayam - potong dadu
  • 1 ulas bawang putih - hiris
  • 2 ulas bawang merah - hiris
  • 1 sudu besar cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan Sos
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • ½ cawan air
Sayur
  • ½ biji bawang besar - dipotong bulat ~Sue potong dadu
  • 1 potong nenas - di dadu ~Sue tak buh, xde stok
  • ½ biji tomato - di belah 4 ~Sue potong dadu
  • 1 biji lada benggala - potong dadu ~Sue Tak buh, xde stok
  • ½ batang mentimun - Buang empulur dan potong dadu ~Ni Sue sendiri tambah

PENYEDIAANNYA
  1. Ayam dicuci bersih, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
  2. Goreng hingga ½ masak, angkat dan toskan.
  3. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan cili kisar hingga garing.
  4. Masukkan bahan sos, garam dan juga gula. Gaul rata dan masak hingga mendidih.
  5. Masukkan ayam , bawang besar, lada benggala, nenas, mentimun dan tomato. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga pekat.
  6. Bila rasa dah sesuai, bolehlah dihidangkan

Tuesday, January 31, 2012

Bahulu Kismis/Kukus

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Alhamdulillah segala rahmat yang dikurnia olehNya dipagi hari...Hujan rahmat yang membasahi bumi....Sedari seawal pagi sehingga menjelangnya fajar....

Dalam suasana sejuk-sejuk begini kalau pekena kopi panas membasah tekak sebelum memula hari sungguh terasa nikmat...Apatah lagi kalau bertemankan beberapa ketul kuih buat pengalas perut....Alhamdulillah dengan rezeki yang dikurnia olehNya....

Bercerita pasal kuih ni, last week masa Sue berjimba-jimba kat Fb tetiba terpikat ngan resipi ni, dari status kak Zaitong..Nampak menarik dan ringkas bahan-bahan serta penyediaannya...Dan dan tu juga terdetik nak mencubanya, jadi Sue pun terus kopipes untuk simpanan...

Tak sampai 2~3 hari kemudian teringin nak mencubanya....Tapi biasalah selalu jeee akan berlaku sedikit olahan, tapi kali ni secara tidak sengaja.....

Pertama masa nak mix telur + gula, Sue dah kurangkan kuantiti telur dari 5 biji kepada 4 biji..Biasalah, orang kedekut kannnnnn, lagi pun sebab Sue guna telur saiz A so terfikir 4 biji cukup kottttttt dan gula macam biasa Sue kurangkan..Resipi asal 1 cawan, tapi Sue buh 3/4 cwn jeeee, sebab kat rumah ni kalau kuih manis2 sangat sambutan dia kurang memberangsangkan...Jadinya bila adunan telur+gula+ovallette Sue dah kembang dan bertukar keputihan, langkah seterusnya nak masukkan tepung dan santan...

Disebabkan rasa kurang yakin untuk memasukkan tepung tanpa sebarang bahan penaik dan untuk mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini, Sue pun memandai-mandai tambah ½ sk soda bikarbonate ke dalam tepung....Ala tak kisahlah kannnnnn, untuk makan sendiri..agak-agak kalau ada exam ni awal-awal lagilah ada yang fail pasal "ngelat"...ha ha ha ha ha ha...

Dah masukkan 1 cawan tepung, adunan Sue sedikit pekat, tapi setelah kacau sebati dan masukkan santan, adunan kembali ok, cuma untuk masukkan baki 1 cawan lagi tepung tu terbit rasa tak confiden ngan kepekatan adunan yang ada jadi Sue tambah dulu ½ cwn tepung dan adun dulu...Tengok2 adunan macam ok dan tak perlu lagi tambah tepung...

Setelah perapan 20 min dan nak masukkan ke dalam paper-cup, terasa was was pula nak masukkan kismis pasal rasa tak pasti samada adunan Sue nanti terlebih manis ke pasal masa mula2 buat tadi Sue budget kuantiti gulanya untuk 2 cawan tepung tapi dah terkurang ½ cawan tepung jadi Sue ambil keputusan untuk skip kismis dan untuk tak nak kasi kaler dia nampak terlalu plain, Sue pun bahagi kepada 4 bahagian, 2 bahagian plain, 1 bah. ngan pewarna coklat dan satu bahagian lagi ngan sirap ros dan konon2nya nak tambahlah pewarna merah siket kasi ceria, Laaaaaaaaa....expired pula pewarnanya..So adunan merah tu kalernya agak pucat tak berserilah....Nak tambah sirap ros lagi, takut nanti jejas rasa pula..Alaaaa biarlah, nak makan sendiri juga kan kan kan kan....(Ayat penyedap rasa)

Dah siap kukus tu, dah bila dah rasa...Alhamdulillah....Still Ok dan tak manis sangat, jadinya len kali masih boleh guna sukatan yang Sue dapat ni dan still boleh tambah kismis...

Dan pasal sukatan tepung tu, may be sebab saiz cawan penyukat yang Sue gunakan...atau sebab terkurang 1 biji telur..Ha ha ha ha ha ha ..Balasan orang kedekut....Tapi OK juga buat 1½ cwn tepung ni pasal kuih yang Sue dapat pun agak banyak, lebih kurang 28 biji kesemuanya..Lebih dari cukup untuk kami sekeluarga.....

BAHULU KISMIS/KUKUS
Sumber : Zaitong Syed Ahmed@FB
Olahan : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 4 biji telur (gred A)
  • 1½ cwn tepung superfine ~Sue guna tepung gandum biasa jeee
  • ½ sk soda bikarbonate ~Ni Sue tambah sendiri
  • 1 sb ovelette
  • 60 ml pati santan ~Sue guna instant santan kotak
  • 3/4 cwn cula kastor
  • kismis secukupnya ~Sue tak letak
PENYEDIAANNYA
  1. Pukul telur, gula dan ovellette sehingga kembang dan keputihan.
  2. Masukkan santan dan tepung superfine gandum.Pukul rata.
  3. Simpan selama 20 min.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan salah satunya letakkan pewarna kesukaan/pilihan.
  4. Masukkan adunan ke dalam 2 piping beg yang berlainan dan pipekan ke dalam acuan/paper cup.Boleh masukkan kismis jika suka.
  5. Kukus kuih selama lebih kurang 15-20 min. menggunakan api yang besar..


Monday, January 30, 2012

Kek Chiffon Pandan

Assalamualaikum...

Dipenghujung bulan Januari...Pejam celik pejam celik sekejap je sebulan berlalu...Bermakna sudah hampir sebulan juga Sara memulakan pengalaman baru dia kat kindergarten.Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan lancar walau pada awalnya menuntut banyak pengorbanan dan kesabaran Mama untuk layan kerenah dia...Dari hari pertama dia menjejak kaki ke sana sampailah untuk urusan transit tengahari dari Kindergarten ke Daycare...Semuanya beri pengalaman baru untuk Sara dan Mama sendiri..

Tak lupa juga Sue nak ucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan dan pandangan beberapa pihak semada secara langsung atau pun tidak terutamanya dari Kak Ros yang banyak memberi pandangan dia di email beberapa bulan yang lalu....Thanks Kak Ros, thanks semua....


He he he... Kita lupakan sekejap kisah anak-anak sekolah....Berbalik pada topik asal kita, iaitu kek chiffon yang amattttt lembut dan sedap ni..Resipi ni Sue ambil dari dapur Mat Gebu@MyR tak berapa lama dulu...Asal resipi perasa keladi tapi dah Sue jelmakan jadi perasa Pandan..

Aceli dah banyakkkkkkkk kali buat kek ni, pertama dulu ikut resipi asal guna pes keladi, dah berkali-kali pun buat cuma time tu selalu jeee tak sempat nak posing mosing....

Walau pun CMG dah cakap kat situ adunan ni menghasilkan kek yang besar, tapi kalau namanya lagi kek chiffon, makan banyak mana pun tak terasa muaknya (pada Suelah, lain orang Sue tak tau)....Jadi Sue pun, guna jeeee resipi yang diberi tanpa pengurangkan sukatan bahan-bahannya..Dan salah satu lagi alasan nak buat kek ni guna sukatan resipi asal ialah pasal nak guna acuan chiffon yang dah lama Sue beli dulu...Kan kalau tak guna kannnnnn ada plak orang yang duk sungut-sungut nanti, asyikkkkk tambah toys jeeee, tapi gunanya tidak.... Ha ha ha ha ha ha.....

KEK CHIFFON PANDAN

Sumber : Mat Gebu @ MyResipi

BAHAN-BAHAN

Bahan A
  • 6 kuning telur (gred A)
  • 150 gm gula halus ~Sue kurangkan jadi 100 gm jeeee
  • 100 ml pati santan (guna santan kotak)
  • 100 ml minyak jagung/masak
  • 70 ml air
  • 225 g tepung gandum*
  • 1 ½ camca teh baking powder*(*diayak bersama)
  • 1 camca teh perisa keladi
  • ½ camca teh pewarna ungu
  • Secubit garam
Bahan B
  • 6 putih telur (gred A)
  • 135 g gula halus ~ Sue buh 3 sb jeeee
  • ½ camca teh cream of tartar
PENYEDIAANNYA
  1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan A dan kacau dengan wisk hingga semua sebati dan larut. Ketepikan sebentar.
  2. Masukkan putih telur ke dalam mixing bowl, masukkan cream of tartar dan putar pada kelajuan tinggi. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga kembang dan kental.
  3. Gaulkan putih telur tadi ke dalam no.1 dgn kaedah "kaup balik" hingga sebati.
  4. Tuang dalam acuan chiffon dan ratakan. Tak payah disapu apa2 pada acuan. Biar macam tu saja. Hentak 2 - 3 kali utk membuangkan ruang2 udara dalam adunan kek tadi.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 175C, selama 30 - 35 minit.
  6. Bila kek masak, keluarkan dari oven dan terus terbalikkan acuan tadi atas dulang dan biarkan sejuk dalam acuan dalam berkeadaan terbalik.
  7. Bila kek betul2 sejuk, sisip tepi acuan dgn pisau kecil, tanggalkan acuan dan sisip juga bahagian dasar acuan dan boleh alihkan kek ke pinggan. Potong dan hidangkan.

Friday, January 27, 2012

Banana Chips

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam di pagi Jumaat, Penghulu segala hari...Semoga kedatangan hari ni melimpahkan rahmat dan keberkatan buat kita semua....

Jomm petang-petang begini kita menikmati chip pisang sambil-sambil lepak bersama keluarga terutama bagi yang mereka yang sedang menghabiskan hujung minggu dan bagi yang bekerja tu, boleh gak buat kudap-kudapan hilangkan ngantuk di petang hari sambil-sambil ngadap komputer tuuuu....

Chip pisang ni Sue buat masa bercuti panjang sempena sambutan Tahun Baru Cina yang dah berlalu 2~3 hari yang lepas..Kebetulan Baby Sitter Lieya dan Is ada bagi 6 biji pisang tanduk yang belum masak...Jadinya tetiba pula teringin nak mencuba buat kerepek ni...Kalau nak tunggu masak dan buat pisang goreng bersalut tepung, kurang laku kat rumah ni, 2~3 ketul tu jalanlah..Tapi kalau banyak2 nanti tak terhabis pula..Takut pula membazir nanti...

Jadinya, sementara bersenang-lenang kat rumah menghabiskan cuti, boleh gak luangkan sedikit masa buat kerepek ni...Mula-mula tu nak wat bentuk bulat macam biasa jeeee, tapi tetiba plak teringat bentuk chip pisang yang pernah Kak Roz buat dan paparkan kat blog beliau...Emmmm sesekali buat kelainan apa salahnya kannnnn...?

Nak buat pun senang...Sesetengah orang, main sagat terus jeee ke dalam minyak panas, tapi Sue sagat dulu kat dalam bekas/mangkuk kemudian baru masukkan ke dalam minyak panas...Walau nampak sedikit leceh tapi atas alasan keselamatan...Bagi yang dah biasa tu, Oklah..Tapi bagi yang masih terketar-ketar lagi macam Sue ni, tak pelah lambat siket, janji selamat..

Dan bila buat bentuk macam ni, senang siket kerja, pasal lepas sagat kita boleh terus campak macam tu jeee dalam minyak panas then kacau2 bagi tidak melekat berbanding sagat secara membulat, tak boleh main campak macam tu jeee pasal ia akan melekat, jadi kena plak kirai satu-satu ke dalam minyak panas..Tapi itu terpulang cara masing2, mungkin ada yang pandai, tak payah kirai satu-satu tapi kerepeknya goreng sempurna sekeping-sekeping.....

BANANA CHIPS
Sumber : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 6 biji Pisang Tanduk
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya
  • *100 ml air masak
  • *½ sk garam halus (*Dibancuh) ~Ketepikan.
PENYEDIAANNYA
  1. Pisang dibuang kulit dan basuh.Toskan.
  2. Panaskan minyak.
  3. sagat pisang mengikut bentuk yang disukai dan masukkan ke dalam minyak panas.
  4. Goreng sehingga separuh masak, masukkan 1~2 sb bancuhan air garam.Goreng sehingga kekuningan.Angkat dan toskan.
  5. Lakukan (3) & (4) sehingga habis.
Note : Pastikan untuk gorengan yang seterusnya, kerepek tidak begitu masin, jika selepas gorengan kedua/ketiga, kerepeknya sudah cukup masin, pastikan gorengan seterusnya tidak lagi dimasukkan air garam.

Thursday, January 19, 2012

Donut Mulus

Assalamualaikum..Lama benar rasanya tuan rumah tak muncul kat sini...Rindu...? Mestilah rindu...Rindu nak berblogwalking mengunjungi kawan-kawan dan mengintai-intai aktiviti dan hidangan menarik mereka...Rindu nak mencuba resipi-resipi terbaru dan mendapat beberapa tips berguna, rindu nak balas jejak-jejak yang di tinggalkan, rindu nak share resipi yang pernah dicuba dan nyatakan rasa teramat terima kasih kepada penyumbang-penyumbang resipi tersebut dan pendek kata, rindu semualah....

Tapi apakan daya...Kadang kala kita juga terpaksa berdepan dengan realiti kehidupan..Kadang kala sibuk, kadang kala free, kadang kala semangat berkobar-kobar tapi masa pula tidak mengizinkan dan bila tiba masa dan ruang terbentang, keadaan pula tidak mengizinkan...Apa-apa pun pertamanya Sue nak ucap terima kasih kepada yang masih sudi jenguk-jenguk sini samada dengan jejak atau tanpa jejak...Semuanya Sue hargai....

Oklah sebenarnya hari ni Sue pun tak maulah berceloteh panjang -panjang tentang beberapa kejadian demi kejadian dan dari satu pengalaman ke satu pengalaman baru yang telah Sue lalui sebermulanya tahun baru 2012 yang dah pun melewati hari ke-19 pada hari ni...Lupakan dulu ia seketika sehingga ada masa yang mengizinkan untuk di kongsikan bersama, tapi hari ini kita bertemu sapa dulu dengan resipi donut yang pernah Sue cuba buat kesekian kalinya dan alhamdulillah, hasilnya amat mengujakan....

Dulu-dulu kalau sebut je buat donut, rasa phobia tu hanya tuhan saja yang tahu....Pasti mengecewakan...Doh pasti keras tak naik-naik...Macam-macam cara dan petua diamalkan malah pernah juga menggunakan resepi-resipi popular yang mendapat sambutan dan pujian ramai kerana hasilnya yang lembut dan gebussss.....Tapi bila sampai ke tangan Sue, hasilnya tetap sama, mengecewakan..Bukan salahkan resipi tapi air tangan dan diri yang masih bertatih untuk menguasai seni masakan....

Tapi phobia-phobia pun usaha mesti diteruskan....Setelah sekian lama tak menguli tepung, tiba-tiba terasa nak mencuba lagi, dan kali ni cuba resipi dari Kak Ros@JintanManis yang Sue ambil dari e-book beliau yang pernah dilancarkan tidak berapa lama dulu..Kali pertama cuba, ikut 100% resipi yang tertera, pun sama, hasilnya agak mengecewakan tapi tetap nak cuba untuk kali ke-2 tapi Sue selitkan sedikit cara dan petua yang pernah Sue dapat, iaitu aktifkan yis terlebih dahulu di dalam air suam+sedikit gula..Dan alhamdulillah hasilnya amat mengujakan...Lembut dan gebus sehingga ke petang....


Dan kaedah menggunakan beg plastik untuk mencampurkan kesemua bahan amat mudah dan berkesan...Sebab time tu doh tidak melekat-lekat kat tangan dan kita pun tak terfikir nak tambah tepung atau air lagi disebabkan rasa tak pasti samada doh kita tu sebenarnya dah sesuai/cukup bahannya dan sedia diuli...Sebab bila kita masukkan kesemua bahan ke dalam beg plastik dan uli-uli dia sehingga kesemua bahan bersatu dan tak lagi melekat kat plastik beg, baru kita keluarkan dari plastik dan sambung uli di dalam mangkuk adunan sehingga mendapat doh yang elastik dan tak melekat lagi kat tangan dan bekas...Wahhhh sungguh mudah bagi yang tak ada BM dan sesuai juga untuk orang-orang yang baru belajar macam Sue ni....Dan sehingga kini dah beberapa kali Sue buat donut menggunakan resipi dan kaedah 'magic' ni....

Terima Kasih Kak Ros sebab sudi share resepi dan kaedahnya sekali juga telah pun bersusah-payah menyediakan dan menghadiahkan e-book untuk kami semua sebagai rujukan..Hanya Allah saja yang mampu menilai kebaikan itu dan membalasnya.....

DONUT MULUS
Sumber : Ros @ JintanManis

BAHAN-BAHAN
  • 350 gram tepung Halus Superfine
  • 50gram tepung kanji kentang
  • 2 sudu besar susu tepung/skim milk
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
  • 150ml air suam
  • 1 ½ sudu besar marjerin@butter@shortening
  • 3 sudu besar gula
  • 4 gram yis ( 1 ½ sudu kecil)
  • sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mulus ni nanti.
PENYEDIAANNYA

Penyediaan Doh
  1. Kaedah 1, Penggunaan Bread Maker (BM) --> Masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah seterusnya.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan -->
  • Di mangkuk kecil, masukkan 150ml air suam dan 1 sb gula.Kacau sehingga gula larut dan masukkan yis.Biarkan lebih kurang 5~10 min atau sehingga larutan tadi berbuih.
  • Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan.
****Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

  1. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda.
  2. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  3. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda.
  4. Goreng sehingga keemasan, gunakan api sederhana, angkat dan toskan.
  5. Salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan.
****Tips mudah (Dari Kak Yani@MyR) nak menyalut gula pada donut atau apa2 kuih, masukkan donut/kuih siap goreng dan gula halus ke dalam plastic bag, kembungkan ia dan tutup kemudian goncangkan sehingga kesemuanya bersalut rata...

Wednesday, January 4, 2012

Masak Lemak Kepah dan Kulat Sisir

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni pasti ramai ibu bapa yang agak sibuk menghantar anak2 ke sekolah setelah hampir sebulan bercuti dan bagi cikgu-cikgu yang akan memulakan tugas hari ni..Selamat kembali bertugas...


Jommmm hari ni kita intai2 lagi resipi main campak2 menggunakan apa yang berbaki kat esbox... Resipi simple2 orang malas...Main lebur semuanya kat dalam priuk then sedia dihidang..

Sebenarnya dulu Sue paling tak suka nak masak masakan yang ada santan ni pasal kena berdiri lama-lama kat tepi stove tu kacau-kacau dan kacau kuah tu supaya tidak pecah minyak...Walau ramai yang kata boleh tinggal macam tu jeee dengan meletakkan senduk ke dalamnya, tapi still tak jadi sampailah Sue cuba satu senduk stailessteel yang Sue beli tak lama dulu..Barulah eksperimen menjadi...Nak masak apa2 pun kuah bersantan, just tinggal macam tu jeee then kacau sekali sekala sehingga mendidih..kuahnya still cantik tak pecah minyak...Ohhh suka dan sejak itu memang selalu gaklan masak lemak main lebur2 macam ni...Senang kerja satu dan lauk2 macam ni memang kegemaran Sue....

MASAK LEMAK KEPAH dan KULAT SISIR
Resipi : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 kg kepah
  • Segenggam kulat sisir
  • 1 batang serai (dititik)
  • sehiris halia
  • 6 tangkai cili padi ~Jika mahu kuah pedas, boleh blend sekali dengan bawang
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 500 ml santan (200ml santan kotak+300ml air)
  • Garam secukupnya

Bahan tumbuk kasar

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

PENYEDIAANNYA

  1. Kepah direndam ke dalam air garam lebih kurang 1/2jam untuk membuang sisa pasir.Basuh dan toskan
  2. Kulat sisir direndam seketika dengan air dan basuh dengan sedikit air garam.Bilas dan toskan.
  3. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
  4. Bila Kepah sudah masak dan kulat sisir dah lembut dan kuah pun cukup rasa, tutup api dan sedia dihidang.

Tuesday, January 3, 2012

Sunquick Muffin

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Nampaknya kita sudah melangkah hari ke-3 di bulan Januari tahun 2012...Bagi yang ada anak-anak yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke alam persekolahan, pasti hari ni ada yang sibuk menghantar anak2 untuk hari orientasi...

Semalam Sue pun dapat call dari nursery yang Sue register untuk transit Sara..Terkejut gak sebab tetiba jeee pihak pengurusan sana minta Sue hantarkan Sara untuk orientasi hari ni...At least informlah awal siket kannnn sekurang2nya seminggu, senang siketlah ibu bapa nak buat apa-apa preparation atau apply cuti...discuss punya discuss rupanya berlaku siket kekeliruan, orientasi tersebut hanya untuk kanak-kanak yang terlibat sessi tadika tidak untuk transit nursery...Legaaaa kalau tak kelam kabut gak Sue nanti..terpaksaaaa lah ambil Emergency leave..Iyalah, walau pun pihak pengurusan sana cakap, lepas orientasi berakhir jam 10.30am, bagi ibu bapa yang bekerja boleh terus tinggalkan anak masing2 kat situ sehingga petang, tapi bagi Sue, kalau hari pertama tu, andai tiada aral, biarlah kita korbankan satu hari cuti, ambil awal anak sejurus orientasi...Nama lagi sessi pengenalan, biarlah sejurus sessi tu kita luangkan sedikit masa bersama dia sekejap, redakan siket rasa terkejut dia ngan suasana baru...Tapi itu pendapat Suelah..bak kata orang lain orang lain pendapat, situasi dan pandangannya..Sedaya termampulah kannn...


Eh eh eh .. Panjang pula celoteh pepagi ni..Sajalah Sue nak kongsi sedikit perasaan Sue, tapi tak mo ulas panjang2 sebab ni pun baru 1st time Sue hantar anak ke tadika...Dan Sue sendiri pun agak kelam kabut untuk sediakan beberapa keperluan untuk Sara....

Oklah kita lupakan seketika cerita tentang anak2, dan hari ni jommm kita jamu hidangan pertama Sue bersempena tahun 2012 iaitu Sunquick Muffin...Resipi Aasal Sue ambil dari dapur Kak Yani @ MyR cuma perasanya saja Sue ubah kepada Sunquick dan Sue dah doublekan kuantitinya kepada dua adunan....Dan macam biasalah, pasti ada sedikit olahan..Jadi bagi yang nak tengok resipi asal boloehlah berkunjung ke MyR sana sebab yang Sue buh kat bawah sini adalah resipi yang dah pun Sue olah untuk rujukan Sue dimasa hadapan...Tapi olahannya tak lah banyak sangat, cuma Sue kurangkan kuantiti butter dan gulanya sahaja jug perasanya pandan kepada Sunquick


SUNQUICK MUFFIN
Resipi Asal : Kak Yani @ MyResipi
Olahan :
Sue@Nenie


BAHAN-BAHAN
  • 150g butter
  • 100g gula halus
  • 2 biji telur
  • 80ml susu segar
  • sedikit vanila esen
  • 220g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 sb sunquick
PENYEDIAANNYA
  1. Pukul butter sehingga lembut. Kemudian masukkan gula,pukul sehingga putih.
  2. Masukkan sebiji telur, pukul lebih kurang 1 min kemuadian masukkan telur yang seterusnnya. Pukul sehingga semuanya sebati.
  3. Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi sehingga sekata.
  4. Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder ke dalam no.2 sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali berselang seli dgn susu segar (tepung-susu-tepung-susu-tepung) sambil di kaup balik menggunakan spatula/sudip.
  5. Masukkan pes sunquick dan pewarna oren dan sebatikan.
  6. Cedok2 adunan ke dalam paper cup dan masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 20 min atau sehingga masak..(Bergantung kepada oven dan saiz paper cup masing-masing)