Aku suka pasal time nilah banyak jualan penghabisan stok...Senang cerita kalau nak banding antara sales dalam bulan-bulan/sempena perayaan lain, sales hujung tahunlah yang paling murah..Pada aku lah...Apa tidaknya sana-sini buat potongan 70% sampai tak hinggat...Bulan lain pun ada tapi itemnya terhad...Tapi dalam duk giler-giler nak bershopping tu kena lebih teliti pasal tak semua benda yang sales dan murah murah itu menguntungkan...Kalau tak hati-hati hasilnya nanti tak memuaskan hati...Last-last tak dapat tidur malam pasal duk termimpi-mimpi dan kat telinga ni terngiang-ngiang je irama Tipah Tertipu itewwww...
Tapiiiii bab yang paling seramnya....Tabung akulah....Kesian dia...Dalam duk chubby-chubby, bak kata orang comel lote lah...Tetiba pula bertukar kurus kering...Wa ha ha ha ha ha ha....Tabung ke tuannya yang kurus kering....? ( kih kih kih aku ni kategori kurus kering ke...?)
Ok kita tinggal dulu kisah orang tak boleh control nafsu shopping nya itewww..Apa kata kita teropong apa yang di tinjau-tinjau (samada sengaja & tak tersengaja) oleh orang ni sepanjang promosi-promosi hujung tahun ni....
Ni satu kisah tak tersengaja...Semalam lunch hour, kaki ni duk lajuuuu je melangkah ke Jusco Bukit Tinggi Klang..Niat hati tu nak renew JCard dan Popular Privillage Card...Itew je...
First gi ke masuk Jusco jap, renew JCard..Settle...Pah tu lajuuuu je jalan ke Popular Books Store (PBS)...Dah tak toleh kanan kiri lagi dah...Godaan semua tuuuu...
Akhirnya selamat gak sampai ke PBS (Chewwaaahhh, macam jauh je..Padahal kat pintu keluar Jusco tingkat-2 je).Terus ke kaunter, renew membership card...Settle...Dalam hati dah target nak balik awal ni...Niat hati kali ni dah tak nak singgah mana-mana lagi dah...
Tapi nama lagi mata keranjang...Dalam duk nak keluar tu mata ni tersangkut gak kat satu bahagian di mana dia buat jualan buku ngan harga promosi...Tak perasan pulak bila, tiba-tiba aku dah tercegat kat siteww...(Chess alasan semata-mata)..
Dan tang-tang tu juga mata@hati aku ni tertawan kat satu himpunan buku masakan ni...RM9.90 sebiji...Kebanyakannya menu antarabangsa tapi dah ditranslete ke bahasa melayu...
Awalnya tak nak beli pasal time sales kat Summit Tingkat-4 itu hari aku dah borong buku giler-giler~chesss, bukan borong giler2 tapi sumbat bakul giler2 pah tu yang berbakul-bakul tu tak semuanya sampai ke kaunter punnn.. (buku untuk anak aku)... 70% kan....Sape tak tergoda....
Tapi dalam tak nak tu tangan ni gatal lagi....ambik...belek-belek...
Ulasannya pun detail...Ada penerangan yang terperinci untuk setiap bahan dan peralatan yang digunakan...Kalau beli ni memang berbaloi-baloilah...Kena ngan harga tu..Sebab sebelum ni memang pernah survey buku-buku masakan cam gitu...Harganya jangan cakaplah, semua RM50.00 dan ke atas...
Oklah...Kita luang sikit masa lagi zoom-in apa yag ada kat dalam buku itew, sehingga berjaya merobohkan tembok keimanan aku...Ha ha ha ha ha...
Aduhhh...Setakat ni jelah ya..? Penat dah nak snap dan tunjukkan satu-satu...Bagi sikit-sikit n klu klu saja boleh yaaaa?
Ha ha ha ha..Macam promoter lah pula...Duk promosi buku ni...Bukan apa, benda yang baik kan bagus disebar-sebarkan...
Ok lah..Kita nak Chow Chi Chowwwww dulu...
No comments:
Post a Comment