Wednesday, August 14, 2013

Creammy Mussel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Untuk kawan-kawan dan saudara yang beragama Islam, rasanya belum terlambat untuk Sue ucapkan SALAM AIDILFITRI..Maaf Zahir dan Batin...

  
Ni lauk beberapa hari lepas raya..Dah boring duk ngadap ayam dan daging..sesekali terasa nak ubah selera sikit...Pekena ngan nasi putih panas..Besttttt...

First time nak cuba resipi ni teragak2 siket takut tak kena selera..sebab tak tau nak bayangkan bila mussel masak ngan susu..takut gak...tapi bila baca betul2 kat resipi ada halia dan cili...keyakinan tu datang sedikit..So cuba......Dan WOWWWWWW...tak sangka...bukan setakat makan ngan nasi jeeeee...Ratah pun sedapppppp...Lemak2 pedasssss......Sukeeeee..... Apa pun thanks Mizz Bulan sudi share resipi yang mabelesssss ni.....

CREAMMY + SPICY MUSSEL
Sumber : Mizz Bulan @ MyR


BAHAN-BAHAN
  • 500 gm Mussel
  • ½ cwn Susu segar
  • 5 ulas Bawang putih ( dihiris )
  • 3 biji Cili api ( dihiris )
  • ½ inch Halia ( dihiris )
  • Sedikit butter untuk menumis
  • Sedikit tepung jagung untuk memekat kan kuah
  • Serai untuk tambahan (lebih kaw lagi kalau ade)
  • Garam secukup rasa 
PENYEDIAANNYA
  1. Mussel yg dibeli hendak la dibasuh dan diberus kulitnya terlebih dahulu.~ Sue rendam di dalam air garam seketika..Bila nampak ia sedikit terbuka, bersihkan, bilas dan toskan...
  2. Panas kan periuk dgn butter dan tumis bawang putih, halia yang telah di hiris tadi. Kemudian letak susu segar dan kacau
  3. Letak sedikit garam dan hirisan cili api tadi. Jika ada serai, titik dan masukkan sekali .
  4. Sekarang masukkan mussel kedalam kuah tadi.kacau shingga dia mendidih bersama kuah. Kacau rata2 agar susu td tidak berketul.kemudian tutup periuk, biarkan mussel masak seketika.
  5. Mussel yg telah masak td akan terbuka. Kemudian angkat dan letak mussel di dalam pinggan.Biarkan kuah di dalam periuk. Campur kan sedikit tepung jagung dgn air dan masukan ke kuah tadi untuk memekatkan kuah.Kacau rata2.
  6. Kuah yang dah di masak dan pekat tadi di curahkan keatas mussel yg di atas pinggan tadi. Curah kuah pekat rata2 keatas setiap mussel.
  7. Sudah siap.. ready untuk dimakan..=) Slamat menjamu selera..Lemak2 dan pedas2 sket. sesuai makan dgn nasi atau di makan begitu sahaja 

5 comments:

Amie said...

Selamat hari raya Sue, maaf zahir batin. Bubuh susu segar sebenarnya lebih sedap tau.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Akak pun cam tu gak Sue... kalau lain macam resepi was-was nak cuba tapi kalau tak cuba tak tau pulak rasanya :P

Kalau sue dah cuba mables boleh akak cuba pulak lepas ni :)

Selamat hari raya Sue..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sue selamat Hari Raya , Maaf zahir dan batin

Sue @ Nenie said...

Waalaikumsalam..SELAMAT HARI RAYAAA SEMUA>>Maaf Zahir dan Batin...

Kak Amie..Betul tu..sebab saya jarang bereksperiment ngan seafood ni, tu yang jakun siket..tapi bila cuba memang sedap dan tak hanyir pun....

Kak Nurhayati..Sokong akak..kadang2 kita tak pernah jumpa sesuatu resipi tu, memang takut nak cuba...tapi kalau tak cuba tak tahu kannnnn...

Kak Ros..Selamat Hari Raya juga buat Kak Ros sekeluarga

Lyza said...

Assalamualaikum sue..maaf lama x singgah ke cni..kupang tu mmg peberet dari dulu..kecur betul tgk..btw selamat hari raya aidilfitri buat sue n famili ye..