Saturday, November 26, 2011

Kerang Masak Berapi

Asslamualaikum....Salam Maal Hijrah kepada semua Muslim tak kira di mana saja berada...

Selamat Menyambut Tahun Baru 1433 Hijrah ....Kalau negeri-negeri disebelah Pantai Timur terutama Terengganu dan Kelantan, setiap kali Awal Muharram, mereka akan bergotong royong membuat bubur asyura....Dan kalau zaman2 Sue sekolah dulu, pihak sekolah akan adakan pertandingan nasyid antara sekolah2 dimana lagu wajibnya adalah Awal Muharram diikuti 2 lagu pilihan....

Dan kepada negeri2 yang dilanda banjir terutamanya negeri2 di sebelah pantai timur dan Utara Semenanjung Malaysia, diharap semunya bersabar menghadapi musibah ini dan kepada yang ada anak2 kecil pantaulah pergerakan mereka agar tiada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku....
Oklah...Berbalik kepada resipi kita, kali ni masak simple-simple jeeeee....Resipi nak cepat....Terus terang Sue katakan, mula-mula tengok resipi ni dulu kat MyR, rasa macam pelik jeeee bila kerang di tumis ngan kulit2 nya sekali..Sebab setahu Sue, kalau rebus ya, ngan kulit-kulit tapi kalau tumis2 biasanya lepas rebus, kita kopek dulu kulitnya then barulah dimasak mengikut citarasa seperti rendang ke, tumis ke atau apa-apa ajelah....

Tapi semasa sembang-sembang kosong ngan kakak dan tetiba pula keluar topik ni...Dia bagitau, dia pernah cuba resipi ni dan ikut 100% resipi yang di bagi...Memang sedapppppppp....Dan memang kakak pun tak buang kulit...So, sebab kakak pun dah cuba dan kata sedap, di tambah pula ngan beberapa laporan kat sebelah resipi tu pun memberangsangkan....Jadinya Sue pun cubalah.....

Dan hasilnya.......Fuhhhhhh...Memang sedappppp dan berbaloi....Mabelessssssss

KERANG MASAK BERAPI
Sumber : Sweety Kitchen @ MyResipi

BAHAN-BAHAN
  • 1kg kerang
  • 1cm Halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah kecil
  • 5 sudu makan sos tiram
  • 10 tangkai cili api
  • 3 helai daun sadri & daun sup.
  • sesudu minyak makan
PENYEDIAANNYA
  1. kerang direndam dengan asam keping selama 2 jam untuk memudahkan segala kotoran tanggal.toskan dan cuci sampai besih.Rebus skit kerang.
  2. tumbuk lumat bawang putih, merah dan lada cili.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing.Masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan kerang, biar rempah melekat dan sebati.tiutup api dan taburkan daun bawang dan sadri.

9 comments:

Amie said...

Salam Maal Hijrah Sue...
memang masak kerang dengan kulit lebih sedap Sue...kalau dah kupas kulit lain sikit rasanya...

Unknown said...

salam kenal2an...
mcm best jer kerang masak ni...biasa wt rendang, sambal n rebus....leh cuba nih...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sue demo kat klate dan ganung banjir..tokleh la nak masak bubur asyura tu...kempunan kita dibuatnya.Ratah kerang ni pun jadi la.

Mieza said...

Salam maal hijrah sue..semoga setahun yang akan datang membawa seribu keberkatan dalam hidup kita..

Sue..sedapnya kerang ni..kak mieza tak pernah makan lg kerang begini selalunya akak rebus atau bakar atau ambil isi dan buat sambal..kerang mmg elok utk tambah darah..time preggy mmg kena makan kerang hb low :)

rahel said...

uwaaa..betul2 berapi..hihihi..siok kopek2 kulit kerang..

AZLINA said...

Assalamualaikum,Sedapnya kerang msk style gini, kalau akak tambah lg cili padi tu bior lg berapi api..hehe

Salam Maal Hijrah buat Sue.. :)

ijan said...

Salam Maal Hijrah kak Sue.. semoga tahun baru memberi penuh keberkatan buat kita semua. saya suka kerang ni. cicah air asam belacan fuh boleh berasap. hehe

Sue @ Nenie said...

Salam...

Kak Amie..sokonggggg...memang sedap....

S&S..Betul tu, Sue pun 1st time cuba cara ni...Sedaaaapppppp...

Kak Ros..iyalah..sekarang musim tengkujuh, banyak aktiviti yang tak dapat dijalankan seperti biasa...

Sue @ Nenie said...

Kak Mieza..Salam Maal Hijrah juga buat akak...
Betul tu, saya pun 1st time masak gini, itu pun setelah kakak Sue promo..katanya memang sedapppp...
Saya kalau preggy selalu ada masalah HB darah rendah..Tapi saya amalkan makan ikan Cengcaru atau ikan tongkol..Alhamdulillah HB boleh naik....

Kak Rahel...Mahu lebih berapi..? Boleh tambah lagi cilinya...fuhhh berpeluh...

Kak Azlina...Salam Maal hijrah juga buat akak sekeluarga

Ijan...Kerang rebus..ohh sedapnya cicah kuah asam...