Tuesday, December 27, 2011

Kulat Sisir Masak Lemak Udang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom hari ni kita layan kulat sisir pula..Secara jujurnya ni baru 1st time Sue makan kulat ni...Sebelum ni pernah dengarlah tapi belum pernah berpeluang merasanya sementelah lagi ia amat susah untuk di dapati dipasaran sekarang...


Sehinggalah last week masa Sue gi meninjau-ninjau kat Pasar Tani Kota Kemuning kat both sayur kampung nampaklah sorang mak cik tu jual kulat ni...Untuk kepastian sekali lagi, Sue pun tanyalah kat Makcik tu dan dia mengiyakan..Sebungkus RM3, tapi Sue dengan tamaknya nak beli 2 bungkus, minta kurang 2 bungkus RM5..Alhamdulillah mak cik tu kasi...Siap tanya lagi Sue asal mana, jawablah Trg..So Mak Cik tu jawab.."Ooooooo patutlah biasa makan kulat ni, orang sana yaaaaaaa"..

Ha ha ha ha ha...Tetiba pula Sue terasa nak tergelak kat dalam hati...Bukan apa, sepanjang hayat memang tak pernah jumpa pun kulat ni apa lagi nak makannya...Mak Sue tak pernah pun masak ni, logiklah..zaman dulu-dulukan diorang 'pungut' kulat ni kat kebun-kebun getah dan kalau kurang bernasib baik, ada risikonya jika kebetulan time tu Tuan Kebun/pekerjanya baru saja meracun kat kebun mereka.

Tambahan pula ada satu text masa Sue darjah dua kalau tak silap yang bertajuk "Nasinya tumpah" yang mencerita satu keluarga petani yang kehilangan seluruh ahli keluarganya kerana termakan kulat sisir beracun kecuali seorang anak bongsunya, itu pun kerana nasinya tumpah dan jatuh ke tanah dimakan ayam...Jadinya pengajaran yang cikgu berikan dari text berkenaan ialah jangan sesuka hati mengutip cendawan dikebun2 kerana ia belum tentu selamat untuk dimakan...Tambahan pula, mak Sue pun cakap macam tu...Itu sebabnya tertanam kat jiwa raga ni cendawan adalah beracun..


Sampailah Sue datang ke KL...Tapi awal penghijrahan Sue dulu, cendawan adalah sesuatu yang amat asing dalam hidup..Sue akan anggap semua cendawan tidak terjamin keselamatannya untuk dimakan.Tapi biasalah, jauh perjalanan luas pandangan dan makin ramai yang kita jumpa, kenal dan berkawan, makin banyak pengalaman yang bakal kita tempuhi dan pelajari..Jadinya bermula dengan cendawan tiram yang Sue makan dalam tomyam yang diorder sekitar Taman Keramat KL, kemuadian button yang dalam dalam tin dan seterusnya cendawan shitake yang 1st time Sue makan time Office Anual Dinner..Akhirnya cendawan menjadi salah satu kegemaran Sue...

Dan sekarang bila balik kg, Sue dah biasa jumpa cendawan tiram kat dalam peti ais rumah Mak Sue..Iyalah, bila sudah ramai anak-anak yang berhijrah dan berkahwin dengan orang 'luar', jadinya Mak pun sedikit sebanyak terpaksa berhadapan dengan budaya baru dari anak menantu...

Alamak...panjanglah pulak ceritera tuan rumah hari ni...Jadinya rentetan dari 'penemuan pertama' kulat sisir ni, dan hasil perisikan ngan kawan-kawan yang dah biasa ngan kulat ni untuk mengetahui cara membersihkannya...Then mendapatkan beberapa resipi yang sesuai..So terhidanglah salah satunya dan ini merupakan resipi pertama Sue yang berasaskan kulat ni...

KULAT SISIR MASAK LEMAK UDANG
Sumber : Eenat @ MyREsipi

BAHAN-BAHAN
  • 1 pot - Kulat sisir, direndam dan dibersihkan dengan garam
  • 10 ekor udang sederhana
  • 1 kotak kecil santan pekat - kalau nak cair, tambah air
  • 1 batang serai dititik
  • 1 helai daun kunyit dikoyak-koyak
  • Garam dan perasa secukupnya
  • 1 keping asam keping @ gelugor
  • Sedikit minyak utk menumis
Bahan Blend
  • 4 ulas bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5-10 tangkai cili api (ikut kepedasan masing2)
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak, letak serai yg dititik tadi. Kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan blender. Masak sampai pecah minyak.
  3. Masukkan kulat sisir, udang, santan, daun kunyit, garam, perasa dan asam keping. Perasakan kuah.
  4. Biar didih, kemudian matikan api. Siap.

11 comments:

hazila said...

Salam sue,
Akak pun tak pernah masak sayur kulat sisir ni. Ada la beberapa kali nampak kat pasar tapi tak terlintas nak beli pulak.

kakwan said...

Ala Sue,, mana dpt kulat sisir ni ,, susah nk cari kat KL teringin nk makan.. K1 suka sgt ngan kulat ni klu blik kmpung je baru dpt rase tu pun jrg2 gak ada hu hu..

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Hazila, saya dulu pun tak pernah terlintas nak merasa kulat ni...Sampailah sejak berjinak2 ngan Myr dunia blog, tetiba pula ingin nak merasanya sementelah lagi cendawan antara kegemaran gak...

Kak1..Kat pasar Tani ni pun susah gak nak dapat, maybe pasal sekarang musim ujan, tu yang terkebetulan ada tu dan dapatlah saya merasa kulat ni buat kali pertamanya....

Unknown said...

assalam sue, sedapnya tgk menu sue ni...memang menyelerakan mkn ngan nasi panasx2 ni:)

Sue @ Nenie said...

Waalaikumsalam Nieza..Sue pun 1st time makan kulat sisir ni... Alhamdulillah dapat gak merasa pengalaman keenakan kulat ni seperti yang pernah diceritakan kebanyakan orang yang menyukainya...Betul tu, makan ngan nasi panas memang sedap dan bertambah nasinya

Chik Mimi said...

nenie meh kita calit sket akak pun tak pernah masak kulat,tapi pernah makan MIL yang masakkan sedap jugak

zaitun @ kak tun said...

kaktun selalu makan kulat sisir ni masa kecik2 dulu...mmg sedap sgt, emak selalu masak goreng biasa je, tumis bawang dan terus masuk kulat @ letak cili padi ckit...fuhhh terangkat!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sue,kak ros pun sama la dgn kak1 tu...alahai teringinnya.Kak ros nak goreng dgn telur la...

nOOrsha said...

yumm! kulat siest makan buat masaklemak camni....fuhh..meleleh air liur da tgk lauk ni..hihih

Mamasya said...

Aslmkum Sue
dah lama tak mkn kulat sisir ni....ingat masak kecil dulu kat kg ada org jual...sedap masak lemak...kdg2 mak goreng je...

blogresipi.com said...

Salam Kak Sue,
Alamak, kulat sisir ni saya sukkkaaaaaaa......... sungguh. dah berapa belas tahun tak makan ni. sedapnya masih saya ingat rasa dia. paling saya suka masak lemak ginilah. atau goreng dengan telur. adussss... bak sini sebungkus boleh? hehehhe