Monday, December 2, 2013

Siakap Stim

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Lama rasanya tak stim ikan.Selalu goreng-goreng jeeee...So hari ni ubah selera siket..stimmm..buat separuh jeee sebab masak ala-ala stim kat rumah ni kurang siket market dia...tapi utk citarasa tukang masak....stimlah bestttt....terasa manis isi ikannya....Apa-apa pun masing-masing punya citarasakan....

SIAKAP STIM
Sumber : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor Ikan siakap ( ikan merah pun boleh)
  • Air asam jawa secukupnya - untuk membilas ikan
  • 2 batang Serai (hiris halus²)
  • 5 biji Cili padi (potong²)
  • 2 inch halia (mayang)
  • 3 sb sos tiram
  • 3 biji asam boi (putih)
  • Sebiji lemon (separuh di potong nipis dan separuh lagi diambil jusnya)
  • 5 tangkai bendi (dipotong sedikit hujung dan pangkalnya)
  • ½ batang lobak merah (potong memanjang)
    PENYEDIAANNYA
    1. Basuh ikan siakap ngan asam jawa untuk hilangkan bau hanyir...basuh bersih².
    2. Lumurkan ikan ngan sedikit garam dan sos tiram..Perap seketika.
    3. Letakkan ikan di dalam plate tahan panas dan taburkan halia, serai, Cili, Sos tiram, Jus Lemon, asam boi dan sos ikan (jika suka)
    4. Letakkan juga bendi, lobak merah dan hirisan lemon di tasnya.
    5. Kukus ikan selama lebih kurang 15~20 min /sehingga masak bergantung saiz ikan. Sedia dihidang...

    4 comments:

    Umie Jazz said...

    Assalamualikum sue menu yg sihat yg penting sedapkan...

    mama sara nur said...

    assalam
    sedapnya
    feberet ikan ni ikan siakap
    stim lg bagus kan menu sehat

    Amie said...

    Sedapnya siakap steam... memang dah lama tak masak / makan. Ada 2 ekor siakap dalam freezer... kalau steam begini alangkah enaknya!

    Sue @ Nenie said...

    Salam...

    Umie...betul tu....saya memang suka ikan stim sebab terasa manis isi ikannya...

    Kak Sara..betul...ikan siakap antara list feberet sue juga...

    Kak Amie...apa lagi, nanti bolehlah buat project menstim ikan....stim jangan tak stim