Wednesday, April 13, 2011

Hidangan Kegemaran Dari Dapur Tunku

Salam dan selamat pagi......Pagi ni tarak sarapan nak dihidang tayangkan tapi kita cuci-cuci mata siket..Boleyyyyyy...? Kalau tak suke takpe, tuan rumah tak marah....

Ha ha ha ha ha...Lately ni tuan rumah asyik dok tayang hasil shopping dia jeee kan....? Actually bukanlah nak menunjuk-nunjuk jauh sekali nak bangga diri sekadar berkongsi info je...jangan salah paham yaaaaa.....

Haaaaa...Ni kisah Sabtu yang lepas, after work terus je tergegas ke Giant Bukit Kemuning untuk ke ATM bagi pembayaran kereta..Dan sememangnya niat di hati pun, lepas buat bayaran nak merayap jap kat dalam tu, tinjau-tinjau apa-apa yang patut untuk bahan baking...Mana taw, boleh tambah-tambah stok yogurt ke, tak pun cari spegatti/macaroni atau apa-apa jelah yang berkaitan, paling koman pun cari stok makanan kering untuk kudapan kat opis...Ha ha ha ha ha...

Dah settle semua urusan, terpandanglah satu kedai buku yang tengah buat sale...Alang-alang tu masuk jap, tengok apa yang sale kat sana..Pusing sana sini xde yang berkenan...So putuskan untuk balik saja....

Dah namanya mata keranjang kan...Time nak keluar tu, mata sempat lagi jeling-jeling, mana tau ada yang terlepas pandang tadi...Haaaa kan dah cakap, mesti ada yang termiss punya..



Tiba-tiba terpandang buku ni, tapi disebabkan dia dirak 'normal price' so sekadar gatal tangan nak belek-belek jelah..Biasalah kan, kalo buku-buku yang macam gini mesti harga tinggi punya....

Tapi bila tengok harganya, rasa macam tak percaya pula....Pasal biasanya kalau keluaran syarikat ni, kebanyakan buku dia mesti dalam tangga RM50 dan ke atas......Lagikan buku hasil air tangan Chef Wan pun boleh cecah RM60 dan ke atas sebiji (Keluaran syarikat sama) inikan pula atas nama tokoh ternama tanah air, Bapa Kemerdekaan kebanggaan kita rakyat Malaysia...Tapi pada firasat Suelah, ni harga best buy kotttttttt...Hari biasa takkan boleh dapat buku berketebalan 167 muka surat ni dengan harga serendah ini...Setuju tak....?



"Dont judge book by it price cover" Haaaaa..dah belek-belek isi dalamnya, memang best koleksi resipinya, dan ditekankan di sini ia amat sesuai untuk sesiapa yang bercitarasa ala kampung sebab kebanyakan paparan resipinya bertemakan ke arah itu...Dan ia adalah hasil nukilan dari anakanda dan anakanda saudaranya untuk dikongsi dengan kita semua...

Dan cam biasalah..kalau buku-buku cenggini mesti ada glosari dan paparan sukatan metrik...Amat sesuai untuk rujukan...(Jangan pandang remeh benda canggini, dulu-dulu masa baru nak mengenal dapur, capsicum pun Sue tak kenal.....)

3 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Hai su, sue dapat resepi kegemaran dia ya. Kak.Ros dapat 2 dari cicit dia (2 dari cicit Tunku ada kat tadika akak.)Tengok gambar hari jadi puteri jenna and Megat Rayan kat blog tadika akak.Gambar cicit-cicit dia la tu.

Sue @ Nenie said...

Waaahhhhhh....bestnya dapat tangkap dua dari cicit Tunku...Nanti saya gi zoom sana

Fazira Albaijure said...

baru dpt sebuah. kwn sy bg hadiah, beli di klibf ;)

sy copy gmbr utk pos kat blog sy ye..