BAHAN-BAHAN
- 1 bungkus cendawan enoki
- Minyak secukupnya untuk goreng terendam
Bahan Pencelup
- 50 gm tepung gandung
- 15 gn tepung jagung
- 1 s.teh serbuk bawang putih ~ Tadak stok, Sue parut je bawang putih biasa
- 1/2 s.teh serbuk paprika
- 3/4 s.teh garam
- 1/4 s.teh serbuk lada sulah
- 1/2 s.teh serbuk penaik
- 100 ml air sejuk
- 150 gm tepung gandum
- 2 s.mkn tepung jagung
- 1/2 s.teh serbuk lada sulah
- 1 1/2 s.mkn keju parmesan ~ Tadak stok, ganti ngan cheddar
PENYEDIAANNYA
- Potong akar enoki.Pisahkan bahagian-bahagiannya
- Kacau rata bahan pencelup.
- Celuo cendawan dan segera digulingkan ke dalam bahan taburan.
- Goreng di dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana sehingga masak dan kering.
- Toskan dan boleh di makan bersama sos dan mayonis jika suka
Note :- Sebaiknya setelah dilumur dengan tepung, cendawan segera digoreng supaya enoki tidak basah.Oleh kerana itu, panaskan minyak sebelum mencelup enoki ke dalam bahan pencelup.
3 comments:
salam kak sue..yang bahan taburan tu? dah angkat ,tos dan tabur ke? atau terus angkat tabur?menarik ni..
Salam...
Izah, bahan taburan diguna sebelum goreng....Lepas celup dalam pencelup, golek-golekkan dalam bahan taburan...Ranguppppp...cubalah
Resepi enoki goreng keju pedas nie ambik kat majalah Sedap, baguskan resepinya. Kenalah letak kat mana sumber resepi tu, jangan buat macam hakcipta sendiri.....kami pun beli jugak majalah tu. siap nak letak kat myresepi lagi tu!!!.
Post a Comment