Tuesday, March 18, 2014

Kek Gula Hangus

(Sekalung doa buat semua para penumpang dan anak kapal MH370..Salam takziah buat semua ahli keluarga yang terlibat....)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dah 2~3 hari tuan rumah duk buat tayangan promosi "Round Vantage Silicone Mould"...Jadi hari ni kita ubah siket pandangan mata kepada corak yang lain plak...He he he jangan mareeee yaaaa..Stilll dalam rangka promosi "Silicone Mould"...

Sambil-sambil tu jommmm kita intai dulu resipinya..Mana tahu kot-kot terasa nak mencuba..


Ni kira antara kuih kegemaran juga ni...Tapi jarang-jarang buat sebab takutttt sangat tak menjadi sarangnya...Masa jumpa resipi ni, tuan empunya tulis tak payah perap...Dan baca penyediaannya...Terasa macam berminat..Tawakkal jelah...Harap-harap menjadi...(Errrrkkkkk bukan maksudnya pasal resipi tu, tapi sebab Sue sendiri yang selalu fail kalau buat kek ni...Walau pun berpandukan resipi favorate ramai....Bila Sue yang buat, kadang2 tak bersarang jugaaa)

 

So sebab tak nak ambil risiko, buat satu adunan jeeee....(Kalau nak ikut loyang Sue ni just nice untuk 1½ adunan, baru cantik tingginya)..Sambil bakar tu hati memang berdebar-debar untuk hasilnya nanti...Semoga menjadi.....

Dan berbaki lagi 10min set masa kat oven, tetiba terbau kek agak kuat...Alamak, sedikit garinglah pula....Cepat-cepat keluarkan dan Taraaaaa.....Alhamdulillahhhh....Sukeeeeeee.......

KEK GULA HANGUS
Sumber resipi : Imah82@Myresipi

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 cawan @ 120gm Butter
  • 1/4 tin Susu Pekat
  • 5 biji Telur
  • 1 s/k Asen Vanila
  • 1 cawan Tepung Gandum
  • 1 s/k Soda Bikarbonat (Diayak bersama tepung)
  • 1 cawan Gula pasir
  • 1 cawan Air 
 PENYEDIAANNYA
  1. Masukkan gula ke dalam kuali. Panaskan guna api kecil hingga gula cair dan berwarna keperangan.
  2. Masukkan air ke dalam kuali mulai dari tepi kuali perlahan-lahan kerana gula akan meletup2 sedikit. Tutup api dan ketepikan.
  3. Pukul butter dan susu pekat sehingga kembang.
  4. Masukkan telur satu persatu. Kemudian Asen vanila. Pukul sekejap
  5. Masukkan tepung yang telah diayak tadi berselang seli dengan gula hangus. Pastikan mula dan akhirnya tepung ye. Bancuhan memang kelihatan cair tapi jgn risau. memang mcm tu.
  6. Last skali, bakar pada suhu 190 darjah selama 45 min. 40 min api bawah, 5 min yang akhir api atas bawah..
  7. Try cucuk ngan lidi. Klau licin jer, maknanya dah masak. Klau x masak lg, tambah api bawah shj 5-10 min...Insyaallah mudah je nk buatnya.. 

8 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Cantik bersarang kek tu.. emmm dapnyaaa ;)

mama sara nur said...

Assalam.
Cantik kek dlm mould camni
Yg ni berapa harganya?
Kek sarang semut, bersarang nmpk cantik kejadiannya

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Nurhayati, ada masa nanti blehlah cuba....

Kak Sara,terima kasih...Mould ni saya jual RM40.00/pcs termasuk kos pos... boleh rujuk sini (http://syurie.blogspot.com/p/blog-page.html)

adda syuhada said...

sedapnyerrr...

Bbwana adienia said...

salam..

kek ni memang sedap..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

cantik sgt kejadian kek tu... bersarang2..

Sue @ Nenie said...

Salam..

Syuhada,ada masa nanti bolehlah cuba..

Bbwana..ada masa boleh cuba..senang..tak perlu perap pun...

Kak Madiha..alhamdulillah walau tak perap...Kekny pun sedapppp

Sue @ Nenie said...

Salam..

Syuhada,ada masa nanti bolehlah cuba..

Bbwana..ada masa boleh cuba..senang..tak perlu perap pun...

Kak Madiha..alhamdulillah walau tak perap...Kekny pun sedapppp