Thursday, February 13, 2014

Kueh Ang Koo

Assalamualaikum...

Ah Choom...!!! Ah Chooommmmmm...!!!!
Ish..Banyak betul habuk...penat duk sapu dari tadi tak habis-habis...

Haaaaa....Dah clear siket....Penat lah plak...Minum dululah sambil layan kuih ang koo ni...1st time cuba...Alhamdullah...Sedap dan kulitnya lembutttttt je tak liat...


Fuhhhh...Punyalah mencabarnya nak mencuba kuih ni...Especially nak cari 'yellow mung bean'..Maklumlah sebelum ni tak pernah dengar apa lagi nengoknya...Masa baca resipi ni, bayangkan adalah kacang ni kat kedai bahan-bahan kek...Bila tanya kat sales&cashier...diorang pun tak tau apa itu 'Mung bean'..Aduhhhh....

Mulalah search kat internet...Nak tengok rupa 'Mung bean' ni...Loooo adik beradik kacang hijau rupanya..Tapi bila di intai2 kat pasaraya still tak jumpa...Mula bertanya kawan-kawan...Terima kasih Kak Wan Citarasawan untuk info...Cuma time Sue gi ke NSK kat Sentosa...Masih gagal jumpa kacang ni...Tak pastilah samada memang tak dijual di situ atau kebetulan kehabisan stok.

Dah tak jumpa juga 'yellow mung bean' dipasaran...Last-last terpaksa ambil jalan jauh...rendam sendiri kacang hijau tu sampai tertanggal kulitnya...Asingkan kulit dan isinya..bersihkan dan sedia di gunakan.....


ANG KU KUEH (Red Tortoise Cake) 紅龟粿
Sumber : Nasi Lemak Lover

BAHAN-BAHAN
*makes 40pcs, mould size 4cm x 5cm

Inti Manis
  • 250 gm yellow Mung Bean/kacang hijau tanpa kulit
  • 140 gm gula
  • 3 sb minyak jagung
Kulit
  • 300 gm keledek manis ( Indonesia orange sweet potato)
  • 200 gm tepung pulut
  • 1 sb tepung beras
  • 2 sb gula
  • 3 sb minyak jagung
  • 130 gm air panas (kuantiti boleh di tambah/dikurangkan bergantung kesesuaian doh)
  • Beberapa titis pewarna merah (Sue guna pewarna oren)
PENYEDIAANNYA

Inti
  1. Basuh 'mung bean' beberapa kali sehingga air bilasan menjadi jernih.Rendam di dalam air bersih selama 2 jam.
  2. Toskan 'mung bean' dan kukus dengan api besar selama 30 min.
  3. Sementara 'mung bean' masih panas, masukkannya ke dalam 'food processer' bersama gula dan minyak jagung.Kisar sehingga betul-betul halus.
  4. Ketepikan sehingga sejuk dan boleh dibentukkan bulat-bulat dengan berat 13g setiap biji..Ketepikan sehingga sedia digunakan.
Kulit
  1. Kukus keledek selama 15min atau sehingga lembut.
  2. Toskan dan hancurkan keledek dengan menggunakan garfu.Sejukkan.
  3. Di dalam mangkuk pengadun, masukkan kesemua bahan kecuali air panas..
  4. Kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh membentuk doh.Ketepikan dan biarkan selama 10min (Sue tutup bekas supaya adunan tidak kering)
  5. Bentuk-bentukkan seperti bola dengan berat 17g setiap satu...
Untuk membentuk kuih dan kukus
  1. Taburkan sedikit tepung pulut ke dalam acuan 'Ang Koo' dan ketuk sedikit untuk keluarkan lebihan tepung. ATAU sapukan sedikit minyak pada acuan.Penggunaan tepung pada acuan menyukarkan sedikit proses mengeluarkan kuih tapi hasilnya kuih kurang berminyak.
  2. Ambil sebiji bebola untuk kulit.Leperkannya dan letakkan inti ditengah-tengahnya...Balut inti tersebut dan bentukkannya seperti bola.
  3. Masukkan bebola tadi (2) ke dalam 'ang koo mould' dan tekan adunan dengan perlahan sehingga memenuhi ruang 'mould'.Ketuk sedikit untuk keluarkan kuih tadi.
  4. Letakkan (4) ke atas daun pisang yang telah di sapu dengan sedikit minyak jagung.
  5. Susun kuih di atas dulang pengukus dan kukus selama lebih kurang 5-6 min sahaja dengan api yang sederhana.
  6. Apabila kuih masak, alihkannya dari dulang pengukus dan sapukan dengan sedikit minyak jagung.
 
 Note : 
  • Jangan kukus terlalu lama untuk mengelakkan kuih mengembang dan menghilangkan corak-corak pada kuih.
  • Jangan dedahkan kuih pada suhu bilik kerana kulitnya akan menjadi kering.Simpan di dalam bekas yang tertutup.

10 comments:

LiNa_Pg said...

Pernah makan kat Chinese Halal Restoran..sedap kueh ni..
Daha ada resepi...simpan masuk list dulu hehe

Sue @ Nenie said...

Salam...1st time saya makan opis mate yang kasi sempena fullmoon anak dia...(pack halal dari ayamas)... Haaa kak ada masa nanti boleh cuba

cahayahidupku.blogspot.my said...

Salam Sue..

Baru pertama kali akak tengok kueh ni Sue... rajin sungguh sue ni... gigih mencari bahan untuk mencuba.

JaSSNaNi said...

penah makan kuih ni.. tapi bukan buat sedniri.. sebab badan dia camtu.. kita called it kuih kura2.. hehehehe

Sue @ Nenie said...

Waalaikumsalam..

Kak Nurhayati...Ni pun sebab nak bawakan untuk jamuan CNY kat kinder anak..tu sedaya upaya agar tak beza sangat ngan yang asli...

Jassnani..Betul tu...Kuih ni memang bentuk kura2...Kalau diperhatikan kat mould(yang plastik) akan nampak bahagian kepala dan ekor...siap ada 4 kaki lagi...Cuma kalau guna wooden mould takdelah semua itewwww....

ady said...

salam
npk sedap kuih ni...berkilat2..

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam sue
akak nak tanya ramekin ada lg tak
akak nk order blh

zila norazila said...

Akk pun ada buat sue..sbb aritu ada beli yg halal x puas mkn..he hee

yan's cottage said...

tq....Sue...untuk resepi nie...nanti bolehlah yan cuba buat....

Unknown said...

Salam, mana nak cari acuan nya ye?