Tuesday, December 31, 2013

Heavenly Milo & Oreo Pudding

Assalamualaikum dan salam sekahtera...

31.12.13.....Last day untuk tahun 2013 tahun masehi...Macam-macam pengalaman suka duka-pahit manis-dan pengajaran serta pembelajaran berguna yang telah kita tempuhi dan alami sepanjang tahun..Semoga semua dugaan dan cabaran itu menjadikan kita insan yang semakin dewasa dan lebih memahami erti dan realiti kehidupan sebenar di dunia pinjam-pinjaman ini..Lebih bermuhasabah diri sementara menanti dijemput pulang kepangkuanNya..


Kembali merenung detik-detik mengenal beza sudip dan senduk..Jalannya bukan tidak berliku dan bersimpang, kadang-kadang berbukit dan sesekali terhentak dek terlanggar lopak-lopak di jalanan...Namun alhamdulillah dengan hadirnya insan-insan yang mulia dan tidak lokek hatinya untuk berkongsi ilmu dan kemahiran, meninggalkan tanda-tanda disetiap jalanan dan simpang sebagai panduan dan bimbingan seolah membuka lebih banyak ruang, peluang dan pilihan untuk mencipta dan membina sesuatu yang lebih baik..yang lebih bermanfaat untuk dikongsi dan dinikmati bersama...Alhamdulillah....Hanya doa yang mampu diberikan untuk mereka..Semoga lebih diberkati dan dirahmati...

Dan sebagai menutup Tahun yang penuh dengan kenangan ini Sue tinggalkan ia dengan yang manis-manis sahaja untuk dikenang....Luarannya nampak manis tapi di dalamnya tersembunyi yang lebih manis untuk dinikmati.....


HEAVENLY MILO & OREO PUDDING
Sumber Rujukan : AlongRoz

BAHAN-BAHAN (Saiz: 8" persegi)
  • 1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
  • 750ml Air
  • 160g Gula
  • 1 tin (400g) Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis
PENYEDIAANNYA
  1. Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut.
  2. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
  3. Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  4. Asingkan 2 cawan  ke dalam periuk yang lain dan campurkan milo sehingga sebati.
  5. Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam acuan.
  6. Panaskan campuran milo yang separuh lagi dengan api paling kecil supaya tidak membeku.
  7. Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
  8. Taburkan biskut oreo.
  9. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  10. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.
Tips Untuk Melapis
  • Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sebab takut lapisan tidak melekat.
  • Jika membeku semua, guris-gariskan permukaan dengan garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
  • Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dengan baik

8 comments:

HALAMANKU said...

Salam wah kak Sue... pembuka n penutup bicara yang amat mani dibaca... hidangan yang manis dinikmati.. Selamat Tahun Baru.. semoga kenangan manis tersemat rapi n membuka lebaran baru yang lebih baik...
nyaman mkn puding yang sejuk2 neh..mmmm

Sue @ Nenie said...

Salam Erma..Selamat tahun baru buat Erma sekeluarga semoga kedatangan 2014 ini memberi lebih keceriaan dan kemanisan buar Erma sekeluarga

adda syuhada said...

nk sekor puding milo oreo bear ni...sedap.....

Sue @ Nenie said...

Salam...Sekor tak leh...sepotong jeeeelah yaaaa...he he he he he

cahayahidupku.blogspot.my said...

Kreatifnya Syurie.... cantiknya puding milo bear ni :)

Selamat tahun baru 2014 dear :D

fazianbatrisyia said...

comelnya teddy bear...sedap lagi boleh dimakan...

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Nur....Selamat Tahun baru 2014 juga buat akak sekeluarga..

Fazian...Yaaaa...Bear yang lemak2 manis...nyum nyum nyum..Selamat Tahun Baru 2014

zila norazila said...

Sue cantik pulak bila pakai mould bear kn..syg nk potong