Sunday, May 30, 2010

Kari Peria Berdaging

Walaupun peria kurang diminati sesetengah orang kerana rasanya yang pahit, namun ia tetap ada peminatnya dalam kelas yang tersendiri....

BAHAN-BAHAN
  • 150 gm daging
  • 1 biji peria
  • 10 gm rempah kari daging
  • 50 ml santan
  • 1/2 cwn air asam jawa
  • Garam & Gula secukup rasa
Bahan kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • sedikit halia

PENYEDIAANNYA
  1. Peria dibuang empilur/bijinya kemudian potong
  2. Rendamkan peria di dalam air panas dan masukkan sedikit gara..Biarkan selama 5 min.
  3. Daging dipotong kecil, dibersihkan dan toskan.
  4. Masukkan daging, rempah kari daging dan bahan kisar di dalam satu bekas.Gaul sehingga sebati.Perapkan selama 5 min.
  5. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan daging yang diperap tadi.Kacau sehingga garing kemudian tutup periuk seketika.
  6. Setelah pecah minyaknya, masukkan gula, garam, air asam jawa, santan dan peria.
  7. Kacau sehingga mendidih dan peria masak...Jika suka biarkan sedikit pekat.
  8. Tutup api dan sedia di hidang

2 comments:

MamaFaMi said...

Dapat sepiring ni, makan dengan sepinggan nasi panas, mau tersandar dibuatnya!

Sue @ Nenie said...

Salam Mama...
Betul...betul...Betul....Makan sampai tak menoleh...kih kih kih