Friday, January 22, 2010

Macaroni Sup

Ni Sarapan dua budak kecik tu....Sekarang Rina dah start ambil makanan pejal...Selalunya hujung minggu aku masakkan bubur..Tapi pasal hari ni terlewat sikit.Pah tu dah niat dari malam tadi nak bekallan dia bubur (kesian dia asyik makan cereal je)....Jadi aku gantikan ngan macaroni sup jelah...Cepat siket masak....

Nak masak ni pun tak susah..Main tenggek atas dapur je sampai kembang dan lembut (pasal nak bagi dak kecik tu kan?) jadi boleh main lenyek² je pakai sudu....Sara pun boleh tumpang sekaki nanti..

Snap dari dalam piyok jeee...Malas nak posing² dalam mangkuk..Kan main alih sana-sini takut nanti basi pula nak sampai ke tgh hari...


BAHAN-BAHAN
  • 2 sb macaroni (di basuh dan tuskan)
  • 1/2 biji kentang sederhana besar (potong dadu)
  • Air secukupnya
  • 1/8 kiub pati ayam ( sehiris 1mm Thk. je~buat rasa²) - tak buh pun tak pe
Bebola ayam
  • 1 ½ sb isi ayam kisar
  • 1 s.teh rata tepung jagung
  • Serenjis minyak bijan
  • Serenjis kicap cair
  • secubit serbuk lada putih
  • Sedikit garam
PENYEDIAANNYA

  1. Untuk bebola ayam (time mkn boleh main leceh jeee)...Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk, gaul sebati dan ketepikan.
  2. Untuk Sup....Masukkan kesemua bahan kecuali garam dan gula.Masak sehingga macaroni kembang dan lembut dan kentang empuk dengan api perlahan/sederhana...
  3. Besarkan sedikit api, sehingga air mendidih kuat..Sudu² kan kecil² (1) kedalam sup tadi...Buat sehingga habis.Bila nampak bebola sedikit pejal, kecilkan api kembali..Masak sehingga bebola ayam masak..Perasakan ngan secubit garam dan gula.
  4. Tutup api dan sedia dihidang...

NOTE:-
  1. Kalau nak tambah carrot pun boleh, tak buh pasal nak bekalkan dia tuk mkn tgh hari, takut cepat basi dan bau....
  2. Selalunya tak buh pun gula pasal rasa manis kentang dah cukup..
  3. Bebola ayam nak plain pun tak pe, budak² kecik ni tak boleh banyak² perasa, tapi pasal Sara nak join sekaki, jadi kasi perasa siket...
Ha ha ha ha..sebenarnya ni tuk Sara ke tuk Adikk...? Tapi adik suke ngecek ooooo time org len makan.....keh keh keh...

4 comments:

kak ina kl said...

salam sue..buatlah keputusan yang terbaik..memang anak-anak penting..duit pun penting..susah tau duduk kat bandaraya ni kalau duit tak cukup..
hari ni jumpa dak ika tak?

salamdariborneo said...

nenie....
kita tukar mee sizzling dengan macaroni,bolehhh

Sue @ Nenie said...

Kak Ina...
Salam,terima kasih atas support dan pandangan berguna akak tu...InsyaAllah saya cuba hadapi situasi ni dengan pikiran yang positif...
Jumpa Ika?...Naaaaaakkkkkkkkkk........Nak sangat..

Sue @ Nenie said...

Kak Maria=Sizzling....Sara=Macaroni...

Sara ooo Sara....Mehlah sini...Aunty Maria cari Macaroni Sara ni....Keh keh keh...