Monday, March 17, 2014

Agar-agar mozaik

(Sekalung doa buat semua para penumpang dan anak kapal MH370..Salam takziah buat semua ahli keluarga yang terlibat....)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah...Setelah hujan turun membasahi bumi sepanjang hari semalam, keadaan jerebu beransur pulih..Semoga dalam dua-tiga hari ni bumi terus dibasahi hujan agar udara kembali bersih dan catuan air di Selangor bakal berakhir dengan segara...Mudah-mudahan...


Dalam situasi air yang sekejap laju sekejap perlahan ni, masak tetap masak....iyalah kan, tak masak nanti lapar...Kalau asyik nak makan kat luar jeee...Emmmm alahai....Malasnya dengan anak-anak yang tengah melasak ni...Sekejap panjat sana...sekejap panjat sini...Boleh hilang selera...Makan kat rumah lagi selesa


Dan kalau dah melepak kat rumah, petang-petang ni time duk santai-santai, mulut mulalah nak makan itu nak makan ni buat kudap-kudapan...Jadinya kat kepala ni mulalah fikir nak makan itu nak jamah ini..Tapi last-last sangkut juga ngan agar-agar ni...Nampak macam rumit tapi sebenarnya simple jeeeee....Bukan setakat sedap mata memandang, tapi sedap juga mulut merasanya....


AGAR-AGAR MOZAIK
Sumber rujukan : Siri Blogger Masakan (Manisan) air tangan Kak Azlita Aziz
Olahan : Sue-Nenie @ Rencah kehidupan

BAHAN-BAHAN
(saiz loyang 27cm)

Lapisan Berwarna
  • 9 gm serbuk agar-agar
  • 400 ml air
  • 300 gm gula pasir
  • 400 ml santan
  • 1 sb tepung jagung
  • secubit garam
  • beberapa pewarna pilihan
Lapisan jernih
  • 24 gm serbuk agar-agar
  • 1800 ml air
  • 300 gm gula
  • 1 helai daun pandan
 PENYEDIAANNYA



Lapisan berwarna
  1. Masak agar-agar bersama-sama air,gula dan daun pandan sehingga larut dan mendidih.
  2. Didalam 1 bekas satukan santan,tepung jagung dansedikit garam.Kacau rata kemudian masukkan ke dalam agar-agar tadi.Masak lagi sehingga mendidih
  3. Kemudian tapis.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian  dan letakkan pewarna untuk setiap bahagian.
  4. Sediakan loyang dan tuang satu bahagian bewarna ke dalam loyang,Simpan ke dalam peti ais sehingga pejal.Apabila pejal, keluarkan dan simpan di dalam bekas.ketepikan sehingga sedia digunakan.
  5. Buat pula untuk lapisan yang seterusnya dengan langkah (4)  yang sama sehingga habis kesemua adunan berwarna.
Lapisan jernih
  1. Masak agar-agar bersama air,gula dan daun pandan sehingga larut dan mendidih.
  2. Kemudian tapis.Tuangkan 1 cawan agar-agar ke dalam loyang pilihan.
  3. Biarkan separuh pejal.Dengan segera susun adunan berwarna berselang seli.
  4. Kemuadian tuang pula satu cawan lagi lapisan kedua.Biarkan separuh pejal.
  5. Ulang proses yang sama sehingga habis.Simpan di dalam peti ais sehingga ia mengeras sepenuhnya.


TIPS UNTUK MEMBUAT LAPISAN
  •  Setiap kali mahu menuang lapisan yang seterusnya, pastikan permukaan lapisan agar-agar sebelumnya dicakar terlebih dahulu dengan menggunakan garfu kemudian baru dituangkan lapisan agar-agar yang seterusnya
  • Pastikan agar-agar yang mahu di tuang itu betul-betul panas supaya ia betul-betul melekat pada lapisan sebelumnya 



 He he he he he .. Ambil kesempatan promo japppppp...Berminat ngan acuan ni...? Boleh e-mail ke syurie@yahoo.com untuk maklumat lanjut.....

6 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Nampak cantik Sue.... Sedap Dimakan tu..

Liza said...

salam sue, cantiknyaaa..

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Yatie...Alhamdulillah..anak-anak sukaaaa...

Kak Liza...terima kasih....

Yana Shaiful said...

cantiknya..nnt nk try jgk lah..
k.yana xsmpt lg nk test acuan tu..every wiken bizi ngn knduri..
psstt tq yer bg free gift yg cumil tu hehee ^__^

Sue @ Nenie said...

Kak Yana..terima kasih...Haaaa ada masa nanti bolehlah akak bereksperimen pula...Dan untuk Free Gift tu, sama-sama... ^___^

Susan said...

I would like to say that this blog really convinced me to do it! Thanks, very good post. Search Twitter to find the latest news and world events faster. Find popular accounts to follow, like and share Twitter search.