Tuesday, November 29, 2011

Fettucini Carbonara

Assalamualaikum....

Dua tiga hari ni macam takde idea pula nak bercorat-coret kat sini..Kadang-kadang BW pun sekadar menjenguk ke tingkap dapur kawan-kawan jeee tanpa meninggalkan sebarang jejak...Betul-betul xde idea nak komen apa...Emmm jejak-jejak kawan-kawan kat sini pun tak terbalas-balas lagi..Bukan tak sudi tapi betul-betul macam tak tau nak berkata apa-apa...InsyaAllah, nanti ada masa emosi stabil Sue akan balas semua komen2 dan BW seperti biasa....

Resipi kat bawah ni pun simple-simple jee..Main instant-instant semua....Cepat masak, cepat siap dan cepat makan.....Ha ha ha ha

FETTUCINI CARBONARA
Resipi : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • ½ bungkus fettucini (lebih kurang 200 gm)
  • Minyak zaitun secukupnya..
  • 1 tin instant carbonara cream (Sue guna brand Cambell's)
  • 10 ketul cendawan butang (potong slice)
  • 10~15 biji chicken ball (Sue guna Ayamas)
  • 150 gm daging kisar (Sue guna jenama Ramly)
  • 1 labu bawang besar (potong kiub)
  • 250 ml susu segar
  • Garam secukupnya
PENYEDIAANNYA
  1. Untuk Fettucini - Rebus fettuchini sehingga lembut, tos dan lalukan di bawah air pipe seketika, kemudian titiskan sedikit minyak zaitun dan gaul sekata..Ketepikan.
  2. Untuk Sos Carbonara - Panaskan sedikit minyak zaitun dan tumis bawang besar sehingga wangi.
  3. Masukkan cendawan butang, daging kisar dan chicken ball ke dalam tumisan.Gaul sekata dan sehingga daging cincang empuk.
  4. Masukkan instant carbonara cream dan kacau sekata...Masukkan susu segar dan masak sehingga kepekatan yang diingini..Perasakan dengan garam secukupnya..(Boleh juga taburkan sedikit dried oregano~jika suka)
  5. Cadangan Hidangan ~
  • (a) Option 1 -> Setelah sos carbonara masak, tutup api.Masukkan fettucini dan gaul sekata.Masukkan ke dalam pinggan hidang dan sedia di nikmati.
  • (b) Option 2 -> Letakkan Fettucini di dalam pinggan hidang, tuang kan sos carbonara ke atasnya dan sedia di hidang

7 comments:

rahel said...

waa..sedap jugak guna fettucini ek...yang penting secukup rasa kan..

ady said...

as-salam
wahh!!berselera pulak.. yummy..

NoorMasri said...

wow..lazatnya!

Mieza said...

sue..baru 2-3 hari lepas kak mieza nampak sapa ye masak ni tapi guna spaghtti..hari ni nampak sue lak pakai fettucini..wahhh musim pasta nih..jd akak tamau ketinggalan utk mempastakan diri maka malam ni akak masak mac sup...kita tukar nak? :)

Amie said...

wah! berseleralah nampak FC ni...ada lagi ke...betul kata Mieza tu, sekarang dah bermula musim mempastakan diri..

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Rahel, saya mula2 makan fettuchini ni sejak rasa kat Pizza Hut lah..kalau tak sebelum tu kenal speggeti jeeee...

Ady..apa lagi..sila..sila..sila

Kak Noor..Apa lagi, jom joinnnn...

Sue @ Nenie said...

Kak Mieza...Wahhhh bestnya ada orang pelawa mac sup...lama betul tak makan...

Kak Amie...He he he he..agaknya bila tiba musim tengkujuh ni tetiba pula tekak berubah selera yaaaaa