Tuesday, January 1, 2013

Kiuh Lapis

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kesempatan ni Sue nak ucap selamat Menyambut Tahun Baru 2013 kepada semua..Semoga kedatangan tahun baru ni membawa sinar baru dalam kehidupan kita semua...

KUIH LAPIS
Sumber Rujukan : 100 Resipi Masakan Kuih Muih Malaysia

BAHAN-BAHAN
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung ubi
  • 3 1/2 cawan santan (200 ml santan pekat+selebihnya air)
  • 1 cwn gula pasir
  • 1/2 sk garam
  • Pewarna yang disukai
PENYEDIAANNYA
  1. Tepung gandum dan ubi diayak bersama
  2. Gula dan santan dikacau sehingga gula larut sepenuhnya
  3. Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam santan tadi.Kacau rata supaya tidak bergentel.Masukan garam.Tapis.
  4. Adunan tepung di bahagikan kepada dua bahagian (Sue bahagikan kepada beberapa bahagian) satu diwarnakan putih dan satu lagi diwarnakn merah.
  5. Panaskan air kukusan sehingga mendidih.Letakkan loyang ke dalam periuk kukusan
  6. Masukkan sesenduk adunan putih,tutup kukusan dan biarkan selama 3 minit/separa masak
  7. Ulang langkah (6) dengan menggunakan adunan merah.
  8. Ulang langkah (6) dan (7) sehingga habis adunan.
  9. Kukus selama 20 minit lagi.
  10. Sejukkan sebelum dipotong.

3 comments:

Amie said...

Selamat tahun baru 2013 Sue... senyum selalu! Nak jamu mata kejap dengan kuih lapis Sue yang cantik ni...

mama sara nur said...

selamat thn baru Sue
cantiklah kuih lapis , sweet kaler
lama akak x melapis he he

Sue @ Nenie said...

Salam..

Selamat tahun baru juga buat Kak Amie sekeluarga....He he he he kuih tahun lepas tapi baru sempat tayang di tahun baru ni

Kak Sara...Saya pun lama juga tak melapis sejak percubaan pertama dulu kurang memberangsangkan...