Tuesday, August 5, 2014

Biskut Bunga Cina

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama betul bercita-cita nak buat biskut ni...Akhirnya tahun ni jadi juga...Nampak macam senang jeeee orang buat tapi bagi yang pertama kali ni, mencabar juga nak menekannya supaya agak seragam saiznya...

Apa-apa pun, kuih ni antara yang paling anak-anak sukeee...Almaklumlah... Diorang panggil ni kuih "Upin Ipin"...

BISKUT BUNGA CINA
Sumber Rujukan : Kak Azlita MasamManis
Resipi Asal : Kak WanCitarasawan

BAHAN-BAHAN
  • 250 gm mentega
  • 120 gm gula icing
  • 1 sudu teh esen vanila atau esen rose
  • 1 biji telur 
Bahan Di ayak
  • 230 gm tepung Red Rose
  • 200 gm tepung jagung
  • 50 gm tepung ubi
  • Ceri merah ~ dipotong kecil sebagai hiasan
  • sedikit pewarna pink ~ jika suka
  • sedikit putih telur
PENYEDIAANNYA
  1. Pukulkan mentega dan gula icing dengan speed sederhana hingga sebati
  2. Masukkan telur dan esen vanilla dan terus pukul
  3. Kemudian perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tak melekat di jari
  4. Ambil sedikit doh dan warnakan dengan warna pink ~ jika suka
  5. Sediakan loyang pembakar. dan leserkan dengan sedikit mentega
  6. Panaskan oven pada suhu 140 C 
  7. Dengan menggunakan acuan Dahlia atau acuan bunga Cina, masukkan sedikit campuran doh pink dan putih
  8. Tekan adunan di atas dulang pembakar
  9. Buat sehingga habis adunan
  10. Oleskan sedikit putih telur di tengah bunga Cina ~ ini supaya ceri tidak tertanggal
  11. Letakkan ceri merah di atasnya
  12. Bakar didalam oven dengan suhu 140C selama 20 minit atau sehingga biskut dimasak sempurna

1 comment:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Cantiknya biskut ni Ninie.. serupa dengan anak akak suka sangat biskut upin ipin ni :)