Saturday, March 22, 2014

Kuih Lapis

(Sekalung doa buat semua para penumpang dan anak kapal MH370..Salam takziah buat semua ahli keluarga yang terlibat....) 

Assalamualaikum...

Gambar memang tak cantik dipandang tapi sebab resipinya sedap sampai 3 pagi berturut-turut anak request utk sarapan, so letak juga kat sini untuk rujukan/ingatan dimasa hadapan...Selalu buat pagi2 tak buat malam sebab anak nak bawa ke kindergarten, kadang2 diorang tak makan waktu pagi sebab makanan dah disediakan tapi dimakan diwaktu tghari/petang,jadi tak risaulah takut basi...

Jadi yang ni jeee yang sempat di abadikan gambarnya..Tak sempat nak posing mosing bagai sebab semuanya tergegas nak ke destinasi masing-masing....

KUIH TALAM
Sumber rujukan : Tulip77@MyResipi

BAHAN-BAHAN
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt) ~Sue kurangkan siket
  • 1 st garam
  • 2 paket santan serbuk
  • 1 st minyak masak
  • 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
  • 4 cawan air~ Sue guna 3 cawan jeee..just nice..tak keras tak lembik
PENYEDIAANNYA
  1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
  2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
  4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
  5. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
  6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
  7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
  8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak

5 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Syurie...cantik lak bila dimasak dlm bekas kecik2 camni ya :)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Rajin betul syurie ni.. akak pun nak simpan resepi ni ;-

Ayu said...

Assalam Sue,
lama akak tak kemari..
kuih lapis tu nampak memang sedap..dah lama tak buat kuih lapis..yang ini pasti boleh di koyakkan layer by layer kan..:)

Amie said...

Cantiklah gambar tu Sue... apalagi kalau dapat merasa kuihnya... suka sukaaa kuih talam!

Sue @ Nenie said...

Salam...

Kak Azatie, terima kasih..sebenarnya sebab saya buat pagi2 jadi kuihnya tak sempat betul2 sejuk utk dipotong, jadi buat je dalam bekas kecil ni...senang...lepas masak boleh terus packing.

Kak Yatie..kuih ni agak simple,lagi2 ada request...Jadi semangat siket nak buat..

Kak Ayu...Iya boleh koyak selapis2..agak kenyal tapi still lembut berbanding kuih lapis tepung gandum

Kak Amie..he he he gambar tangkap muat...