Tuesday, November 26, 2013

Ikan Masak Taucu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Lagi resipi ilham dari buku masakan Kak Hanieliza...Tapi kali ni derhaka siket...Tak banyak, cuma kat situ guna ikan jenahak tapi sue guna ikan siakap..nak habiskan stok...Apa-apa pun tetap sedap dan paling penting simple je penyediaannya...

Apa yang nak sue katakan, memang berbaloi giler miliki buku masakan ni sebab koleksi resipinya betul2 mudah dan senang malah kebanyakan bahan yang digunakan bahan-bahan yang biasa tersedia di esbox.....

IKAN MASAK TAUCU
Sumber Rujukan : 1Hari 1Resipi (Chef Hanieliza)



BAHAN-BAHAN
  • 1 potong (300 gm) ikan jenahak ~ Sue guna seekor ikan siakap
  • ½ cawan taucu ~ Sue lalukan seketika di bawah air paip utk kurangkan siket rasa masainnya
  • ½ cawan air asam jawa
  • 1 batang timun kecil
  • 1 s.teh gula pasir
  • 1 s.teh serbuk kunyit
  • Minyak masak
Bahan-B (hiris)
  •  3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 1 labu bawang besar
PENYEDIAANNYA
  1. Bersihkan ikan dan gaul dengan garam dan kunyit.Goreng sehingga garing dan ketepikan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi\
  3. Masukkan taucu, air asam jawa, gula dan biarkan mendidih
  4. Masukkan timun, cili merah, cili hijau dan bawang besar.Kacau rata.\
  5. Biarkan pekat sedikit kemudian tuangkan di atas ikan tadi
  6. Hidangkan dengan nasi putih

4 comments:

adda syuhada said...

sedapnya.....

Umie Jazz said...

sedpkan sue..selalu Uj wat ikan tenggiri @ ikn kerisi jer...nnti bole cuba ikan ni pulak...

Chik Mimi said...

wahhhh best ni nenie ,kalau kat rumah akak je layan taucu yang lain tak mau

Sue @ Nenie said...

Salam...

Adda...nyum nyum nyum...ada masa boleh cuba..simpleee

Kak Umie...ikan tenggiri biasa dengar...oooo kerisi pun sedap yaaa...ada masa nanti nak cuba jugalah...

Kak Mimi..saya tak berapa pandai juga makan taucu tapi sejak tolong sorang makcik ni time rewang...terus suka...ni pun dia yang ajarkan utk basuh...kalau ikut saya..main campak2 macam tu jaaaa