Friday, January 4, 2013

Itik Masak Rempah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Salam di hari jumaat..

First time ni masak itik...main agak-agak jeee..eeeerrrrkkkk..bukan resipi agak-agak tapi tak tau nak agak berapa lama masa diperlukan untuk empukkan daging ia..adakah macam memasak ayam daging atau macam masak ayam kampung...

Tapi Sue ambil langkah selamat dengan melebihkan sedikit masa renihnya dan pastikan dagingnya lembut terlebih dahulu baru dimasukkan santan pekat...

Any komen dari sesiapa yang pernah masak daging itik.....?

ITIK MASAK REMPAH
Sumber : Majalah RASA Ogos 2011

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 ekor itik
  • 250 ml santan pekat
  • 250 ml santan cair
  • 2 batang serai ~titik
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 biji kentang ~Sue tak letak
  • * 5 tangkai cili kering (direndam air panas sehingga lembut dan toskan)
  • * 7 ulas bawang merah
  • * 5 uas bawang putih
  • * 2cm halia (kesemua bahan* dikisar/blend)
  • ** 2 sb serbuk ketumbar
  • ** 1/2 sb serbuk jintan manis
  • ** 1/2 sb serbuk jintan putih
  • ** 1 sb lada hitam serbuk 
** Sue tak ada kesemua stok bahan** dalam bentuk serbuk..Jadi Sue sangrai bahan-bahan tersebut yang dalam keadaan biji sehingga wangidan kisar dengan kisar kering sehingga membentuk serbuk
  • 60 gm kerisik
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit nisan/gula melaka
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak masak, tumis bunga lawang,cengkih,kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga wangi..Api jangan terlalu besar takut nanti bahan penumis menjadi hangus.
  2. Kemudian masukkan bahan blend* dan rempah sangrai**.Kacau sehingga pecah minyak.
  3. Masukan santan cair dan itik.Kacau rata dan biarkan selama 15 minit dan itik agak empuk.
  4. Masukkan santan pekat,serai,kerisik,daun limau purut,nisan dan garam secukupnya..Gaul sebati sehingga pekat dan itik empuk.
  5. Angkat dan sedia dihidang...

8 comments:

Amie said...

Itik memang sedap dimakan kalau kena resepinya ye Sue... biasanya kena ambil masa lama sikit bagi dagingnya empuk!

Liza said...

salam sue, akk pun suka mkn itik ni, nak2 pulak dgn nasi dagang...huhhh mmg terbaeekkk la..

Sue @ Nenie said...

Salam

Thanks Kak Amie untuk tips ni...

Kak Liza..Ohhh...klu makan ngan nasi dagang, masak gulailah yaaaaa

zila norazila said...

sedap nie sue..akk puas makan itik masa kecik2 dulu sbb family akk ada bela..tp skrg2 nie dh lama x makan..mesti sedap nie sue..

Qasey Honey said...

nk sedap la pulak itik bile dmasak gitu..tp QH mmg xreti nk mkn..klau bff mmg suka sgt ni..

mama sara nur said...

akak x penah makan itik kot he he macamna rasa ada mcm ayam tak? he he jakun le selalu telur itik je duk makan

Sue @ Nenie said...

Salam...

Kak Zila, saya plak baru sejak akhir2 ni dapat merasa itik..sebelum ni tak terfikir pun nak merasanya

Kak QH dan Kak Sara, Saya pun tak tau macamana tiba2 terfikir nak makan itik..dahlah susah nak dapat yang siap masak, so terpaksalah masak sendiri..

Fazliana Jamil said...

eerr... xpena plak mkn itik..ada rasa macam ayam tak