Friday, May 28, 2010

Talam Keladi

Buat minum petang....Sedap, buh keladi rebus sebanyak yang disuka, memang puas hati menikmatinya....

BAHAN-BAHAN

Bahagian Bawah
  • 75 gm tepung beras
  • 2 s.b gula pasir
  • 1 sk garam
  • 250 ml santan (100ml santan + 150ml air)
  • 150 gm keladi (siap kupas)
  • 1 s.b tepung ubi
Bahagian Atas
  • 350 ml santan ( 150ml santan + 200ml air)
  • 1 biji telur
  • 75 gm tepung gandum
  • 1~2 helai daun pandan
  • 80 gm gula pasir
  • 1/2 s.teh garam
  • 1/2 s.teh keladi emulco
  • Sedikit pewarna ungu/purple
PENYEDIAANNYA

Lapisan Bawah
  1. Keladi potong dadu, rebus sehingga empuk dan toskan.
  2. Tepung beras, tepung ubi, gula pasir, garam dan santan dibancuh rata.
  3. Kacau di atas api sehingga agak pekat, tutup api dan masukkan keladi kiub tadi.
  4. Tuangkan ke dalam loyang beralas kertas minyak dan kukus lebih kurang 20 min.
Lapisan Atas
  1. Panaskan sebahagian santan dengan gula, garam dan daun pandan.Bila sebati, keluarkan daun pandan.
  2. Sebahagian santan lagi, kisar bersama kesemua bahan-bahan lain, Tuang ke dalam (1).
  3. Kacau sehingga berwap atas api sederhana dan tuang ke atas lapisan bawah tadi.
  4. Kukus lagi selama 30min atau sehingga masak
  5. Biarkan sejuk sebelum dipotong dan di hidang

Abaikan kuihku yang sememeh itewwwww

No comments: