Wednesday, January 1, 2014

Selamat Menyambut Tahun Baru Masehi 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dengan limpah dan rahmatNya kita masih berpeluang menghirup udara di dunia ini...

Kesempatan ini Sue ingin ucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014 masehi kepada semua teman-teman dan pengunjung-pengunjung Rencah Kehidupan...Walau tahun 2013 kelihatannya tahun yang agak suram buat Rencah Kehidupan sebab sangat jarang berkesempatan muncul dengan post-post baru lantaran kekangan masa yang sangat-sangat tidak mengizinkan...Sangat jarang dapat berblogwalking...dan agak menghampakan selalu terkandas untuk membuat kunjungan balas malah kadang-kadang tak terjawab sapaan-sapaan yang ditinggalkan...Namun jauh disudut hati, amat-amat berterima kasih dan menghargai setiap kunjungan demi kunjungan...Terima Kasih...

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini memberi sinar dan semangat baru....Dan kepada Kalian diluar sana, didoakan semoga sejahtera sentiasa.....


Petikan dari : FB Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Moga tahun 2014 jadi tahun yang terbaik, seandainya kita bertemu Allah tahun depan. Ramai orang yang buat azam tahun baru di awal tahun. Ikut kajian, sekitar 95% yang gagal mencapai azam yang di bentuk. Antara tip untuk menjayakan azam:
  1. Doa sungguh2 & bentuk GAMBARAN yg jelas tentang matlamat yang ingin di capai. Kita bertindak ikut GAMBAR yang terbentuk dalam minda.
  2. Lakukan perubahan secara berpakej agar JADI ORG BARU yang mampu mencapai azam yang di bentuk. Berubah secara pakej = murnikan hati, positifkan minda, betulkan setiap tindakan, tingkatkan ibadah, mantapkan & luaskan jaringan hub, tingkatkan penampilan & bentuk tabiat baru yg +ve.
  3. Berterusan cari ilmu & sentiasa berdamping dengan majlis ilmu.
  4. Cari support group yang berwibawa yang mampu bantu & dorong kita.
  5. Tingkatkan disiplin diri & buang sifat buruk yang boleh sabotaj usaha kita untuk berubah & capai azam yang di bentuk.
  6. Bantu orang lain untuk capai azam mereka & Allah akan bantu kita untuk capai azam kita.
  7. Lakukan amalan baru selama 40 hari agar menjadi TABIAT.
  8. Cari keberkatan REZKI (kerja rajin kerana nak dapat rezki yang halal & redha Allah), ILMU (fahami, hayati, amalkan, dakwahkan & doakan guru) & MASA (ada masa untuk kegiatan duniawi & ada masa untuk amalan akhirat).
  9. Bentuk modus operandi (rangka tindakan) yang jelas & praktikal.
  10. Cari mentor/ penasihat yang dspat di rujuk bila ada masalah berkaitan azam yang ingin di capai.
  11. Mesti seronok dengan perubahan yang di lakukan & azam yang ingin di capai. tanpa keceriaan, sukar untuk berjaya!
  12. Serasikan niat, doa, fikiran, lisan, tindakan & persekitaran untuk capai kejayaan. Jika ada yang bertelagah, akan terbantut azam!
  13. Jangan fikir langsung tentang kegagalan. In sya Allah takkan gagal!!!
  14. Nilai pencapaian pada setiap tahap & lakukan penyesuaian mengikut keperluan agar tak terbantut azam.
  15. Setelah mencuba yang terbaik, bertawakkal kepada Allah.
  16. Moga Allah rahmati & bimbing kita mencapai azam yang di bentuk. 
Aameen, wassalam.

9 comments:

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Asslamualaikum Sue,

Selamat menyambut tahun baru 2014. Apa azam tahun ini.

Bbwana adienia said...

salam..

selamat tahun baru 2014..

Wani said...

salam sue..lama betul tak singgah kat sini ya huhu... selamat tahun baru... semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan kita :)

HALAMANKU said...

Selamat Tahun Baharu 2014 tuk kak Sue n keluarga.. semoga tahun neh lebih baik dari yang lalu.. tutup buku ye kak 0-0 kalau ader sebarang kesalahan n ketelanjuran..

Amy said...

As salam...Selamat Tahun Baru 2014.,semuga hidup kita semua dalam RedhoNya...Aminnn...

HomeKreation said...

Aslmkm. Slmt Tahun Baru, semuga ceria & sukses! Lama nya tak bw... bz selalu tapi kekawan tetap di ingatan. Sama lak kita punya kad tahun baru....hehe

mama sara nur said...

Assalam
Semoga 2014 lebih baik dari 2013
Insyaallah

zila norazila said...

Slamat thun baru sue..perkongsian yg baik..tq

kak ina kl said...

azam memang ada tapi semuanya kecundang selalunya :)