Monday, May 31, 2010

Enoki Goreng Keju Pedas

First time cuba dah terpikat dan rasanya memang memikat..Tapi malas pula nak buat selalu sebab penyediaannya leceh sikit tang nak masukkan satu-satu enoki yang kecik tu ke dalam minyak panas...Tak boleh main campak jeee...nanti ia melekat antara satu sama lain...Kalau dah berketul, tak sedap dan hilang juga kerangupannya...


Tapi, leceh-leceh pun berbaloi...Selain sedap...Ia tetap rangup walau dah sejuk.....



BAHAN-BAHAN
  • 1 bungkus cendawan enoki
  • Minyak secukupnya untuk goreng terendam

Bahan Pencelup
  • 50 gm tepung gandung
  • 15 gn tepung jagung
  • 1 s.teh serbuk bawang putih ~ Tadak stok, Sue parut je bawang putih biasa
  • 1/2 s.teh serbuk paprika
  • 3/4 s.teh garam
  • 1/4 s.teh serbuk lada sulah
  • 1/2 s.teh serbuk penaik
  • 100 ml air sejuk
Bahan Taburan (kacau rata)
  • 150 gm tepung gandum
  • 2 s.mkn tepung jagung
  • 1/2 s.teh serbuk lada sulah
  • 1 1/2 s.mkn keju parmesan ~ Tadak stok, ganti ngan cheddar

PENYEDIAANNYA
  1. Potong akar enoki.Pisahkan bahagian-bahagiannya
  2. Kacau rata bahan pencelup.
  3. Celuo cendawan dan segera digulingkan ke dalam bahan taburan.
  4. Goreng di dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana sehingga masak dan kering.
  5. Toskan dan boleh di makan bersama sos dan mayonis jika suka


Note :- Sebaiknya setelah dilumur dengan tepung, cendawan segera digoreng supaya enoki tidak basah.Oleh kerana itu, panaskan minyak sebelum mencelup enoki ke dalam bahan pencelup.

3 comments:

izahdaut said...

salam kak sue..yang bahan taburan tu? dah angkat ,tos dan tabur ke? atau terus angkat tabur?menarik ni..

Sue @ Nenie said...

Salam...
Izah, bahan taburan diguna sebelum goreng....Lepas celup dalam pencelup, golek-golekkan dalam bahan taburan...Ranguppppp...cubalah

Anonymous said...

Resepi enoki goreng keju pedas nie ambik kat majalah Sedap, baguskan resepinya. Kenalah letak kat mana sumber resepi tu, jangan buat macam hakcipta sendiri.....kami pun beli jugak majalah tu. siap nak letak kat myresepi lagi tu!!!.