Thursday, November 28, 2013

Gulai Daging Darat


Assalamualaikum dan salam sejahtera...Ding Dong Ding Dong...Lagi sebulan kita bakal meninggalkan tahun 2013....Sekejap masa berlalu...banyak lagi perancangan yang belum sempat terlaksana dengan jayanya..Apapun...azam tahun baru hanya kayu pengukur..klu dah ada perancangan yang baru atau perlu di perbaiki tak perlu tahun baru pun boleh dimulakan..kan kan kan...

He he he oklah...merapu-rapu plak pepagi buta ni...Jomlah kita layan dulu gulai daging ni....Tapi dan di adjust siket ikut selera anak tekak .... ha ha ha ha ha

GULAI DAGING DARAT
Sumber Rujukan : Kuisin Warisan Melayu (Chef Ismail)


BAHAN-BAHAN
  • 6 s.besar minyak masak
  • 2 s.besar Serbuk rempah kari Daging
  • 2 s.besar Serbuk Rempah Gulai ~ Ni Sue tambah
  • 1 s.besar Serbuk Rempah Masak ~ Ni Sue tambah
  • 1 s.besar Serbuk cili ~ Ni Sue tambah
  • 2 s.besar air halia
  • 1 s.besar kerisik
  • ½ kg dading (potong berkeping-keping)
  • 500 ml air
  • 1 keping asam gelugur
  • garam dan gula secukupnya
  • 2 s.besar budu
  • 250 ml santan (Diperah dari 1 biji kelapa dan 250 ml air)
Kisar halus
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2.5 cm halia
Bahan Penumis ~ Ni Sue tambah

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah palaga
  • 7 kuntum bunga cengkih
PENYEDIAANNYA
  1. Di dalam mangkuk kecil, satukan serbuk kari daging, serbuk rempah gulai, serbuk rempah masak dan serbuk cili bersama sedikit air sehingg membentuk pes.ketepikan
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis dan bahan yang dikisar sehingga terbit bau.
  3. Masukkan (1) dan air halia dan tumis lagi sehingga wangi.Masukkan kerisik dan kecilkan api.kacau rata.
  4. Masukkan daging dan kacau rata.masukkan air dan masak sehingga daging empuk
  5. Masukkan asam gelugur dan perasakan dengan garam dan gula.Tambah budu.
  6. Apabila empuk masukkan santan.Biarkan mendidih.
  7. padamkan api dan hidangkan bersama nasi putih

5 comments:

ady said...

salam
npk sedap!!

Amie said...

Memang tak terasalah Sue... masa berlalu begitu pantas, kejap je rasanya 2013 dah nak beralih ke 2014 pulak!
Saya tak pernah buat gulai daging darat... tentu enak sekali rasanya kan Sue...

Umie Jazz said...

Aduh sdap..pekat jer kuahnya...

❤Kamsiah❤ said...

cicah dgn roti,makan dgn pulut kuning atau lemang..fuhhh..terangakt..

salam kenal & follow sini

Sue @ Nenie said...

Salam...

Ady..thanks...

Kak Amie...Saya suka daging gulai darat tapi masih perlu banyak praktice lagi sampai betul2 tak pun hampir2 ngan gulai2 darat kat kampung-kampung...

Umie..buat cicah ngan roti keping pun sedappppp ni

Kak Kamsiah...wahhhh dapat ngan pulut tambah ada telur rebus plak...ohhh sedapppnya