Sunday, December 22, 2013

Kuih Ros

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Harap semua kawan-kawan kita diluar sana sihat dan sejahtera hendaknya...Kita pun dah sampai ke penghujung tahun 2013..Tak berapa lama lagi jika ada keizinan dariNya, sempatlah kita menghirup udara di tahun baru 2014 bersama langkah dan semangat baru...InsyaAllah semoga kehidupan kita bertambah ceria serta mendapat perlindungan dan keberkatan dariNya.

Lama betul rasanya tak bertapa lama-lama kat depan kuali ngadap minyak panas sambil menggoreng kerepek...Rasanya pasti diluar sana ramai kawan-kawan kita duk mula projek kerepek "ngaku"...almaklumlah ubi tu hanya berada dipasaran semusim je dalam setahun...kan kan kan...InsyaAllah jika ada kesempatan dan kelapangan nanti pasti akan mulakan juga project itu..

Tapi sebagai pemanas badan...jommmm kita layan dulu kuih goyang ni...Sebenarnya takde perancangan pun nak buat kuih ni apalagi masuk dalam list walau acuannya dah lama beli...Kalau tak mimpi pun nak buat kenapa nak beli juga acuannya...? ha ha ha ha ha ha ... Ni soalan cepu mas ni..

Dulu-dulu masa balik ke kampung dan jalan-jalan kat Pasar Besar Dungun, sambil ronda-ronda kat barangan dapur terpandanglah acuan ni...Sajalah gatal2 mulut duk tanya harga..Dah dapat harga...gatal lagi mulut ni konon-konon minta tawar....Dan kebetulan plak tuan kedai tu bagi harga yang agak berpatutan...So serba salahlah plak...Tak ambilkan tadi macam beriya-iya duk minta harga murah..dah dapat taknak ambil plak..So....fikir sekilas...kan lain kali kalau betul-betul nak beli kan tak tau dapat harga berapa lagi..barang-barang sekarang pun makin naik harganya... Jadi..takpelah..beli jelah...Kiranya dah jadi rezeki akak tulah yaaaa....Dan 2 tangkai bunga ros tembaga ikut sama kita balik dari pasar....Dah sampai rumah...Jadilah ia tukun kat dalam laci simpanan kat rumah ni tanpa dapat berkhidmat...tee teee teeee

Eh....Dah jadi pun kuihnya...mimpi apa plak.....Haaaa .... masih rajin nak baca cerita seterusnya.... Tak paksa tau.... Gini...2~3 hari lepas masa balik dari keje, tup-tup cik husbant dah siap masak nasi lemak...Kiranya malam tu rehat siketlah cuma yang kurang bestnya dia buka santan kotak saiz 1 lit. tu sebab yang 200ml tu dah kehabisan stok.Sebenarnya yang 1 lit. tu Sue standby untuk buat kuih talam...selalunya untuk masak-masak biasa Sue akan guna yang 200ml jeee..Kalau yang 1 lit kan banyak, tak habis, takut nanti simpan lama-lama dalam peti ais rosak plak..Kan kira membazir tu...

Tapi dia dah buka kan..Diam jelah..Yang penting malam tu takyah masak..he he he he...Jadi sambil-sambil tu kat dalam kepala duk fikir nak masak apa yaaaa nak guna santan tu sambil-sambil fikir tu sambil-sambil belek buku masakan yang ada..dan sambil-sambil tu juga terberkenan ngan kuih tu..tu yang buat tu...so kiranya tak de planlah ni..tapi mula-mula tu takut gak nak buat sebab banyak juga baca cerita-cerita kawan-kawan kita yang kat luar sana yang fail masa buat kuih ni..Ada yang melekat kat acuanlah dan tak kurang juga yang mereka jadi hancur...Tapi kiranya ni tawakkal jelah....

Dan Alhamdulillah....Semua jadi walau bentuk tak berapa cun....Cuma nak kongsi sedikit pengalaman Sue yang pertama kali buat kuih ni...Sue tak anggap ia petua atau tips cuma kongsi pengalaman jeeee...sebab kalau nak kata tipskan, mana tau yang pakar-pakar buat OK jeeeee.....


(1) Tak kisahlah nak rendam acuan setakat 3/4 atau hampir-hampir di permukaan acuan ke dalam batter, tapi yang penting jangan sampai batter naik ke atas acuan sebab nanti kuih tak dapat ditanggal..Untuk Sue, lebih suka celup sehingga hampir-hampir di permukaan acuan sebab kuihnya nanti nampak tebal siket.

(2) Masa masukkan acuan yang bersalut batter ke dalam minyak panas, jangan terus goyang. biarkan ia seketika sambil pegang dan lepaskan je ke dalam kuali.Sambil tu celup lagi satu satu acuan dan buat seperti tadi...Bila acuan ke dua kita dah lepas dalam kuali, baru kita goyang kuih di acuan yang pertama tadi...dan diikuti ngan kuih di acuan kedua...begitulah bergilir-gilir sehingga habis adunan....Kenapa tak terus goyang sejurus masukkan acuan ke dalam minyak....Sebab masa Sue buat gitu (Sue yang buat, kalau orang lain Sue tak tahu) Bila kita terus goyang kuihnya, nanti bahagian tepi kuih kita akan mengembang..so kuih kita tu nampak tak berapa cantiklah...(pada mata sue lah) dan pasal lepaskan je kuih tu ke dalam minyak begitu saja, sebab nak jimat masa....kalau nak terus pegang sampai tepinya terbentuk cantik pun takpe..sebab kebetulan sue ada 2 acuan, so kalau gilir-gilir macam ni cepat siket...tapi tak boleh leka juga sebab sambil-sambil membentuk kuih tu, kena gak jaga kuih yang dah dikeluarkan dari acuan tu agar tak hangit.

(3) Selepas mengeluarkan kuih dari acuan, Sue tak terus membalikkan kuihnya sehingga ia betul-betul keemasan kemudian baru dibalikkannya...Kenapa Sue buat macam tu, sebab masa menggoreng tu, Sue dapati untuk menggaringkan kat bahagian bawah ia mengambil sedikit masa, tapi untuk bahagian atas tu, dalam beberapa saat pun ia dah boleh garing..may be sebab bahagian atas tu ia lebih nipis..dan satu lagi. bila kita angkat kuih dari dalam minyak dalam keadaan terlangkup macam tu, kuantiti minyak yang terperangkap kat kuih pun dapat dikurangkan...tak ada ruang untuk minyak bertakung kat dalam kuih....

(4) Cuma yang last ni....Sue ikut jeee arahan kat resipi..iaitu memukul batter sehingga 10 min.Sue pun tak tau sebabnya..maybe untuk menghancurkan gula sepenuhnya atau untuk mengembangkan telur..Sebab ni 1st time Sue buat dan hanya berpandukan buku resipi..Tak berguru....Jadi tak tau nak tanya atau rujuk kat sapa...

Apa-apa pun, Sue suka sangat ngan hasilnya sebab Sue dapat kuih yang rasanya memang betul2 menepati citarasa..terasa lemak-lemak santan dan rasa telurnya dan paling penting tidak terlalu manis..boleh makan banyak-banyak keping sekali hadap.... he he he he he

KUIH ROS
Sumber : Sajian Malaysia (Lee Sook Ching)

BAHAN-BAHAN
  • 2 cwn santan (1 cwn santan pekat kotak + 1 cwn air)
  • 1½ cwn tepung gandum
  • 8 sb Tepung Beras
  • 5 sb gula
  • 2 biji telur gred A (buang tali pusat)
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
PENYEDIAANNYA
  1. Ayak kedua-dua jenis tepung ke dalam mangkuk pengadun.Masukkan gula dan gaul rata.
  2. Buatkan lubang ditengah-tengahnya dan masukkan telur ke dalam lubang dan tuang 1 cawan santan.Kacau rata sehingga mendapat batter yang tidak berbintil-bintil.
  3. Tuang baki santan.Pukul batter selama 10min.Ketepikan batter selama ½ jam.
  4.  Panaskan minyak masak untuk goreng terendam.Celupkan acuan kuih ros ke dalam minyak.
  5. Apabila acuan sudah cukup panas, angkat dan goyangkan acuan untuk mengeluarkan lebihan minyak.
  6. Kemuadian celup acuan panas ke dalam batter.Acuan mesti disaluti selapisan batter yang nipis dan 3/4 penuh.
  7. Celupkan acuan ke dalam minyak panas dan goyang perlahan-lahan apabila batter mulai perang dan menjadi keras supaya kuih tanggal dari acuan.
  8. Goreng kuih sehingga kuning keemasan.Angkat dan toskan.
  9. Sejukkan kuih ros sebelum disimpan di dalam balang kedap udara.  
Untuk penyediaan batter, Sue follow je 100% arahan resipi iaitu pukul selama 10 min than perap lagi selama ½jam.Sue tak pasti kenapa kena pukul sampai 10min..samada ia bertujuan untuk menhancurkan gula sepenuhnya atau untuk mengembangkan telur....Tapi hasilnya memuaskan hati..Walau 1st time cuba tak de satu pun kuih yang pecah/hancur semasa menggoreng.....

7 comments:

Amie said...

Sue... kira okey sangat tu sebab dah berjaya buat. kalau saya...memang ngaku ajelah tak pandai, pernah buat tapi itupun emak atau mak mentua yang buat adunan lepas tu tolong sikit-sikit je, celup dan goyang-goyang dalam minyak..oh! Kami pangging kembang goyang... agaknya sebab digoyang2kan kot...

fazianbatrisyia said...

alamak tayang kuih ni. sib baik MIL baru buat semalam. tumpang mkn jek MIL siap bekalkan 1 balang. Sedap

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Amie...saya pun teragak2 gak masa nak buat ni..takut memang takut sebab tu follow je arahan kat resipi 100%...Dan alhamdulillah menjadi...xcited sangat..he he he..

Kak Fazian...wahhhh bestnya dapat sebalang..boleh wat kudap-kudapan masa menonton atau waktu senggang bersama family

zila norazila said...

Akk suka mkn sue..tlg emk buat..dulu2 emk akk buat jual kuih ne..

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Zila..ni pun antara kegemaran gak, cuma klu beli kat luar sedap tu sedap cuma sedikit manis...

mama sara nur said...

assalam sue

sedappp tu krap krupp he hee
kita penah try skali owhhh letih panas he hee
susah kan nak dptkan satu bekas pun
betul2 kena kerja keras nak hasilnya cantik
tqqq sue share tips nya emm cadang2 raya nakbuat he hee

Sue @ Nenie said...

Salam..Mama Sara..ni pun sib baik adunannya tak banyak..Hanya Sebalang setengah balang yang tinggi tu..klu tak jenuh gak nak bergoyang-goyang kat tepi kuali panas tu.....Dan sama-sama..