Wednesday, February 22, 2012

Kerepek Pisang Manis

Salam...

Petang-petang macam ni, lepas lunch layan ngantukssss lah plak..Kalo kat rumah boleh gak lelap jap barang seminit dua tapi ni kat opis..Tahan jelahhhhhh....Mana kopi ku..Mana kopi ku.....

Eh...Layan kudap-kudapan boleh ilang ngantuksss ke...? Ke tambah ngantuks...?Apa-apa jelah kan....Lagi-lagi kalo dapat ABC....Nyaman betul layan time cuaca panas macam ni...Sejukkkk je air+ais tu meluncur ke anak tekak...

Ha ha ha ha ha apa-apa lah tuan rumah ni merepek di siang hari ni.....Buat macam takde kerja lah pulak kan.....

Ok lah kita layan jelah kerepek pisang versi manis ni pula..Sue salut siket jeee gulanya, buat rasa-rasa, taklah nanti budak2 tu asyik nak jilat gula jeeee....Asalnya nak sira je gulanya, tapi bila fikir-fikir nanti terlebih manis plak, almaklumlah...Sue pun belum betul2 mahir lagi bab sira menyira ni.....So langkah selamat, salut macam ni jelah....

KEREPEK PISANG MANIS

Sumber : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 6 biji Pisang Tanduk
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya
  • *100 ml air masak
  • *½ sk garam halus (*Dibancuh) ~Ketepikan.
  • Gula aising secukupnya untuk menyalut

PENYEDIAANNYA
  1. Pisang dibuang kulit dan basuh.Toskan.
  2. Panaskan minyak.
  3. Sagat pisang mengikut bentuk yang disukai dan masukkan ke dalam minyak panas.
  4. Goreng sehingga separuh masak, masukkan 1~2 sb bancuhan air garam.Goreng sehingga kekuningan.Angkat dan toskan.
  5. Lakukan (3) & (4) sehingga habis.
  6. Untuk kerepek pisang manis, setelah kesemuanya di goreng dan dibiarkan sejuk seketika.
  7. Guna plastik yang bersih, masukkan gula aising dan kerepek pisang ke dalamnya..kembongkan plastik dan goncang sehingga semua kerepek bersalut gula...Ulang sehingga kesemua kerepek..Boleh di simpan di dalam bekas kedap udara/sedia di makan...
Note : Pastikan untuk gorengan yang seterusnya, kerepek tidak begitu masin, jika selepas gorengan kedua/ketiga, kerepeknya sudah cukup masin, pastikan gorengan seterusnya tidak lagi dimasukkan air garam.

12 comments:

HALAMANKU said...

Salam akak samalah erma dok layan pc ni.. boring bos2 ader meeting bestnyer dapat kunyah2 kepek pisang manis.. pisang tanduk lak tu.. feberet tu.. ader ker lagi? meh kudap2 he he he

Liza said...

sue...mintak kepek pisang ni sebalang, malas la nk buat...hihihiihi

Kamalia said...

sedapnye kepek pisang tu sue..dah lama tak mkn ni..

Totie@Tomy said...

sedapnya pisang apa tu??

Wattie said...

Salam Sue,
Nak order kerepek pisang sebungkus, nampak rangup la, mkn sambil nonton tv...

KakAsma said...

kena cari pisang tanduk nie sue..akak suka makan kerepek2 gini...

quinnie said...

rajinnya buat kerepek sendiri...kita fail skit kalau bab2 goreng kerepek ni..mesti hangit..hahahhah

fazliana said...

wow..nmpk sedap jer kerepek nie..nk la buat lps nie..tq sharing

Unknown said...

Kalau nak buat tu nak pakai pisang tanduk atau pisang abu yg lagi sedap. Bingung

Unknown said...

Sedapnya..

merryJa said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

klu org bujang Yg buat mmg x mnjadi yer..aq dn homemate ku ni dh byk kali buat asik x mnjdi je..hmm ��