Tuesday, October 11, 2011

Udang Masam Manis

Assalamualaikum...

Dah lunch ke...? Bagi yang bekerja pasti ada yang dah 'lunch time' atau terpaksa tunggu lebih kurang stengah jam lagi untuk keluar opis..kan kan kan...kat opis Sue lunch time ada 2 sessi..satu 12~1 pm dan satu sessi lagi 1~2 pm..Tapi selalu Sue ambik sessi 1, pasal boleh krohhh krohhh dalam kabin tanpa ganguan bunyi2 yang kurang menyenangkan dari kilang kat sebelah...Kalau tak nanti sekejap2 tersentak ngan bunyi2 'gung gang gung gang' structure yang diorang fabricate....Ha ha ha ha...

Perasan tak..perasan tak....Haaaa...klu dah nampak tu buat2 ala2 tak nampak jelah yaaaaaaa kat mana udang Sue yang sedap itewww bertenggek...Menu lunch time...Tetiba plak terajin nak bangun pagi sediakan bekal....Thah apa mimpi pun tak tawwwww.....

UDANG MASAM MANIS
Kopipes dari : Chef Hanieliza

BAHAN-BAHAN
  • 500 gm udang besar [bersihkan]
  • 1 s/b kunyit
  • 1 s/k garam
  • minyak
Bahan untuk sos
  • 5 ulas bawang merah (dimayang)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 biji cili merah (dipotong nipis)
  • 1/2 cawan air.
  • 1 biji tomato (belah 6)
  • 1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
  • Garam dan gula secukup rasa

PENYEDIAANNYA
  1. Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
  3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
  4. Masukkan juga cili potong dan gula.
  5. Setelah kuat pekat, masukkan duang dan gaulkan rata.
  6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain

11 comments:

Amie said...

Selamat tengahari Sue,
bukan main lagi udang bertenggek tu ye... habis Sue kerjakan untuk pose yang menggoda selera ye.... sedaplah Sue!

Liza said...

Salam Sue...lauk yg best...sukaaaa

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Amie, kecian pun ada gak kat udang2 tu..terpaksa landing atas cover food contener jeeee

Kak Liza, nak masak pun simple....

Asmara said...

Sue, anak akk suka udang masak ni, tak pedas katanya. hehe..

Juwita Jamaludin said...

sue.. suka masak udang macam ni.. yum yum

Mama Hawa/Mama Nani said...

Adeh!! udang tuh posing2 minta dimkn hehehe sedap2x masam manis sudah terasa di tekak mama hahaha :P

Yan said...

sedapnya...tapi i kalah dgn seafood.

Nieza said...

wahhh sedapnya tgk udang tu dok berposing...menyelerakan:)

quinnie said...

ramainya yg buat menu udang semalam...udang ni masak apa pun sedap..hhehehe...tapi kita sekarang ni kita tak leh makan byk sgt udang..mula la gatal hidung...hehhehe

Sue @ Nenie said...

Salam...

Kak As & Kak Ita, masa mula2 nak masak lauk ni saya sendiri ragu2 pasal tgk simple sangat..tapi bila dah masak...memang sedap...psstttt..selalunya resipi dari seorang chef jarang menghampakan...

Mama..Posing mosing di atas prop yang serba kekurangan, tapi rasa tetap tak mau kalah...

Sue @ Nenie said...

Yan...oh, sama macam adik sue...

Nieza...memang sedap resipi ni...tidak mengecewakan...

Quinnie...sixsenth tu yang asyik kebetulan tu..ala la la..ciannnya diaaaaa..tapi sesekali langgar pantang..berani tak...?