Monday, February 7, 2011

Kek Alunan Kasih

Salam...Ehem..Rasanya macam tak yah nak diperkenalkan lagi kek yang dah pemes emes ni...Mana tahankan tengok orang len jeee asyik tayang kek ni..Lama-lama rasa tingin gak nak merasanya..

Walau pun bahan-bahannya adalah basic je tapi kelainan pada garisan coklat yang memberi corak pada setiap sempadan menjadikan ia sedikit unik.Emmm..nak membuatnya pun memerlukan sedikit ketelitian..

Apa-apa pun thanks buat kat Ayu yang telah pun memanjangkan resipi kek ini.Atau boleh juga rujuk resipi ni dari blog Kak Am Flora..Minta izin dan dihalalkan yaaa nak 'salin' resipinya sini pula...Pssstttt, Sue buat stengah adunan jee, jadinya kat bawah ni ikut sukatan Sue...

BAHAN-BAHAN
  • 3 Biji Telur
  • 125 gm mentega
  • 1 cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
  • 1/2 cwn gula
  • 1/2 sudu kecil baking powder (sudu kfc)
  • 1/4 cwn susu cair**
  • 1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
  • Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
  • *Sebuk koko (secukupnya)
    *sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

PENYEDIAANNYA
  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang...
  2. Masukan telur satu persatu..pukul lagi smpai kembang
  3. Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
  4. Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
  5. Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
  6. ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
  7. Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
  8. Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
  9. Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…
Tips
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratkan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.

5 comments:

izahdaut said...

assalamualaikum..
wah kek ni kombinasi 2 warne pun cantik jugakkan kan

HALAMANKU said...

Akak... syantiq n nampak moist.... mesti syedap... ader lagi.. bleh raser he he eh

Ayu said...

Assalam sue,
cantiknya warna kek sue ni!!..
bekenan betul akak tau..
yang grey tu sue gunakan colour grey ke?..cantiklah sue!!..kena betul colour oren dengan grey !!!

thanks sudi cuba recipe dari k.am ni..

Nieza said...

wah lawa warna kek ni...saya dh buat dh memang sedap cicah ngan kopi panas pun sedap...hehe

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Izah,ni kes malas nak kotorkan banyak mangkuk ni...

Erma,
rasa dia cam kek lama-lama..tapi bila tang lapisan choc tu unik siket, ada rasa pahit2 choc...sedapppp

Kak Ayu,
Sue ikut kak Ayu tu, guna purple ngan oren..mungkin pewarna tu siket sangat, jadi tak nampak purple sangat...

Nieza,
sedapp kan..ada masa nanti pun tingin nak wat lagiiiii