Tuesday, February 8, 2011

Ayam Goreng Nestum

Satu lagi variasi penyediaan ayam goreng....Saja nak ubah selera, asyik-asyik salut tepung....Haaa kalau nak pedas, boleh tambah serbuk kari+lada masa perap tu..Sue just buh sedikit lada sulah jeeee pasal nak bagi makan budak-budak....Lately ni diorang cam suka pula ratah ayam goreng, dah tu nak bahagian rangup-ranguplah pula..Nak kasi kulit ayam, tak baik tuk kesihatan....
Jadinya, dalam duk fikir-fikir alternative untuk mengekalkan kerangupan ayam goreng ni, Sue pun cuba bereksperimen ngan salut guna nestum pula..Alhamdulillah....Ia menjadi...

So untuk ingatan dimasa hadapan, Sue simpan pula resipinya kat sini....

BAHAN-BAHAN
  • Beberapa ketul ayam mana-mana bahagian
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukupnya
  • *3 sb tepung gandum
  • *1 sb tepung jagung (*Digaul sebati)
  • 1 biji telur
  • Nestum secukupnya untuk menyalut ayam


PENYEDIAANNYA
  1. Perap ayam ngan sedikit lada sulah dan garam
  2. Salut ayam ngan tepung gandum+tepung jagung
  3. Kemudian celupkan ayam tadi ke dalam telur.
  4. Golek-golekkan (3) ke dalam nestum sehingga kesemua bahagian bersalut.
  5. Goreng di dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan/masak
  6. Sedia dihidang

5 comments:

izahdaut said...

wah..mcm cmm kan ayam ni boleh digoreng..goreng oat la..nestum la..yogurt la..ishh memang nak cuba tapi tak terbuat2 jugak..ni menggoda betul ni

HALAMANKU said...

sedaaaaapppp...nyum2 betul kata Izah macam cara tuk pelbagaikan resepi.. yang penting mudah n sedap.. akak.. nak 2 ketui.. lepasni tutup Pakcik KFC.. ha ha ha ha..

Sue @ Nenie said...

Salam,

Kak Izah,
Betul tu..ayam goreng ni macam2 boleh pelbagaikan....sedap & senang..

Erma,
Seketoi jeee yaaaa..tak leh lebih-lebih

nina hasan said...

nk perap berapa lama?

Sue @ Nenie said...

Salam Nina...Emmmm..perap ikut suke, ambil syarat je...saya perap tak sampai 30 min pun....