Showing posts with label Sales Sales Sales. Show all posts
Showing posts with label Sales Sales Sales. Show all posts

Monday, November 19, 2012

Takoyaki Pan...Ada yang berkenan..?

Salam....

Ehem-ehem..Lama betul membekukan diri...Lama-lama tak muncul ni dan sesekali mahu muncul, terasa macam kekok plak nak berbicara..Tak tahu nak berceloteh apa..Dah tu bila muncul, terus tayang iklan ala-ala selesgirl nak naikkan ranking jualan plak..Aikkkkkkk....Lama menghilang ni dah tukor profesion ker..?

 

Taklah...Since Sue tayang Takoyaki Pan Sue tak lama dulu, macam ramai yang bertanya camne nak dapatkan benda alah tu kat Malaysia ni, disebabkan Sue kirimnya dari kawan yang kebetulan outstation sana, so tak dapatlah nak membantu...


Tapi tadi pagi, semasa mata duk menggatal meninjau2 laman web ni, tetiba terpandang tang promosi ni dan tetiba plak terlintas di hati nak share kat sini..Jadi jangan salah faham tauuuuuu..Sue tak jual atau supply takoyaki pan ni..JUST SHARE THE INFO jeeeeeeee.........

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday ~Beryl's Chocolate Sale

Setiap tahun tunggu saat ni terutama bila menjelangnya Hari Raya Aidilfitri dan Chinese New Year...

Saturday, December 17, 2011

Samaria Cutlery Warehouse Sales

Assalamualaikum...

Hari-hari minggu di penghujung tahun ni jommm kita cuci mata sambil-sambil tu clearkan syiling-syiling kat poket ngan mengunjungi pelbagai jualan gudang yang duk melata sekarang ni..Biasalah, bila akhir tahun jeeeee sana sini tak sunyi ngan banner2 jualan gudang...Samada ia benar-benar murah atau sekadar ayat-ayat pemanis dari pembekal dan peniaga, hanya kita sebagai pengguna yang harus bijak menilai dan mengambil peluang.....

Bagi yang berada di sekitar Shah Alam, kalau ada masa dan kelapangan, jommmm lah jenguk2 ke sana....(Amaran, ni iklan tidak berbayar......ha ha ha ha ha)

http://www.bigsale.com.my/images/user/4253/Adv/20628/samaria-factory-outlet-sale.jpg

Aceli ni bukan pomotion atau dengan niat nak menunjuk-nunjuk yaaa...just nak share info jeee..Iyalah, bila mengenang dengan adanya info yang sama-sama kita kongsikan diblog-blog sekurang-kurangnya dapatlah kita mewarwarkan kepada kawan-kawan kita yang kebetulan berminat atau menunggu even macam ni...atau sekadar mengambil peluang, especially bila teringat beberapa post rakan maya seperti yang pernah dibuat Kak Ros@Sinaran Menu yang berjaya menjentik keinginan Sue untuk terus merempit ke kitchenWare@Giant Putra Height maupun Mama Aqish yang paling rajin mewarwakan perihal sale2 ni seperti karnival jualan coklat yang buat Sue terpanggil untuk mengangkut sekotak coklat yang isinya hanyalah sesuku dari saiz kotak..ha ha ha ha tengok kotak macam gempak jeeeeee......Tak pun pasal promo dutchlady untuk tiket wayang tuuuuu........Dan ini sebahagian saja dan banyak lagi info2 sale yang Sue dapat dari blog tapi tak terlink..Maafff ya....

Alamakkkkkkkkk...Intro yang wat orang ngantukkkkkksssss pula...Oklah....Jom-jom kita cuci mata siket ngan beberapa perkakasan yang berjaya melompat ke kereta dan seterusnya di ucapkan selamat datang ke tempat tinggal yang baru di gobok buruk ku itewwwwwwwwwwwwww.....

Ni barang pertama yang Sue cari...Sebenarnya Sue memang tahu setiap akhir Tahun Samaria adakan cutlery sale, jadinya memang Sue sengaja tunggu sale ni untuk dapatkan satu set stanby untuk hari2 special..Asalnya tak terfikir yang macam ni, cuma yang biasa2 je, tapi dah kebetulan murah dan materialnya pun Ok so rembat gak 1set..dalam hati ada gak macam nak ambil 2 set, tapi tak pelah, memadailah 1 jeeeee


Dah dapat cutlery 1set tu, mata duk gatal meninjau-ninjaulah plak sekitar tapak jualan tu..Biasalah..setiap tinjauan pasti nak gak hasilnya..Tertangkaplah ikan ni sekor..Tak tau mahal ke murah, seramik.....Kalau saiz tu memang besar segedabang boleh muat siakap 2kg kottttttt....Kalau setakat kukusan biasa2 memang tak muatlah....Nak tangkap ni sekor, bukan senang gak...angkat letak angkat letak gakkkkk...Tak tau berbaloi tak, tapi nak buat macamana...Umpan baekkkk punya..Nak gak dia masuk tangguk....


Dah nak balik dan bayar tu....Tang tang tu juga mata ni nak tersangkutttt lah pulak kat clearence sale corner niiiiiii.....Sekilas pandang ternampak ni.....Melamine jeeee...Agak besar, sesuailah kotttt nak wat buh kerabu..Tapi kena time makan meramailah beradap, kalau setakat berdua tu...besor sangat nak guna ni.....


Itu sekali pandang, dah dua kali pandang....Sangkut yang ni plakkkkkkkkk...Melamine gak....Takpelah kurang bergaya pun nak wat buh hidangan time makan-makan...Sebab kalau time2 macam tu...Mesti ramai anak2 wek yang duk dung gedang dung gedang.....Taklah seriau sangat tuan rumah nanti.....Ha ha ha ha....


Haaaaa dah dua tiga kali pandang, time nak rembat ni, awas siket..kena berkali-kali pandang..Sebab dia kat clearence stock corner..Kena perhati betul-betul cacat cela dan bilangan isi rumahnya..Pasal yang main lambak macam ni, kadang-kadang ada anak yang tercicir.....Jadi mata kena buka besar-besar siket dan pastikan asas matematik kukuh..Alah tak payah advance sangat..Setakat boleh mengira 1 sampai 6 kemudian darapkannya dengan 4.....tengok cukup tak 24 pcs campur lagi satu bekas dia jadi 25 pcs/set...... ^__^ Ehemmmmm..Kuality anda sendirilah yang menilainya..sebab campur2 semua gred barang..Alhamdulillah, set ni lengkap walau kaler kurang di hati, tapi kualitinya kalau kat luar rasanya dalam RM29 sampai kotttttt......Kalau setakat nak makan berlauk ayam/daging tu InsyaAllah tak bengkoklah garfunya


Haaaaaaa...Last but not least, ini yang terakhir Sue angkut....Tapi ni tak masuk harga pasal cashier tu kasi free je masa buat pembayaran......

Sooooo..ada yang berminat....? Cepat-cepat serbu...Tapi awal2 Sue cakap, jangan berharap yang tinggi-tinggi sangat nak macam-macam, sebab tempatnya hanya sekangkang kera dan barangan yang dioffer pun agak terhad dan potongan harga pun bukanlah giler-giler sangat..Itu pada penilaian dan pandangan mata kasar Suelah....Sebab lain orang lain pendapatnya kan..Kalau tak, tak kan ada antara pengunjung yang sanggup borong giler2...Maybe mereka lebih arif tentang gred dan nilai pasaran sekarang.....Mana taukan.....

Wednesday, April 13, 2011

Hidangan Kegemaran Dari Dapur Tunku

Salam dan selamat pagi......Pagi ni tarak sarapan nak dihidang tayangkan tapi kita cuci-cuci mata siket..Boleyyyyyy...? Kalau tak suke takpe, tuan rumah tak marah....

Ha ha ha ha ha...Lately ni tuan rumah asyik dok tayang hasil shopping dia jeee kan....? Actually bukanlah nak menunjuk-nunjuk jauh sekali nak bangga diri sekadar berkongsi info je...jangan salah paham yaaaaa.....

Haaaaa...Ni kisah Sabtu yang lepas, after work terus je tergegas ke Giant Bukit Kemuning untuk ke ATM bagi pembayaran kereta..Dan sememangnya niat di hati pun, lepas buat bayaran nak merayap jap kat dalam tu, tinjau-tinjau apa-apa yang patut untuk bahan baking...Mana taw, boleh tambah-tambah stok yogurt ke, tak pun cari spegatti/macaroni atau apa-apa jelah yang berkaitan, paling koman pun cari stok makanan kering untuk kudapan kat opis...Ha ha ha ha ha...

Dah settle semua urusan, terpandanglah satu kedai buku yang tengah buat sale...Alang-alang tu masuk jap, tengok apa yang sale kat sana..Pusing sana sini xde yang berkenan...So putuskan untuk balik saja....

Dah namanya mata keranjang kan...Time nak keluar tu, mata sempat lagi jeling-jeling, mana tau ada yang terlepas pandang tadi...Haaaa kan dah cakap, mesti ada yang termiss punya..



Tiba-tiba terpandang buku ni, tapi disebabkan dia dirak 'normal price' so sekadar gatal tangan nak belek-belek jelah..Biasalah kan, kalo buku-buku yang macam gini mesti harga tinggi punya....

Tapi bila tengok harganya, rasa macam tak percaya pula....Pasal biasanya kalau keluaran syarikat ni, kebanyakan buku dia mesti dalam tangga RM50 dan ke atas......Lagikan buku hasil air tangan Chef Wan pun boleh cecah RM60 dan ke atas sebiji (Keluaran syarikat sama) inikan pula atas nama tokoh ternama tanah air, Bapa Kemerdekaan kebanggaan kita rakyat Malaysia...Tapi pada firasat Suelah, ni harga best buy kotttttttt...Hari biasa takkan boleh dapat buku berketebalan 167 muka surat ni dengan harga serendah ini...Setuju tak....?



"Dont judge book by it price cover" Haaaaa..dah belek-belek isi dalamnya, memang best koleksi resipinya, dan ditekankan di sini ia amat sesuai untuk sesiapa yang bercitarasa ala kampung sebab kebanyakan paparan resipinya bertemakan ke arah itu...Dan ia adalah hasil nukilan dari anakanda dan anakanda saudaranya untuk dikongsi dengan kita semua...

Dan cam biasalah..kalau buku-buku cenggini mesti ada glosari dan paparan sukatan metrik...Amat sesuai untuk rujukan...(Jangan pandang remeh benda canggini, dulu-dulu masa baru nak mengenal dapur, capsicum pun Sue tak kenal.....)

Saturday, April 9, 2011

Menu Kitchenware Clearence Stock Sale

Salam dan selamat pagi buat semua yang sudi jenguk-jenguk kat sini....Waahhhhhhh..Pejam-celik-pejam celik dah hampir pertengahan bulan April yaaa kita..Terasa cepatnya masa berlalu.....

Lately ni macam tak banyak sangat entry makan-makan kan..? Almaklumlah, sekarang ni tukang masaknya dah ala-ala topsy-turvy Mama (Psstttt..kak TTM pinjam nama jap...) Dah tak cukup kaki tangan dahhhhh..Jap-jap kejar ke sana, pahtu lari ke sini pula, then jerit situ..Dah tunggang langgang dah jadinya...So masak pun main sempat dan nak cepatttt jeeee...kadang2 main goreng-goreng ikan@ayam@telur then cicah ngan kicap jeeee....(cheh cheh orang dengar pun macam sadisss je kan...? kah kah kah...)

Tapi dalam pada tu, sempat juga ya terbang sana sini..Ha ha ha ha.....Bersinggah jap jeeee.....(Sempat tu pasal sekarang dah start kerja, kalo dari rumah nak keluar semata-mata tu takdelah)

Haaaaa....cerita pasal singgah-singgah ni, last week time blogwalking kat Rumah Kak Ros, kelabu mata jap tengok loyang-loyang kat sana....Actually dah lama aim yang patern bunga tu (tapi sebelom ni jumpa yang silicone-xmampu-pendam rasa@hasrat) ... So bila nmpak ada clearance stock tu, cuba-cuba gi sana, tengok2....Hajatnya nak rembat yang tu jeeee...tak sangka lah ia jadi satu pakej pula (Beli satu, yang lain pun nak ikut balik jugeeee) Waaaaaaaaaaaa........Menci.......

He he he..panjang pula citernya...Jommmm kita cek senarai ahli rombongan yang ngada-ngada nak ngikut balik tuuuuu


Dah lame aim patern ni, tapi sebelom ni jumpa dalam versi silicone



Bila tengok ni, ambik-letak-fikir-ambik balik-letak balik-fikir balik...(kejadian yang sama berulang-ulang selama berkali-kali) "Tak beli kannnn, balik nanti mimpi-mimpi pula" Ha ha ha ha ha



Bila tengok loyang ni, terus teringat kat kuih ni.. (Cheh cheh cheh..alasan semata-mata)
Dulu pernah survey acuan ni, lebih kurang hampir2 RM3 jugalah sebiji...



Gingle bell pun gingle bell lahhhhh....Agak-agak kalo wat bahulu OK gak kotttt, pasal patern dia pun xlah dalam sangat....Ha ha ha (Banyaklah ko punya bahulu)



Basic patern...sesuai untuk egg tart juga ni....



Dah tak taw nak bagi alasan apa lagiiiii....Dah kering idea....Ha ha ha ha

Monday, April 4, 2011

Coklat Karnival

Salam..Dapat Info dari sini... Thanks Mama aqish...

Memandangkan Sue dah pun start masuk opis time tu, jadinya hanya ada satu pluang je nak jengah ke sana, iaitu hari sabtu, itupun dalam masa sejam stengah jeeeeeeee....Pasal hari sabtu kerja halfday until 1.30pm...Then jualan tu pula tamat jam 3.00pm...

Cheh cheh cheh...Bila tiba je waktu yang ditunggu..Mulalah Mak Cik ni kecoh-kecoh dok google sana sini search jalan....Iyalah kan, dahlah tak taw jalan tapi gatal gak nak gi sana pah tu, dari Klang pula tuuuuuu...Buat2 tak sedar diri kannnnn....

v
v
v
v
v
v
v

Kringggggggggggg......Belum sempat siren berhenti, MakCik ni apa lagi terus jadi penyandang utama gi thump print punch card dan dengan penuh berhemahnya meredah lebuh raya menuju destinasi..Ha ha ha sempat isi minyak lagi tu untuk bekalan hayat...

Alhamdulillah....Dalam pukul 2.20pm lebih kurang berjaya juga akhirnya MakCik ni menjejakkan kaki ke tapak project...Setelah sesatmelalui beberapa siri acara ukur lorong...

Bila nampak hasil tuaian ni macam gempak dan sakan jeeee kannn Mak Cik ni berkebun.....


Tapi hakikatnya.....ngeh ngeh ngeh


Beberapa karung ketul ni je yang Mak Cik ni angkut wat balik


Selebihnya adalah kotak bungkusan gedabang ngan formnya sekali yang dah selamat masuk tong sampah.



Oklah..Sampai sini dulu laporannya...Kita beri peluang Dinasor Biru ni menikmati keenakan hasil tuaiannya dengan amannnnnnnn....


Pah ni kalo putus jarum penimbang, kita saman pula Mama aqish pasal dialah penyebab segalanya..Oooppppppssss Jgn mareee ya Mama, gurau jeeee....Kita settle luar mahkamah boleyyyyyy.....? Nanti kita bagi upah........Setuju....?

Thursday, December 24, 2009

Don't Judge Book by Its Cover...

Alamakkkkkk...Tajuk omputeh lah pulakkk malam-malam buteee nii....

Keh keh keh..Agak² sesuai tajuk tak ni...? Belasah jelah....

Ni semua kes kemaruk yang melampau lah ni...Itulah, nak kejor harga promosi kunun-kunun....Last-last gini jadinya......Mungkin ni balasan tuhan kottt, suh kuor zakat... Zakat buku... Kenapa...? Pasal dah terlebeyyyyy....keh keh keh...

Buku² ni aku ambik kat PBS Sunway Pyramid..Pasal semua buku (yang berkenaan) diseal, jadi tak bolehlah jalankan aktiviti belek membelek..First² aku dah tahu isi kandungan yang salah satu tu pasal dah pernah tengok kat PBS iOi..Tapi pasal lusuh sangat, aku pun takde mood lah nak beli kat sana..Walau dia juai murah...

Then bila aku gi Sunway, jumpa pula buku yang sama..Tapi kat sebelahnya ada lagi satu buku, sama tajuk, publishing dan siri, cuma cover je yang berlainan...Dalam pala ni confuse gak...Thah lah kenapa, kali ni aku jadi mithaliiii sangaaattttt..(Biasa aku selalu curi² buka seal kat kedai buku pasai nak tengok isinya~iyalah kalau beli then tak best nak baca pun tak guna juge kan?) Kebetulan pula display book tak tau kemana...Jadinya akuu terus ambik dan bayorrr..

Bila sampai rumah, terus aku koyak seal kedua² buku tersebut...

Supriseeeeeee....

Waaaaaa.....Content dieee sameeeee...Cuma cover je yang tukor..Tipu Tetipah betoi lah aku niiii

Cetakan pertama (2001) - Amboiii Chef, panjang sengih, sampai ke telinga...
(Sengih ada makna tuuuu)



Cetakan kedua (2006)

Buku Masak Chef Profesional

Hari ni takdak citer-citer pasal makanan pasal 2~3 hari ni masak yang besa² je...Sayur bening/kacau goreng then goreng² either ikan or sayur..Jadi malaslah nak stick kat sini.....

Tapi kite citer pasal buku masakan pula..Janji ada nada-nada masakan....Aci tak?

Skrg aku tgh dok meroyan (tapi masih tahap pertama, belom kritikal lagi tauuuu) kumpul buku masakan siri "buku masak chef profesional"...Kenapa...? Jawabnya sonang ajoooo....Pasal murah.... Sekarang ni sehingga 31.dis.2009 Popular Books Store (PBS) buat promosi buku ni pada harga RM9.90 sebiji...Harga asal lebih kurang RM39.99 kotttt...

Mulanya aku ingatkan promosi ni kat PBS Bukit Tinggi Klang jeee....Tup-tup kat semua PBS.Disebabkan ari tu aku ketinggalan beberapa siri, jadi aku pun memulakan operasi penjelajahan aku kat semua PBS...Abis semua PBS yang terdekat aku gii...PBS iOi, PBS Sunway Pyramid, PBS Summit & PBS Bukit Raja Klang... (Tapi kat Summit & B.Raja Klang takdak promosi ni)

Almahdulilla, setelah membuat beberapa siri penjelajahan, akhirnya berjaya gak aku mengumpul beberapa siri tersebut..Antaranya

Belum sempat belek-belek lagiii...


Suke citarasa Thai, penyediaan pun taklah rumit sangat..Tapi kebanyakan bahan² masakannya sukar di dapati kat sini


Ok gak..Tapi dah tak jadi vegetarian lahhh kat dapur aku ni...Semua ayam buatan, ikan buatan, daging buatan dan apa² saja yang buatan aku main belasah yang betoi-betoi lahhh...


Punca aku berBBQ giler-giler satu hari satu malam....Wah ha ha ha...Rahsia terbongkar...Semangattt bebbb....


Keh keh keh .... Tapi pagi² tak lepas gak gi belasah nasi lemak mak cik gerai kat depan opis..Dia dan mendereemmmm kootttt....


Yang ni koleksi nyemak almari.....Pasai.....? Rajin nya belum mari² lagi


Yang ni pula...? Jangan di tanyaaaaa....Tunggu breadmaker dari C.Hubby.....Bila erk boleh dapat...?

Dan sekarang ni (tengok tuuuu, tak puas hatiiii lagi tuuuu) masih lagi duk intai² lagi tiga topik..Belum jumpa² lagi ni...Harap² sempatlah sebelum tahun baru ni ya...?

Santapan Melayu Asli
Ismail Ahmad


Kuih Melayu Manis dan Pedas
Norzalina Nordin

Hidangan Cepat & Mudah
Celine J. Marbeck

Dan diakhir cerita.....Macam nilah jadinya

Suami Budiman :- "Buku masak berkoyan-koyan, bilaaaaa laahhhhh nak merasa ya...?"

Isteri Mithali :- "Buku masak ajeee berkoyan-koyan...Bahan2 tadak, tak gunee jugeee..."

Suami Budiman :- "Nanti abang bagi 50 hinggit wat beli barang"

Isteri Mithali :- "50 hinggit mana cukup, barang makan sekarang bukan seposen dua"

(Dahhh keluar nada-nada ketamakan...kih kih kih)

Isteri Mithali :- "Abang,Kalau barang ada pun tak semangat gak nak buat..."

Suami Budiman :- "Alasan lah tuuu?"

Isteri Mithali :- "Bukan alasan, betul² ni.Oven tu, tak bestlah, dah kena upgrade, tak byk function, mixer tak cukup power, bla bla bla....."