Tuesday, August 5, 2014

Biskut Teddy Bear

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tahun ni buat cookies raya yang ringkas-ringkas jeeee....

Yang ni atas permintaan anak dara...Sib baik ada acuan ni dalam simpanan, boleh gak ikut kehendak mereka...Sebab puasa tahun ni macam malasss sangat nak keluar ke mana-mana especially time lunch hour..

Bahan-bahan baking pun cari last minute...buat yang mana sempat jeeee

BISKUT TEDDY BEAR
Sumber Rujukan : Kak Azlita MasamManis

BAHAN-BAHAN
  • 300 gm butter
  • 20 gm lemak sayuran (shortening)
  • 180 gm gula icing
  • 30 gm serbuk koko
  • 200 gm tepung
  • 200 gm tepung jagung
  • 40 gm nestum
PENYEDIAANNYA
  1. Satukan butter, lemak sayuran dan gula icing. Putar hingga lembut dan sebati
  2. Masukkan tepung, tepung jagung, koko dan nestum.
  3. Uli adunan sebati.Canai adunan
  4. Terap adunan dengan acuan teddy bear dan susun atas dulang pembakar
  5. Buatkan mata dan hiaskan dengan bentuk love dari gula ( ada jual di kedai kek)
  6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 30 minit
  7. Simpan di dalam bekas kedap udara.

3 comments:

asyifa mustaffa said...

Sy pun buat biskut ni...tapi habis sudah...laku sungguh!

Wani Ameen said...

Biskut macam duk jual dalam pek biru... Boleh la try 1 day nnti.. Done follow your blog. Follow me back www.waniameen.blogspot.com

cheq da said...

Alahai comelnys biskut