Monday, May 13, 2013

Puding Ice-Cream Oreo

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Fuhhhh...Memang bersawang gilerrrrrlah kat rumah ni..Lama sangat tuan rumah tak jamu para pengunjung sini ngan resipi2 terbaru...

memang sekarang dah lama tak bereksperimen..klu ada pun masak yang simple2 jeeee dan biasa-biasa je macam ayam masak kicap, masak merah, sayur bening atau paling rajin goreng ayam...Jadi seganlah plak nak tayang kat sini..

Dan untuk resipi ni, dah lama simpan dan kebetulan last week anak saudara ada buat birthday untuk anak dia..So tak tau nak bawa apa, jadi ambil kesempatan buat puding ni..Gambar pun sempat snap kat meja hidang jeeee...Yang keratan rentas punya.....Tarakkkkk....

Dan ada sedikit kesilapan teknikal semasa penyediaan pudding ni..Iaitu lepas memasukkan biskut Oreo yang dikisar, Sue kacau terlalu lama sehingga akhirnya biskut tu larut bersama pudding, so takde ilustrasi bintik-bintik Oreo seperti yang diharapkan..Hu hu hu hu sedeyyyyyy tapi rasa dia tetap sedappppp dan bercreammmmm..Sukeeeee...Nak buat lagi rasanya..InsyaAllah...kebetulan next week ada jamuan Hari Guru kat Kinder Sara dan Yaya..bolehlah buat lagi tapi buat dalam acuan kecil dan pack secara individual.....

PUDING ICE-CREAM AREO

Untuk lapisan coklat tu, sebelum memasukkan biskut Oreo, Sue ketepikan 1 cawan adunan..Jadi adunan asal Sue masukkan Oreo kisar dan adunan agar2 yang 1 cawan tadi Sue masukkan serbuk Milo dan sedikit serbuk koko...Bila Adunan pertama hampir beku, tapiskan Adunan Milo di atasnya...

BAHAN-BAHAN
Bahan-A
  • 25g agar2 bertali ( dipotong kecil2)
  • 1250ml air
  • 1 cwn Gula

Bahan-B
  • 1 Tin susu cair
  • 1 Sudu teh esen Vanila
  • 1 Biji telur
  • 1 cup Ice Cream ( 5/6 scoop ice cream) 
**apa2 perasa ice cream pun boleh**

Bahan-C
  • 1 Bungkus Biskut Oreo ( dikisar halus)
PENYEDIAANNYA

  1. Masak Agar2 bertali dengan 1250ml air sehingga larut...
  2. kemudian masukkan gula...kacau sebati sehingga gula hancur
  3. Sementara itu, blendkan kesemua bahan-B iaitu telur, susu cair, Ice Cream dan Esen Vanila
  4. Kemudian masukkan ke dalam adunan agar2 yang dimasak tadi....
  5. Kacau rata dan akhir sekali masukkan Biskut Oreo yang telah dikisar...kacau lagi biar sebati ye...dah sebati, tutup api...
  6. Sediakan Loyang...Tuangkan adunan & sejukkan dalam Freezer...dah siap!


Note : Untuk ingatan sendiri..Selepas masukkan biskut Oreo, kacau sekejap sahaja sekadar untuk meratakan..Jika kacau terlalu lama, biskut tersebut akan hancur dan larut bersama Puding tersebut dan hasilnya tidak akan mendapt bintik2 biskut seperti tuan punya resipi

22 comments:

JaSSNaNi said...

lawaaaaaa sangatttt... nak potong pun cam sayang.. perfect tul lah.. kalau wat hantaran letak bunga sejambak tengah2 tu.. pun kelas... kan..

fazianbatrisyia said...

sedap tu...nak try la buat...bila rajin nanti...Skrg ni kalau boleh nak kemas rumah jek...kalau dah mengemas tu dapur cam malas nak berasap jek...teruk kan...

Sue @ Nenie said...

Jassnani..Thanks..dan sedapppp juga... ^___^

Fazian..Samalah..kdg2 bila dah penat kemas2 tu yang semangat nak memasak selalu merundum tu...Especially yang bekerja, hujung minggu tu lah klu boleh nak disettlekan segala bagai..sampai 24jam pun rasa tak cukup.....

Gee® said...

Sedapnyaaaaa....

hazila said...

Akak suka dessert yang lembut macam ni.

ady said...

as-salam
sedapnye dessert ni..ada ice cream..sedap dimkn sejuk2..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Wah memang mengancamlah tayangan gambar puding ice cream oreo tu Shue tu ... Tergoda sudah :D

Amie said...

Kabare Sue... memang macam lama tak baca entri terbaru Sue he heheh... cantik betul warna kelabu areo puding tu Sue... unik!

yan's cottage said...

Assalamualaikum Sue....

memang nampak sedap dan menyelerakan lah Sue....tq kongsi resepi...

HALAMANKU said...

Salam kak Sue.. sedapnyer.. nyaman lalu kat tekak neh.. nyum2

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Sue.
Terima kasih ya for yr wish..
Cantiknya bentuk puding ni bila dah dikeraskan dalam silicon mould tu.. K Naz lama dah nak buat puding oreo ni tp setiap kali beli biskut oreo tu, mesti habis dimakan anak2 ..hihiii..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sue, musim panas ni sedap la dapat makan puding..

fazianbatrisyia said...

sy dah cuba...tq...sedap

Sue @ Nenie said...

Salam...

Kak Gee..ada masa boleh cuba..InsyaAllah menepati selera..

Kak Hazila..Ohhh akak kan penggemar pudding dan dessert...Ada masa bolehlah cuba..Sedappp

Ady...Betul...Ada rasa bercream siket apatah lagi makan time sejuk2

Sue @ Nenie said...

Kak Nurhayati...he he he he ada yang tergudaaaa..lepas ni, boleh cuba bereksperimen..

Kak Amie..betul tu...Budak2 tengah melasak, dah tak sempat nak berlama2 kat dapur..selalu masak simple2 jeee...pastu seganlah plak nak buat tayangan amal kan.... ^___^

Yan cotage...Thank youuuu...

Sue @ Nenie said...

Erma..Sesuai sangatlah time cuaca panas macam ni kan...

Kak Nadz..he he he he...sama-samalah kita...selalu pun sebelum bahan utama jadi kuih dah masuk mulut dulu...

Kak Ros..betul...betul...betul...

Sue @ Nenie said...

Fazian..Alhamdulillahhh...suke mendengarnya..terima kasih juga pada tuan punya resipi

QA's ~ mamapapa said...

sedapnye... salam kenal..jmputla follow kmbali n jenguk entry trbaru sy :)
http://theqas.blogspot.com/2013/05/its-teachers-day-of-2013.html

zila norazila said...

Slm syg sue..mmg ssuai dgn cuaca yg pns skrg ne..nmpk sedap sgt sue..mesti lmbut jew kn..mould pn cntik..

Nadz Nazharzan said...

Sue...oooooo...sue... Di manakah anda menghilang??? Puding tu dah abis dimakan. Nak yg lain pulak..

Uda said...

Sue....sedapnya, dah lama tak memuding ni!!!!

Qasey Honey said...

wah sedapnya...laju aje masuk ke tekak ni klau dpt..