Thursday, December 24, 2009

Buku Masak Chef Profesional

Hari ni takdak citer-citer pasal makanan pasal 2~3 hari ni masak yang besa² je...Sayur bening/kacau goreng then goreng² either ikan or sayur..Jadi malaslah nak stick kat sini.....

Tapi kite citer pasal buku masakan pula..Janji ada nada-nada masakan....Aci tak?

Skrg aku tgh dok meroyan (tapi masih tahap pertama, belom kritikal lagi tauuuu) kumpul buku masakan siri "buku masak chef profesional"...Kenapa...? Jawabnya sonang ajoooo....Pasal murah.... Sekarang ni sehingga 31.dis.2009 Popular Books Store (PBS) buat promosi buku ni pada harga RM9.90 sebiji...Harga asal lebih kurang RM39.99 kotttt...

Mulanya aku ingatkan promosi ni kat PBS Bukit Tinggi Klang jeee....Tup-tup kat semua PBS.Disebabkan ari tu aku ketinggalan beberapa siri, jadi aku pun memulakan operasi penjelajahan aku kat semua PBS...Abis semua PBS yang terdekat aku gii...PBS iOi, PBS Sunway Pyramid, PBS Summit & PBS Bukit Raja Klang... (Tapi kat Summit & B.Raja Klang takdak promosi ni)

Almahdulilla, setelah membuat beberapa siri penjelajahan, akhirnya berjaya gak aku mengumpul beberapa siri tersebut..Antaranya

Belum sempat belek-belek lagiii...


Suke citarasa Thai, penyediaan pun taklah rumit sangat..Tapi kebanyakan bahan² masakannya sukar di dapati kat sini


Ok gak..Tapi dah tak jadi vegetarian lahhh kat dapur aku ni...Semua ayam buatan, ikan buatan, daging buatan dan apa² saja yang buatan aku main belasah yang betoi-betoi lahhh...


Punca aku berBBQ giler-giler satu hari satu malam....Wah ha ha ha...Rahsia terbongkar...Semangattt bebbb....


Keh keh keh .... Tapi pagi² tak lepas gak gi belasah nasi lemak mak cik gerai kat depan opis..Dia dan mendereemmmm kootttt....


Yang ni koleksi nyemak almari.....Pasai.....? Rajin nya belum mari² lagi


Yang ni pula...? Jangan di tanyaaaaa....Tunggu breadmaker dari C.Hubby.....Bila erk boleh dapat...?

Dan sekarang ni (tengok tuuuu, tak puas hatiiii lagi tuuuu) masih lagi duk intai² lagi tiga topik..Belum jumpa² lagi ni...Harap² sempatlah sebelum tahun baru ni ya...?

Santapan Melayu Asli
Ismail Ahmad


Kuih Melayu Manis dan Pedas
Norzalina Nordin

Hidangan Cepat & Mudah
Celine J. Marbeck

Dan diakhir cerita.....Macam nilah jadinya

Suami Budiman :- "Buku masak berkoyan-koyan, bilaaaaa laahhhhh nak merasa ya...?"

Isteri Mithali :- "Buku masak ajeee berkoyan-koyan...Bahan2 tadak, tak gunee jugeee..."

Suami Budiman :- "Nanti abang bagi 50 hinggit wat beli barang"

Isteri Mithali :- "50 hinggit mana cukup, barang makan sekarang bukan seposen dua"

(Dahhh keluar nada-nada ketamakan...kih kih kih)

Isteri Mithali :- "Abang,Kalau barang ada pun tak semangat gak nak buat..."

Suami Budiman :- "Alasan lah tuuu?"

Isteri Mithali :- "Bukan alasan, betul² ni.Oven tu, tak bestlah, dah kena upgrade, tak byk function, mixer tak cukup power, bla bla bla....."

2 comments:

LOVE2COOK said...

Wow, nice collections of recipe books! Love pun got so much of recipes books, tapi semua tgh tidur kat shelf! hehex!

Whoa selongkar semua PBS erk??? Love gi PBS BBT jer sometimes! Punyalah lama duk korek buku2 kat situ. Ada member kad lagik kan, ape lagik! ;) Sometimes Hubby kena dtg panggil, baru Love keluar! hahaha! ;)

Sue @ Nenie said...

Samalah....

Buku resipi lama sue pun banyak yang tidur juge....

Love, ni selongkar semua PBS pasal nak kejar harga promosi ni jeee..Kalau hari² biasa, saya pun gi kat B.Tinggi juga..Dekat ngan rumah dan opis...